Tuesday, July 29, 2008

Out station lagi


Sejak ptg semlm sampai Jumaat ptg/mlm ni..ABANG kena p Seremban. stay sana. dgn itu, tinggal lah aku dan anak2 . Sebelum ABANG bertolak pegi, dari opis lepas keje, ABANG singgah kejap kat umah. bawak balik seplastik buah manggis. lepas solat Maghrib baru ABANG bertolak.


Mlm tadi Afiq Khair OK. asyik nak main aje. pantang dengar suara abang Iman dia, pantang nampak muka abang Iman dia..Afiq Khair mesti tergelak gelak. p kejar2 abang Iman nye. Iman tak berapa sihat. selsema dan batuk2. tapi Iman masih seronok melayan adik nye. sambil tu aku siapkan dinner dan masukkan pakaian kotor ke dlm mesin basuh utk dicuci. dekat kol 10pm, Afiq Khair ngamuk2. nak mama dia ada dekat dgn dia. kalo aku ada, bukan nye nak heran pun. p kejar, golek2 kat badan abang Iman nye yg tgh berbaring. Iman nampak cam tak larat dah. lepas p toilet, gosok gigi..aku suruh Iman tido. macam biasa, kalo ABANG out station, kitorg anak beranak stay kat tingkat bawah je. malas nak naik atas. pagi2 sibuk mengangkut turun bawah.. dgn anak2, brg2 lain lagi. aduih, leceh! hehe..


Iman dah lena. Afiq Khair masih nak main2 lagi. aku off semua lampu. bergelap camtu pun Afiq Khair masih nak merayap bermain main. aku peluk dia, kasi mimik dan aku pejamkan mata. last2, dlm kol 11pm terjaga dek deringan handset. ABANG tepon. masa tu Afiq Khair dah terlena. Aku pun baru teringat, baju2 kat dlm mesin belum settle. pinggan kotor kat sinki pun belum settle. sambil2 tu aku dok ngadap buah manggis. ups!! seplastik habis aku mkn mlm tadi. huhuhu.. lepas settle cuci semua, aku p iron baju, kemas brg anak2 utk ke neseri pagi ni, baru le aku landing kat tilam semula.


dlm kol 4am, aku terjaga. Iman dok mengigau, meracau ntah apa2. bila aku pegang badan dia, panas nye! kena demam la pulak. aku kejutkan dia, ajak p toilet. pastu kasi mkn ubat demam, ubat batuk...lap2 badan dan kepala dgn kain lembap..baru Iman terlena semula. Time tu, Afiq Khair lak terjaga. celik mata. nak bermain main. aku kasi susu sebotol..abis susu nye pun dia tanak tido. kasi mimik pulak..masih lagi dia nak p main2. last2, aku pejam2kan mata, dan ntah bila, Afiq Khair terlena kat tepi aku!!


pagi ni, Iman nampak lemah. aku kata, kalo tak larat..rehat2 je la kat neseri..takyah p sekolah. tapi Iman berkeras nak p sekolah jugak. ok la.. aku pakaikan jugak le baju sekolah. harap2 Iman OK. Afiq Khair lak, pagi ni langsung dia tak jaga. cepung masuk ke dlm kereta pun, dia masih lena. sampai kat neseri pun dia tak jaga. amboi, lena sungguh!


Minggu ni, minggu terakhir aku kat company ni. tgh sibuk uruskan hal2 machines lagi. ntah bila nak settle. tunggu quotation utk shipment, dari Sankyu. sebulan dah kami request dan diorg pun dah dtg ke factory utk check size machines. tapi sampai sekarang langsung tak dpt lagi quotation dari Sankyu!! lambat nye... apa2 pun, Jumaat ni , 1 Ogos...aku dah mula keje kat tempat baru. harap2 Mr FF bleh settle semua ni..dgn dibantu oleh Ms S!! hehehe..

Labels: , , , , ,

Thursday, July 24, 2008

Kelalaian

(Gambar yg diambil masa mkn2 kat Fu-rin restaurant).


