Monday, August 30, 2010

Balik kampung lagi

Weekend semalam ni...aku sekeluarga balik kg. jumaat dah coti Nuzul Quran. hari Khamis mlm, ABANG dah ajak bertolak balik kg terus ke sabak bernam. umah kg ABANG. Jumaat pagi bersahur di sabak bersama mak abah mentua.





sabtu pagi seawal lps subuh dah bersiap utk balik ke kg aku, sekinchan. mak ABANG dpt tepon, kata nye pakcik sedara kpd mak dah meninggal. sakit kat spital klang. so, mak n abah nak p ziarah jenazah, ajak ABANG sekali. ABANG soh aku siap2, on d'way ke Banting (umah arwah tok sedara tu), ABANG turunkan aku dan anak2 di sekinchan.





so, sepjg hari Sabtu kat sekinchan...aku dgn anak2 tanpa ABANG. alhamdulillah ada mak abah ku serta adikku; dikyah n ida tolong layan anak2. Afiq Khair kalau takde abah dia, elok je. tak ngamuk2 dan tak manja melampau. elok je dia melekat dgn abah aku. bercakap mulutnye tak henti2. tgh hari, time org berehat dan tidur...kedengaran suara Afiq Khair dok bercakap tak henti2. ada je yg dia nak borakkan dgn atuknye. mmg good boy je dia.





Sabtu mlm, dekat kol 9pm gitu ABANG sampai sekinchan. Afiq Khair tgh tidur masa tu. dok terdengar suara ABANG kot, dia terjaga. terus merengek, ngada2 semacam. dia mmg! kalo ada abahnye cenggitu le. tak kasi chance langsung abah dia nak berehat dan berlibur. ngamuk tak sudah2. nak berdukong macam baby sentiasa. sabtu mlm tu gak, adikku; baya sekeluarga sampai. so..kat rumah masa tu yg takde cuma Misa dan Diba je la.





Ahad, lepas solat subuh..seperti yg dirancangkan...aku dan adik beradik dok jalankan projek membuat kuih raya. kami buat biskut "gampir". biskut yg mmg bwk byk kenangan kpd kami adik beradik. dulu masa kecik2, tetiap thn mmg kami akan buat biskut gampir ni. biskut kegemaran kami sekeluarga!! nostalgia nye. dah lama kami tak buat kuih raya beramai ramai, gotong royong cenggitu. seronok tak terkata. selain biskut gampir, sempat gak kami buat cornflakes madu...kuih kegemaran anak2 dan mak budak jugak. ehehhe.. puas hati!! paling aku perasan, mak nampak happy sgt. sambil nyusun kuih2 tu semua ke dlm balang. mak tersenyum bahagia. seronok agaknye, kami adik beradik dpt buatkan kuih kegemaran kami sekeluarga. cuma nye, tak sempat la pulak nak bersihkan rumah seperti yg mak harapkan. sbb, dah tgh hari tu, masing2 dok sedap layan tidur je. huhu... aku kalau dah mimikkan Asha Zahra, mesti terlena sekali. selalu sgt macam tu. harap2 sebelum raya nanti, kami sempat le gotong royong bersihkan rumah dan bilik masing2. sorry ye mak!





Ahad ptg, aku ajak ABANG p kilang kerepek dan bahulu kat parit 7. memborong kerepek, jajan dan bahulu gulung le kami. lepas tu p PARAM kat pasir pjg. beli kuih lopez, air tebu, air tembikai (kegemaran Iman) dan lauk2 sikit (utk juadah sahur aku, ABANG dan Iman pagi tadi). lepas solat tarawikh, aku sekeluarga bertolak balik ke putra heights. jln agak jem kat tg karang. letihnye... dekat pukul 1 am kami sampai rumah. anak2 dah tidur lena... alhamdulillah selamat sampai rumah...






Balik kg mmg seronok. lagi2 dpt jumpa ramai2 sekeluarga. dpt buka puasa , bersahur beramai ramai. mmg meriah. pelbagai juadah yg dpt disediakan secara gotong royong. dpt mkn pucuk ubi masak lemak, bubur lambuk dpt free dari masjid, grg pisang, grg cempedak, kuih kasuwi, keladi masak asam pedas, ayam masak kicap, mi hailam, pecal, dan macam2 juadah lagi. alhamdulillah syukur kpd ALLAH yg melimpahkan rezeqi ke atas hamba2 NYA. selain tu, bila dah berkumpul beramai ramai gitu, macam2 cerita yg nak digossip-kan. masing2 nak bersuara. masing2 nak bercerita. ehhehe... anak2 pun seronok. main tak hingat. riuh! Iman, Afiq Khair, sepupu2 diorg...Nabil dan Najah Hani. balik kg Sabak kali ni, ada Zafri aje le...(anak kak Yu..kakak nomo 2 kpd ABANG). Asha Zahra pun puas dok "tawaf" rumah nenek nye.





next, balik kg lagi..time sambut raya nanti la. tak sampai lagi 2 minggu. insya-ALLAH. moga dipjgkan umur dan kesempatan utk kami berkumpul lagi.

Labels: , , , , , , ,

3 Comments:

At Mon Aug 30, 08:57:00 PM, Blogger aNIe said...

Mak2 ni kalau anak2 berkumpul memang bahagia sungguh hati mereka...tgk pulak anak2 bersama memasak...buat kuih sesama...

 
At Mon Aug 30, 09:38:00 PM, Blogger Nor Ramli said...

alhamdulillah. Seronoknya ye balik kampung. Tahun ni adik beradik am insyaAllah berkumpul tp sumenya balik hari mantai (hari tgk anak bulan) sbb ada yg anak nak UPSR, ada yg tak abes-abes skolah (mengata diri sendirilah tu)...hihihi...tak sempat nak menyiput (ada aktiviti buat kuih siput kalau balik awal)...anyway...syukur alhamdulillah...ada keluarga utk kita kongsi kegembiraan kan noora...

 
At Wed Sep 01, 04:16:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.anie...tu la kan? kita esok2, bila anak2 dah besar dan dok jauh, agaknye camtu le kot. rasa happy bila anak2 balik brkumpul kat umah. masak, mkn sesama.

Am, alhamdulillah. masih ada keluarga utk share happy bersama..bak kata Am. owh, thn ni tak buat kuih siput la ek?

 

Post a Comment

<< Home