Out station lagi
Sejak ptg semlm sampai Jumaat ptg/mlm ni..ABANG kena p Seremban. stay sana. dgn itu, tinggal lah aku dan anak2 . Sebelum ABANG bertolak pegi, dari opis lepas keje, ABANG singgah kejap kat umah. bawak balik seplastik buah manggis. lepas solat Maghrib baru ABANG bertolak.
Mlm tadi Afiq Khair OK. asyik nak main aje. pantang dengar suara abang Iman dia, pantang nampak muka abang Iman dia..Afiq Khair mesti tergelak gelak. p kejar2 abang Iman nye. Iman tak berapa sihat. selsema dan batuk2. tapi Iman masih seronok melayan adik nye. sambil tu aku siapkan dinner dan masukkan pakaian kotor ke dlm mesin basuh utk dicuci. dekat kol 10pm, Afiq Khair ngamuk2. nak mama dia ada dekat dgn dia. kalo aku ada, bukan nye nak heran pun. p kejar, golek2 kat badan abang Iman nye yg tgh berbaring. Iman nampak cam tak larat dah. lepas p toilet, gosok gigi..aku suruh Iman tido. macam biasa, kalo ABANG out station, kitorg anak beranak stay kat tingkat bawah je. malas nak naik atas. pagi2 sibuk mengangkut turun bawah.. dgn anak2, brg2 lain lagi. aduih, leceh! hehe..
Iman dah lena. Afiq Khair masih nak main2 lagi. aku off semua lampu. bergelap camtu pun Afiq Khair masih nak merayap bermain main. aku peluk dia, kasi mimik dan aku pejamkan mata. last2, dlm kol 11pm terjaga dek deringan handset. ABANG tepon. masa tu Afiq Khair dah terlena. Aku pun baru teringat, baju2 kat dlm mesin belum settle. pinggan kotor kat sinki pun belum settle. sambil2 tu aku dok ngadap buah manggis. ups!! seplastik habis aku mkn mlm tadi. huhuhu.. lepas settle cuci semua, aku p iron baju, kemas brg anak2 utk ke neseri pagi ni, baru le aku landing kat tilam semula.
dlm kol 4am, aku terjaga. Iman dok mengigau, meracau ntah apa2. bila aku pegang badan dia, panas nye! kena demam la pulak. aku kejutkan dia, ajak p toilet. pastu kasi mkn ubat demam, ubat batuk...lap2 badan dan kepala dgn kain lembap..baru Iman terlena semula. Time tu, Afiq Khair lak terjaga. celik mata. nak bermain main. aku kasi susu sebotol..abis susu nye pun dia tanak tido. kasi mimik pulak..masih lagi dia nak p main2. last2, aku pejam2kan mata, dan ntah bila, Afiq Khair terlena kat tepi aku!!
pagi ni, Iman nampak lemah. aku kata, kalo tak larat..rehat2 je la kat neseri..takyah p sekolah. tapi Iman berkeras nak p sekolah jugak. ok la.. aku pakaikan jugak le baju sekolah. harap2 Iman OK. Afiq Khair lak, pagi ni langsung dia tak jaga. cepung masuk ke dlm kereta pun, dia masih lena. sampai kat neseri pun dia tak jaga. amboi, lena sungguh!
Minggu ni, minggu terakhir aku kat company ni. tgh sibuk uruskan hal2 machines lagi. ntah bila nak settle. tunggu quotation utk shipment, dari Sankyu. sebulan dah kami request dan diorg pun dah dtg ke factory utk check size machines. tapi sampai sekarang langsung tak dpt lagi quotation dari Sankyu!! lambat nye... apa2 pun, Jumaat ni , 1 Ogos...aku dah mula keje kat tempat baru. harap2 Mr FF bleh settle semua ni..dgn dibantu oleh Ms S!! hehehe..
12 Comments:
Good luck di company baru ya... nanti janganlah lupa update...
tenkiu k.ahni,
insya-ALLAH, kalo takde apa2 rintangan, kiter update le blog ni. ehehe..
gambare tempat kerja baru. berapa lama kerja kat kilang lama nih?.sejak grad ya?
k.hanny,
arigatou! kat kilang sekrg ni, hampir 6 thn. ni, kaisya ke-3 kiter keje after grad.
wooo dpt keje baru dah. tahniahhhh.
Salam cik noora..
epel dah add ur link to my blog.
Selamat bekerja di tempat baru!!
rudy,
terima kasih. esok dah kat tempat keje baru..
epelijau,
salam Am! tenkiu. kiter pun dari hari tu nak add u'r link kat my blog, tapi tak terbuat lagi. akakka.. anyway, terima kasih! doakan moga semua OK.
goodluck di tpt kerja baru ye...kat anak...odaijini...
Di tempat baru? Di tempat lama pun akak belum sempat jumpa Ume. Opis baru di mana? Tahniah and good luck.
HE,
thank you!
k.sri,
ye, dah keje baru sekrg. sekrg kat subang square. terima kasih. pjg umur, bebila meh kita jumpa eh..
kesiannya iman tak sihat.. insya-allah tak lama lagi sembuh la tu.. amsyar kena chicken pox berjangkit dr emaknya haritu tapi dah lega alhamdulillah.. btw, good lak ye kat tpt keja baru cik noora..
wawa,
loh, kena chick.pox eh? kesian. moga wawa dan amsyar cepat sembuh. TQ.kat keje baru la ni.. heheh
Post a Comment
<< Home