Afiq Khair..gigi bwh 2 btg dah mula muncul. then, sejak Ahad baru2 ni, gigi atas lak sebtg dah mula keluar. sikit jek. kalo mimikkan (breastfeed) dia, mmg terasa ketajaman nye itu. kalo dia mula menggigit, tak bleh terkata sakit nye aku!! terjerit dah tentu. spontan aku picit hidung Afiq Khair, dan dia pun ternganga la melepaskan gigitan. sakit nye!!! Afiq Khair sudah masuk 9 bulan!


ptg semlm, balik dari neseri, masa mimikkan dia, aku tak terasa ketajaman gigi nye tu macam selalu. bila aku check, nampak gusi atas ada darah beku sikit. gigi atas yg sebtg dah mula muncul tu, dah takde! ntah bila gigi tu patah. mungkin bebila Afiq Khair ada terhantuk kat mana2. ala, kesian nye anakku.


Lepas maghrib gitu, aku biarkan Afiq Khair main2 dgn Iman. aku ke dapur. lepas on-kan switch periuk nasi yg terletak kat lantai dapur, aku ke sinki utk bersihkan ikan dan sayur. periuk nasi tu mmg sejak dulu2 aku letak kat lantai gitu je sbb takde tempat/rak nak letak. tetiba, tgh dok cuci ikan, terdengar suara Afiq Khair melalak kat belakang. bila aku toleh, tgn dia dah menekap kat tudung periuk nasi yg tgh panas tu! terus aku cepung dia, pujuk2, kasi mimik...semua dia taknak. masih menangis tak henti2. aku alirkan tgn yg kepanasan tu kat air paip . (aku baca kat majalah, kalo kena benda panas, kena alirkan kat air paip beberapa ketika. tapi, kalo ikut kata mak aku...jgn kenakan kat air. terus boh kicap atau colgate! anyway, aku lebih yakin dgn apa yg aku baca. sbb tu aku alirkan kat air paip..). Afiq Khair masih menangis. aku dah risau. aku tepon ABANG, tak berjawab. terus aku siap2, dan ajak Iman sekali pegi klinik.


dlm kepala aku, ingat kat klinik Famili, sec 27 tu aje. sbb situ klinik yg selalu kami pegi. sampai sana, org punya lah ramai kat klinik tu. Afiq Khair dah melalak lalak. terus aku p klinik Noor Hajar yg kat sebelah tu. takde sesapa pesakit pun. doktor kata, insya-ALLAH takde apa2. doktor sapukan cream kat telapak tgn Afiq Khair yg kepanasan tu. ya ALLAH, kulit nye dah mula melepuh. kesian nye anakku. pastu, doktor kasi ubat tahan sakit dan antibiotik. tak lama tu, Afiq Khair senyap. on d'way balik ke rumah, Afiq Khair dah tertidur. sampai kat rumah, ABANG dah ada kat rumah. ABANG tanya kenapa. Aku ceritakan la semua nye. ABANG kata, nape p klinik jauh sana. kat putra heights pun ada klinik. kalo kecemasan gini, better terus ke klinik yg hampir aje. uh! a ah la...aku pun tak teringat tang tu. sbb dah terbiasa ke klinik Famili. tu la, ABANG kata jgn panik. len kali, cool aje. panik punya pasal, semlm aku tertinggal handset kat rumah, dan pintu grill depan tu pun tak terlock betul mangga nye. ish ish...


mlm tadi, terus ABANG keluar p cari kabinet/ rak kecik yg bleh letak periuk nasi/ cerek letrik kitorg. moral nye, kita ni sebagai parents kena hati2 selalu. jgn amik mudah semua perkara. macam aku lah. lalai! benda2 panas /letrik cenggitu biar je terletak kat bawah. mmg nahas. anak2 ni mana tahu apa2. akal tgh berkembang. tgh lasak. semua nak sentuh. semua nak tahu. kita yg kena kawal depa. ish, mmg insaf betul aku. insaf sangat2!! nyesal tak sudah ni. kalo diingatkan, mmg sayu je hati. sedih. kesian Afiq Khair. alhamdulillah kena sikit aje. takde apa2 sgt. tapi, ye lah...baby, kan.. sure sakit sgt bagi dia. ish ish... sorry Afiq Khair. bangun pagi tadi, dia dah OK. mau main2 dan ceria macam selalu.


