Thursday, July 24, 2008

Kelalaian

(Gambar yg diambil masa mkn2 kat Fu-rin restaurant).


Afiq Khair..gigi bwh 2 btg dah mula muncul. then, sejak Ahad baru2 ni, gigi atas lak sebtg dah mula keluar. sikit jek. kalo mimikkan (breastfeed) dia, mmg terasa ketajaman nye itu. kalo dia mula menggigit, tak bleh terkata sakit nye aku!! terjerit dah tentu. spontan aku picit hidung Afiq Khair, dan dia pun ternganga la melepaskan gigitan. sakit nye!!! Afiq Khair sudah masuk 9 bulan!


ptg semlm, balik dari neseri, masa mimikkan dia, aku tak terasa ketajaman gigi nye tu macam selalu. bila aku check, nampak gusi atas ada darah beku sikit. gigi atas yg sebtg dah mula muncul tu, dah takde! ntah bila gigi tu patah. mungkin bebila Afiq Khair ada terhantuk kat mana2. ala, kesian nye anakku.


Lepas maghrib gitu, aku biarkan Afiq Khair main2 dgn Iman. aku ke dapur. lepas on-kan switch periuk nasi yg terletak kat lantai dapur, aku ke sinki utk bersihkan ikan dan sayur. periuk nasi tu mmg sejak dulu2 aku letak kat lantai gitu je sbb takde tempat/rak nak letak. tetiba, tgh dok cuci ikan, terdengar suara Afiq Khair melalak kat belakang. bila aku toleh, tgn dia dah menekap kat tudung periuk nasi yg tgh panas tu! terus aku cepung dia, pujuk2, kasi mimik...semua dia taknak. masih menangis tak henti2. aku alirkan tgn yg kepanasan tu kat air paip . (aku baca kat majalah, kalo kena benda panas, kena alirkan kat air paip beberapa ketika. tapi, kalo ikut kata mak aku...jgn kenakan kat air. terus boh kicap atau colgate! anyway, aku lebih yakin dgn apa yg aku baca. sbb tu aku alirkan kat air paip..). Afiq Khair masih menangis. aku dah risau. aku tepon ABANG, tak berjawab. terus aku siap2, dan ajak Iman sekali pegi klinik.


dlm kepala aku, ingat kat klinik Famili, sec 27 tu aje. sbb situ klinik yg selalu kami pegi. sampai sana, org punya lah ramai kat klinik tu. Afiq Khair dah melalak lalak. terus aku p klinik Noor Hajar yg kat sebelah tu. takde sesapa pesakit pun. doktor kata, insya-ALLAH takde apa2. doktor sapukan cream kat telapak tgn Afiq Khair yg kepanasan tu. ya ALLAH, kulit nye dah mula melepuh. kesian nye anakku. pastu, doktor kasi ubat tahan sakit dan antibiotik. tak lama tu, Afiq Khair senyap. on d'way balik ke rumah, Afiq Khair dah tertidur. sampai kat rumah, ABANG dah ada kat rumah. ABANG tanya kenapa. Aku ceritakan la semua nye. ABANG kata, nape p klinik jauh sana. kat putra heights pun ada klinik. kalo kecemasan gini, better terus ke klinik yg hampir aje. uh! a ah la...aku pun tak teringat tang tu. sbb dah terbiasa ke klinik Famili. tu la, ABANG kata jgn panik. len kali, cool aje. panik punya pasal, semlm aku tertinggal handset kat rumah, dan pintu grill depan tu pun tak terlock betul mangga nye. ish ish...


mlm tadi, terus ABANG keluar p cari kabinet/ rak kecik yg bleh letak periuk nasi/ cerek letrik kitorg. moral nye, kita ni sebagai parents kena hati2 selalu. jgn amik mudah semua perkara. macam aku lah. lalai! benda2 panas /letrik cenggitu biar je terletak kat bawah. mmg nahas. anak2 ni mana tahu apa2. akal tgh berkembang. tgh lasak. semua nak sentuh. semua nak tahu. kita yg kena kawal depa. ish, mmg insaf betul aku. insaf sangat2!! nyesal tak sudah ni. kalo diingatkan, mmg sayu je hati. sedih. kesian Afiq Khair. alhamdulillah kena sikit aje. takde apa2 sgt. tapi, ye lah...baby, kan.. sure sakit sgt bagi dia. ish ish... sorry Afiq Khair. bangun pagi tadi, dia dah OK. mau main2 dan ceria macam selalu.


yg best tu, Iman cakap ; "dah la mama. lepas ni mama takyah masak lah. abah je yg masak. mama jaga adik je ek..." hihihi..


mlm tadi, terus ABANG pasang rak baru beli tu. aku pun p susun periuk nasi dan cerek letrik kat atas rak. lepas ni mmg betul2 kena berhati hati! err...dah gini, takde alasan lagi la utk mama takyah masak,ek Iman...
ps: Iman mmg abang yg baik dan boleh diharap. time adik menangis nangis tu, dia cuba pujuk2 adik dia. pastu, Iman yg ajak p klinik. Iman jugak yg tolong bawakkan kain lap dan baju jeket adik dia... dlm keta, Afiq Khair dok melalak tak sudah, Iman pujuk2 dan nyanyi zikr "Laailaaha illallaah.." ulang2 kali. tenkiu Iman!

Labels: ,

5 Comments:

At Thu Jul 24, 04:59:00 PM, Anonymous nash said...

malang tak berbau..kami pun dulu anak terjatuh kat tikar sarawak yg dari kayu tu...habis dahi berdarah...sampai sekarang ada parut..kesian dan menyesal...

 
At Thu Jul 24, 08:57:00 PM, Blogger -akuni- said...

Yelah, Umeboshi, kita ni kadang-kadang dah terkena baru la nak beringat...

Sabarlah ye...

Macam mana gigi boleh 'hilang'... saya sangat musykil...

 
At Fri Jul 25, 08:58:00 AM, Blogger rudy bluehikari said...

aduhai....ciannya afiq khair (muka sebijik noname..mmg xserasi ni karang dgn bapaknye ..ekekeke).

umah saye kat umah mmg semua benda2 panas letak kat atas...si hiro tu bukan main excited dgn benda2 keluar asap ni.

 
At Fri Jul 25, 09:13:00 AM, Blogger umeboshi said...

nash,
owh, kena tikar s'wak gitu, mmg sakit lo! kesian,kan... berparut seumur hidup. takpe, tanda budak kuat dan aktif tuh!!ehehe..

k.ahni,
ye la kan.malang tak berbau. dah terkena gini, sgt2 insaf jadi nye.
pasal gigi, ntah la ek. terpatah masa kat neseri ke..kat rumah ke.. tak pasti. macam dia ada terhantuk sesuatu la!! kesian..

rudy,
mmg kesian. pagi tadi dah terkopek kulit yg menggelembong dek kena periuk panas tu. nampak kulit isi dlm. sakit kot sbb dia dok kakukan je tgn belah kanan tu. menadah tgn gituk. tu le, lalai sungguh mama + abah dia ni. (err..sebijik muka nonem, deshou..heheh)

 
At Sun Jul 27, 10:57:00 PM, Anonymous nash said...

you have been tagged....so silalah jawab ye...take your time...

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home