yg best tu, Iman cakap ; "dah la mama. lepas ni mama takyah masak lah. abah je yg masak. mama jaga adik je ek..." hihihi..


mlm tadi, terus ABANG pasang rak baru beli tu. aku pun p susun periuk nasi dan cerek letrik kat atas rak. lepas ni mmg betul2 kena berhati hati! err...dah gini, takde alasan lagi la utk mama takyah masak,ek Iman...
ps: Iman mmg abang yg baik dan boleh diharap. time adik menangis nangis tu, dia cuba pujuk2 adik dia. pastu, Iman yg ajak p klinik. Iman jugak yg tolong bawakkan kain lap dan baju jeket adik dia... dlm keta, Afiq Khair dok melalak tak sudah, Iman pujuk2 dan nyanyi zikr "Laailaaha illallaah.." ulang2 kali. tenkiu Iman!

Labels: ,

Wednesday, July 23, 2008

Panggilan Telefon

Aku sangat2 benci dgn panggilan telefon yg dtg dari syarikat2 /ejen2 pelancongan, atau bank2 yg mempromosikan kad kredit/ kad percutian/ kad travel dan pelbagai panggilan yg sekadar utk mempromosikan 'kad keahlian' seumpama itu.

minggu lepas, aku dpt call dari ambank. si perempuan itu, dok tanya aku masih gunakan kad kredit ke tak? kad jenis apa? sejak bila? expired bila? aku jadik HOT!! HOT!! aku kata, kalo dia call dari credit card center ambank, aku yg masih gunakan kad ambank ni, sudah tentu dia bleh check details pasal aku melalui sistem dia. apasal nak tanya benda2 tu kat aku? dia kata, takut tersilap org, better dia tanya utk mengesahkan yg aku ni pemilik sebenarnye. owh, tak rajin aku nak layan. terus aku tanya apa hal dia call aku. (aku mmg tak akan layan baik2 pun kat org yg sibuk2 call utk buat promosi nih. ..). dia kata, nak hantar kad yg mana aku bleh guna kad tu macam guna cash. aku buat simpanan kat akaun ambank, selagi ada simpanan dlm tu, just banyak tu je la kita bleh guna duit kita. mudah utk budget belanja. pastu, depa akan kasi 4 tiket percutian, dlm dan luar negara secara percuma. pastu ada insurans nyawa. pastu, nak service kereta pun ada diskaun. dan pelbagai lagi kemudahan. sebelum pompuan tu dok cerita lagi lanjut, aku tanya pasal payment yg aku perlu buat. dari awal dia kata...takde bayar apa2. yearly payment pun takde, macam kebanyakan kad kredit atau kad keahlian lain2 tu. aku tak puas hati. takkan le takde apa2 payment? last2 dia kata, ada 1 payment je...bayar sekali seumur hidup. bila kad dihantar nanti, dia akan charge sekali tu je la...rm599!! cheh! takyah le. terus aku kata...aku tanak. dia sibuk tanya, kenapa tanak... aku letak tepon terus! tu, kalo aku main kata OK aje , then depa hantar kad tu...terus aku kena bayo rm599 tu. tak aci le depa ni. patut nye, depa kena cerita dulu tentang charge yg akan dikenakan tu...

aku dah byk kali kena panggilan macam ni. slalu nye dari mana2 agency/ kelab/ hotel... soh masuk jadi ahli. memula tu, mmg manis mulut depa. kata, kita ni terpilih le utk dpt percutian percuma, atau p dinner percuma. tapi, kena p amik voucher holiday/dinner tu kat opis depa. sure le kalo p amik ke sana nanti, kena dgr ceramah depa. kata sejam aje...tapi abis sampai berejam-rejam. last2, voucher tak dpt..kalo kita blah awal tanak dgr abis ceramah depa tu. ye lah, kalo dipikirkan secara logik...tak kan le senang2 je depa nak kasi hadiah camtu . kalo betul ikhlas nak kasi hadiah, pos aje le kat aku. takyah sibuk2 suruh aku ke sana. lain le kalo aku masuk pertandingan apa2, hanto borang peraduan Maggie ke, Milo ke...then, aku jadi pemenang. kena p amik hadiah sendiri ke sana..tu, aku bleh caya. insya-ALLAH.

aduh...memacam lah. tapi, ada org...yg kekadang bleh join ahli kelab memana hotel, atau memana agent percutian sbb diorg mmg suka p holiday. so, bagi org2 yg macam tu... mmg berbaloi dan untung la kot. kalo aku, mintak maaf. maleh layan!!

hari ni dpt call dari Armada hotel. dok promote kad keahlian dia le tu. macam biasa, aku maleh layan. cakap tak interested. tapi dia sibuk gak nak bercakap walau berkali kali aku tolak utk mendengar. last2, aku tutup henfon. ahhahah.. jahat tak aku?!!! mmg teruk aku ni. tapi, aku dah cakap 'tanak!!' dia tak pedulikan pun kata aku tu. ha...sapa suruh..?

*ada dlm 8 hari je lagi , aku sebagai staff company sekarang ni. Mr FF tak dtg pun lagi dari Japan utk settle kan segala gala nye. especially pasal penghantaran machines ke Japan dan Philippines. Ms S dah membebel bebel. selagi machines tak clear kat bawah tu, dia tak bleh nak settle kan utk runtuhkan divider dan lain2 tuh. aduh la ...

Labels:

Wednesday, July 16, 2008

Bertambah Setahun lagi..




ye lah. ahad lepas, 13 july 2008... bertambah lagi setahun usia aku. 31 dah!! alhamdulillah. moga bertambah amal, bertambah iman, bertambah nikmat dan rahmatNYA. amin! korang tiap2 thn menjelang nye b'day masing2...ada ucap terima kasih dan beri hadiah kat ibubapa tak, sebab mereka lah yg melahirkan kita ke dunia ini, of course dgn izin ALLAH! kalo belum pernah, bagi yg masih punyai ibubapa, cuba lah mulai sekarang... tiap kali b'day, awal2 pagi tu terus tepon mak/abah...dan ucapkan "terima kasih kerana melahirkan.." sure rasa syahdu. lain macam. bahagia tak terkata. lagi la mak abah kita yg menerima ucapan tu. diorg pun mesti happy. insya-ALLAH. aku, tiap kali b'day ABANG pun...mesti call mak mentua utk ucapkan terima kasih kerana melahirkan ABANG.


thn ni... ABANG belanja kat Fu-rin Japanese Restaurant, Holiday Inn Hotel Glenmeri Shah Alam. Lunch buffet, rm48++ utk sorang dewasa. alhamdulillah. puas hati!! aku suka sgt!! Iman pun, banyak dia pulun sashimi. kitorg amik sushi, abih gondol tinggal nasi je. ikan yg kat atas nasi tu abih Iman kebas!! huhuhu... lepas p solat zuhor kat opis ABANG yg berdekatan dgn hotel, ABANG bawak kitorg p ronda Subang Parade. ABANG tanya aku nak hadiah apa. ehehehe.. terkedu la aku. kekke.. anyway, aku mintak belikan speck je le. ehhehe.. speck yg aku pakai sampai la ni...bingkai sahaja dah masuk 4thn aku pakai. lens nyer...lebih 5,6 thn kot! utk ABANG, arigatou ne. tanoshikute, yokatta yo! lebih2 lagi bleh berlibur sefamily gitu sepjg hari. happy sgt2.


*12 july...ingat nak p kenduri kawin adik mama ranggie. tapi tak jadi le. ABANG kerja sepjg hari sabtu tuh. sorry eh mama...

Labels: , , , ,

Dari Hal Duit.



Last week, aku bayar yuran sekolah tadika Iman. slalu nye aku bayar waktu pagi, on d'way nak p keje. pastu, resit dan duit balance...aku soh cikgu masukkan ke dlm beg sekolah Iman. kang balik keje, aku check beg Iman dan amik resit, serta duit baki. so, last week tu...aku bayar yuran sekolah bulan Julai (rm130) dgn yuran rombongan sekolah (rm48). total amount rm178. aku bayar dgn duit rm200. balance rm22, macam biasa soh cikgu masukkan ke dlm beg Iman sekali dgn resit nye.


Ptg tu, balik ke rumah. Iman dgn happy nye tunjuk kat aku sampul plastik berisi resit dan duit rm22. "cikgu bagu duit kat Iman!!" kata nye. "eh, tu duit mama le. kan slalu cikgu bagu duit balance utk mama.." lepas tu, Iman terus nangis. beria dia kata tu duit dia. aku pun, kasi le 2 keping duit rm1 tu..kat Iman. Dia nak semua nye!! ish ish..jenuh aku explain, yg tu semua duit mama. aduih la hai. selalu Iman tak kisah pun pasal duit. kali ni, apesal lak Iman beria nak duit tu. ish ish. penat pujuk..Iman tanak diam. menangis la jugak. last last..aku cepung Afiq khair dan naik atas, sambil kata... "ha, biar le Iman. tanak dengar cakap mama. dok le kat bawah sorang sorang. takyah kawan mama..." kekkeke.. jahat betul aku. bila aku naik atas, berlari-lari le Iman ikut ke atas. sambil jerit2, "sorry mama. Iman nak mintak maaf. mintak maaf, mama. mintak maaf! Iman nak kwn mama. nak kwn adik. " sambil peluk2 aku, nak salam tgn aku. aku pun peluk le Iman. "lain kali dengar kata mama. duit mama ,duit abah, nak kena kumpul byk2. nanti boleh belikan Iman dgn adik buku, mainan dan banyak lagi , kan..?" Iman angguk2 kepala. aku amik sampul duit raya dan soh Iman simpan duit rm2 tu kat dlm tu. terus je ceria muka Iman. ambik sampul duit tu, masukkan duit rm2 ke dlm nye dan simpan ke dlm beg buku2 dia. huh! lega..mkn pujuk pun. hhehehe...




kemudian, last weekend masa dlm kereta.. kami sekeluarga on d'way nak p ronda-ronda.

aku, "Iman, duit 2 ringgit yg mama kasi hari tu ada lagi tak simpan?"


Iman, "ada,mama!"


aku, "duit tu nak buat apa?"


Iman, "Iman nak simpan banyak2. nanti boleh beli dompet, yg warna hitam macam abah punya tu.. lepas tu boleh simpan duit banyak2 kat dlm tu!"


aku, "duit banyak2 nak buat apa? Iman nak beli apa?"


Iman, "duit nak simpan la. nanti boleh belikan mama rumah. belikan abah kereta besar."


ABANG nyampuk, "bagus nye Iman. belikan rumah besar2 tu eh, utk mama dgn abah.."


Iman, "a ah. rumah beeeesar sgt utk mama."


aku, ABANG, "okeh.."


Iman, "eh,eh...tak! tak! rumah, err...rumah mainan la utk mama!"


aku, ABANG, "hah?!!!!! ahahhahaaha..." gelak besar kami.


ABANG, "beli lah rumah betul. yg orang boleh duduk, tinggal,tidur. kesian mama..."


aku, "entah Iman ni. belikan lah rumah besar yg betul tu. kalo rumah mainan, nanti jadi macam mama shinchan. dia bleh masuk umah mainan tu, tapi tak bleh keluar. abis tgn, kaki dia tersepit kat pintu dgn tingkap nye..."


Iman, "okeh la. Iman belikan mama rumah besar yg cantik, rumah betul tu eh.."


Labels: ,

Friday, July 11, 2008

Allah

Sejak balik dari neseri ptg semlm dan sepjg mlm tadi, Iman tak henti2 bercakap dan bertanya pasal ALLAH.

kat dlm kereta, on the way back to home.
"Mama, Allah tu hebat ke?"
"hah? mesti lah. Allah yang Berkuasa"

masa tgh tgk tv cerita SAKA. ada adegan si pawang Jonghos berbaju hitam tu tgh dok berjampi serapah kat sekeping daun dan tiba2 daun tu jadi api dan bergerak ,terbang menjauh.
"mama, yg baju itam tu Allah ke?"
"ish..mana ada. Allah tu, kita tak bleh nampak Dia. Tapi Dia bleh nampak kita. dan Dia bukan orang atau manusia biasa macam kita.." (ish, paham ke Iman ni?!!)
aku tambah lagi,
"yang selalu kita baca doa tu. Allahumma 'afini fi badani. Ya Allah, sejahterakan lah badanku. dan macam2 lagi doa tu, kita doa mintak tolong kat Allah lah. Allah yang jaga kita semua."

kejap lagi,
"mama, Allah tu hebat,kan? Dia boleh terbang, boleh lari laju2 , jalan laju2 ke..?"
"mmm..mmg Allah hebat. Semua Dia boleh buat. Tapi, kita tak tahu Dia macam mana. sbb kita mmg tak boleh nampak Dia. tapi Dia nampak kita. kalo kita jahat ke, tipu orang, tipu mama ke, Allah mesti tahu. nanti kalo org jahat mati, Allah masukkan dia dalam api neraka. kena seksa, kena bakar kat situ. kalo orang buat baik selalu, rajin sembahyang, kalo dia mati, Allah akan masukkan dia ke dalam syurga. tempat yg best, makanan semua best, baju pun best!" aku cuba explain kat Iman dgn terang, dgn ayat2 mudah moga2 Iman paham. Iman angguk2 kan kepala.

"Iman tanak tipu mama. Iman orang baik. tanak masuk api neraka la mama."
"okeh. Iman kan anak mama yang baik.." terharu lak aku dengar Iman cakap camtu. terus aku peluk Iman.

Kejap lagi,
"mama, Allah tu macam magic ke. hilang hilang, kita tak boleh nampak Dia?"
"eh, kenapa lak? Allah bukan macam tu. Dia bukan hilang. Allah selalu ada kat mana-mana pun. Tapi kita cuma tak boleh nampak dia ." aduh..macam mana nak explain ntah dah.
"Adli kata, Allah tu magic. Dia hilang hilang." woh, rerupa nye hari ni kat neseri dia, dgn kwn2 nye sibuk dok bercerita pasal Allah ke...uhuhu..
"bukan lah. cakap dgn Adli, Allah tak hilang hilang. tapi kita je yang tak boleh nampak Allah tu kat mana mana pun.."

lampu dah tutup, tv pun dah tutup, aku suruh anak2 berbaring. siap sedia utk tido. Tiba-tiba,
"mama, Allah tu ada power la kan? macam power rangers. dush!!! yaaaaargh!!!" Iman bangun duduk sambil tgn digenggam, dihunus ke atas dan ke dada, ala2 power rangers.
"eh, Allah bukan macam power rangers. Allah lagi hebat dari power rangers."
"ye lah, hebat la tu. power rangers pun kan hebat. hebat sgt, boleh keluarkan senjata, bom semua. ha..."
dah meleret leret la pulak. ish ish... agaknye apa yg Iman pikirkan ek? Allah tu macam mana rupa agak eh...gitu kot yg dia dan kwn2 nye dok bincang2 siang nye tu?

Labels:

Monday, July 07, 2008

Cerita Hujung Minggu lagi..

Sabtu, 5/7/2008.
anak2 dihantar ke neseri. Aku ikut ABANG ke Cheras, tempat ABANG menguruskan training. kejap je kat situ sbb dlm kol 10.30am aku kena ada kat PJ. appointment kat In***p***. lepas tu, aku jadi lapo la pulak. teringin nak mkn laksa johor. ajak ABANG pegi Sunway Pyramid, nak mkn kat Laksa Shack. ABANG amik menu nasi briani. aku plak, laksa johor. sedap nye.. tapi, macam tak puas la pulak. kekeke...lepas tu, dok ronda2 kat sunway pyramid. dekat kol 3pm, amik anak2 kat neseri. Ptg lepas asar, ABANG dgn Iman p main layang2 kat padang yg dekat dgn rumah kitorg.

Ahad, 6/7/2008.
pagi semlm, aku ajak ABANG dan anak2 p beli sarapan dan mkn kat tepi padang atau tasik mana2 le. lepas beli nasi lemak dan kuih2, kitorg decided utk lepak2 kat tepi padang, dekat depan muzium shah alam. bentang tikar, dan kami menjamu selera. sambil tu, dok tunggu angin bertiup kuat sbb ABANG dan Iman nak main layang2. tapi, jenuh nunggu, angin just bertiup sepoi2 bahasa. ABANG kena berlari lari le utk naikkan layang2 tu. hehehe.. tapi, aku rasa seronok le, sekali sekala pegi mkn macam tu. bersantai gituk. Mlm, bawak Afiq Khair p klinik. nak timbang berat dia sempena dah masuk usia ke 9 bln. berat cuma 7.3kg. ringan! dan graf berat badan Afiq Khair tak naik cantik. mendatar aje kenaikan nye.. walhal, Afiq Khair kuat jugak menyusu, dan kuat mkn. cuma, dia agak aktif dan lasak. laju je merangkak ke sana sini. sekarang dah mula nak berdiri dan lepas tgn. ewah...tapi, kaki tak begitu kuat lagi, selalu le jatuh tergolek. kesian..

Iman, sekarang ni kalo aku atau ABANG dok bising bercakap cakap aje, mula la dia.. "abah/mama bleh diam ke?" heheh.. panggilan Iman kat Afiq Khair... 1) Adik, 2)En.Baby, 3)Raksasa Baby (time Iman tgh syok layan ultraman), 4)Si montel.

Labels: , , ,

Thursday, July 03, 2008

Tag oleh Nash!

kena tag oleh Nash. pagi ni agak free dan rajin..maka, cikpuan ume cuba buat le eh.

5 presents:
1. Health
2. Happiness
3. Free time
4. Money
5. semua lah!

5 reasons for the above:
1. Make me easy to do 'ibadah' and work.
2. So that, I'll smile & happy forever!
3. Can spend a lot of times with family
4. Can settle all debts, shopping and go for holiday.
5.

5 characteristic I like in the person I admire:
1. Caring
2.Romantic
3. Helpful
4. Energetic & hardworking
5. Well manage

Best thing he ever did:
married me!! :-D

5 things you do when you bored:
1. Eating
2. Window shopping
3. Take out photo albums and see photos
4. Listen to the music
5. Borak borak

5 great inventions:
1. Family
2. Friends
3. Internet
4. Handphone
5. Computer

5 most hated:
1. Liar
2. Selfish
3. Too hurry & busy
4. Dirty
5. Darkness

5 people to be tagged:
To all who is reading this

Labels:

Bye-bye, friends!

Isnin, 30/6/2008.
hari terakhir buat production staff kat company aku ni. kalo boleh, aku nak turun bwh lepak2, borak2 dan habiskan masa dgn diorg. tapi, aku sgt le busy hari Isnin tu. Mr FF dgn Mrs FF pun masuk opis. Diorg ajak semua staff dinner la pulak hari tu sbb nak meraikan last day bebudak production tu. kitorg malas nak pegi tempat grand2. p hotel gituk..mmg malas. at last, memasing decided utk pegi pizza hut aje le. tapi, ms s lak..tanak join. kalo p hotel, dia mungkin akan join kata nye. huh! suka hati le labu!! mimi lak, tak bleh pegi sbb rush balik umah...anak demam. so, yg pegi mkn2 kat pizza hut after work hari tu, cuma aku, faisa, paktam, mr & mrs FF aje. pizza hut sec 20. aku drive bawak mr & mrs FF ke sana. order le apa saja yg kita nak mkn. siap mr & mrs FF soh kami tapau. aku pun tapau le spagety dgn chicken wings utk ABANG. wife paktam pun join sama. so, total bill mlm tu..rm177.75. Mr FF yg bayar! alhamdulillah. gochisousamadeshita!

dlm pukul 7.45pm macam tu kami bersurai. aku pun babai babai le kat faisa dan paktam. alahai.. bila la bleh dpt jumpa diorg lagi. mmg nice kerja dgn diorg semua. semoga masing2 akan berjaya dlm kerjaya dan hidup! thanks to mimi, faisa dan paktam for your support and friendship.



Selasa, 1/7/2008.
pagi pegi kerja..rasa lain macam la pulak. slalu mesti nampak kereta mimi parking kat dpn opis ni. tapi hari ni..cuma tinggal aku, ms s dan mr ff aje le kat opis ni. org lain dah takde. huhu.. sabishii!! (sunyi nye..). termenangis gak la aku kejap. rindu nye kat mimi..

dlm kol 11 ada meeting kat 1 company ni. kat PJ. pegi dgn mr FF, naik teksi aje. driver teksi tu sanggup tunggu kitorg sampai abis meeting. bagus le! pergi balik, dia charge rm70. meeting tu, sbb this company berminat nak amik alih bisnes kitorg. macam ajak Mr FF join venture gituk dgn diorg. besar gak le company tu. macam2 benda depa buat. some parts of :- escalator, lift, kamera, printer, kereta (honda, toyota), tooling & die set, etc. tapi, bila balik opis, aku discuss dgn Mr FF..kitorg decided takmau la join diorg sbb kitorg dah byk buat preparation utk tutup company. kitorg pun dah takde sapa2 yg bleh diharap utk berurusan dgn diorg . (aku? mmm.. takmau lah!!)



Rabu, 2/7/2008.
company kat PJ yg hari selasa aku dgn mr FF pegi meeting tu, call aku. diorg offer aku kerja kat sana, dgn jaminan 'better benefit dan baik punya offer!' kata apek tuh. owh, mula2 aku tolak. aku bukan mata duitan. gaji dan benefit tu, mmg penting. tapi, yg utama ialah kerja, bagi aku.kalo kerja ok dan sesuai dgn jiwa raga aku...baru le aku tengok kpd gaji dan benefit nyer. ye lah kan, matlamat aku hidup bekerja ni...bukan nye nak mengejar duit dan kesenangan semata. (tapi, kalo dah dpt gaji besau tu...bagus le jugak. dah dikira rezqi tuh! kan..kan..?) yg penting adalah kepuasan diri dlm bekerja dan menunaikan amanah dgn baik. aku paling risau, kalo gaji je besar tapi kerja macam tak kerja, atau kerja nyer aku tak dpt tunaikan dgn jaya. anyway, kita kan manusia...yg punya hati, perasaan dan akal. sebenar nye, kena usaha yg terbaik, selagi ada kudrat , selagi ada kemahuan...pasti ada jln yang ALLAH tunjukkan buat kita. so, bila difikir balik.. jgn le sombong sangat aku ni. dah ada peluang macam ni. apa salah nye aku cuba aje pegi jumpa lagi itu apek. borak2. bincang2. dengar cerita dia. tak rugi pun. lagi pun, walau pun aku dah dpt offer kerja lain sebenarnye... tapi, aku belum dpt lagi the formal offer letter from them. so, ada baiknye aku pegi aje le jumpa apek In***p*** tu.

ptg semlm, ABANG balik kerja awal. lepas maghrib, kami pegi pasar mlm. then, aku bagi tau gak kat ABANG pasal company In***p*** yg nak offer job kat aku tu. ABANG pun syorkan, pegi aje le jumpa diorg dulu. emm...

mlm tadi, mak, abah mentua dan adik iparku..Aida tido umah aku. k.ayu, abang jali sekeluarga dtg menghantar mak abah ke rumah aku mlm tadi. Aida nak p mendaftar masuk kolej dah, pagi Khamis (hari ni...). ops! 2 july..b'day Aida. so..happy b'day to Aida le..

Khamis, 3/7/2008.
Aku just buat air teh-o, kukuskan pau segera dan roti tu disapukan dgn tuna kurang pedas, sedia utk sarapan. Dlm kol 7.30am..K.ayu dtg ambik mak abah dan Aida... lepas tu baru le aku, ABANG dan anak2 keluar rumah. p hantar anak2 ke neseri dan pegi kerja terus. hari ni Iman mula periksa. subject BM dan sains. Iman...apa itu 'peperiksaan/ exam' pun, tak tahu agak nye. ekekke.. anyway, moga anak mama ni akan beroleh kejayaan yg cemerlang sentiasa. insya-ALLAH.

Labels: , ,