Wednesday, August 29, 2007

Letih, gerhana, merdeka, suka atau tak...



aduh...aku rasa letih la pulak.nak balik umah dan landing sedap2 je nih. sejak akhir2 ni, sakit2 belakang aku ni makin teruk. maklum le, perut pun makin membesar. aduh. sabo je la.

gambo kat atas tu, aku tapau nasi utk lunch tgh hari semlm. beli kat rest.haji omar. nasi putih, sup cendawan+carrot, ayam grg rempah, sambal belacan dan 2 btg kacang bendi masak asam pedas. semua nye rm4...





mlm tadi, ada yg dpt tengok gerhana bulan? ada yg dpt buat solat sunat gerhana? aku tak dpt tgk pun kejadian gerhana tu. lagipun mendung. dan aku just jenguk2 dari jendela umah je. aku tingin nak nengok sendiri kejadian gerhana atau apa2 yg ada kaitan dgn astronomi dan langit. dulu, masa sekolah rendah, aku dlm drjh 3 kot, dok berjaga mlm dgn abah aku sbb nak nengok planet marikh . dlm kol 1 pagi ke, kol baper ntah, waktu yg dijangka masa tu boleh nengok planet marikh tu....aku dgn abah b'jln ke padang sekolah. umah aku kan dekat dgn sekolah . masa tu, mmg nampak langit ada cahaya merah...tapi itu je la. tak nampak dgn jelas pun sbb masa tu pun mendung sket. harap2, next time aku berpeluang utk melihat kejadian yg menakjubkan ini nanti.insya-ALLAH kalo pjg umur dan dgn izinNya.

esok ada yg dah mula bercuti? aku masih keje. then, jumaat sampai ahad coti. sempena ke-50thn negara kita MERDEKA le...moga2, negara kita ni akan sentiasa aman sentosa, akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaanNYA. amin! SELAMAT HARI MERDEKA semua.. selamat bercuti semua..

pagi tadi, aku dgr radio selangor fm. juruhebah tu dok baca coretan yg dikirim oleh pendengar radio. cerita yg ada kena mengena dgn motivasi pagi. hari ni tentang SUKA ATAU TAK SUKA. then, kesimpulan yg juruhebah tu dpt buat, bunyi nye lebih kurang gini le: -


Suka atau tak suka

bila lampu merah menyala

kena berhentikan kereta

suka atau tak suka

pimpinlah tgn anak kita

bila melintas jln raya

suka atau tak suka

berilah senyuman mesra

kpd semua.

okeh?


citer pasal weekend baru2 ni.
sabtu 25/08/2007,pagi, aku cuba buat kuih lompang (tapi takde acuan nye le.guna acuan agar2 yg berbentuk ikan, kerang, etc..) dan puding durian. masa mkn pagi tu, punya la aku rasa sgt2 sedih dan kecewa sbb aku rasa kuih2 tu tak menjadi sgt. sbb tu aku takmo amik gambo nye. tapi, ptg2 masa mak abah dtg singgah umah aku balik dari konvo misa, aku mkn, rasa sedap dan ok gak la kuih2 tu. mak pun kata ok. abah pun mkn berketul ketul puding durian nye. ehhee.. woh, kena mkn bila dah sejuk. baru lah sedap! mak abah dtg sekali dgn diba dan pakcik uhud. aku hidangkan apam balik (ABANG beli), dan mee bandung. lepas maghrib gitu diorg balik ke kg terus.

Ahad, 26/08/2007. aku ajak ABANG p shopping ke jusco Puchong. nak beli langsir baru, pakaian sesikit, dan brg2 keperluan dapur.lepas shopping, kitorg p mkn pizza hut. Iman suka sgt mkn spagety nye. aku cuit nak rasa sikit pun, Iman jeling2 kat aku. ish ish.. balik umah, rehat2 kejap, aku dgn ABANG bersemangat nak psg langsir baru. kekkee... kaler hijau tuh! macam nak raya pulak. pin penyangkut tak cukup, ABANG sanggup nak keluar p beli lepas maghrib tu. huhu... penat tapi syok kalo kemas2 umah dan buat keje umah sama2 dgn ABANG.

Labels: , ,

8 Comments:

At Wed Aug 29, 11:09:00 PM, Blogger KakNi said...

Umeboshi,
tunjuk le gambar langsir....

 
At Thu Aug 30, 03:51:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.ahni...nak nengok gambo langsir tu? hehe..kang bila ume dpt amik gambo tu, ume akan try upload kat blog ni eh...heheh..

 
At Tue Sep 04, 06:01:00 PM, Anonymous Anonymous said...

haa langsir ...meh nak tgk... kuih yang sejuk tuh menjadi sedap pun...nak tgk gak...

 
At Wed Sep 05, 09:56:00 AM, Blogger umeboshi said...

he, (serta k.ahni), sorry...belum sempat lagik snap gambo langsir baru tu. ekkeke... alahai he, kuih2 tu dah selamat masuk perut semua nye. mmg tak snap gambo pun.

 
At Fri Sep 07, 12:02:00 AM, Blogger Sri Diah said...

alahai, tak moh tengok gambar kuih-kuih lompang dengan puding durian tu... nak tengok gambar ume... siap dengan perutnya sekali ;-)

 
At Mon Sep 10, 09:37:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.sri!! nak tengok gambo ume yg tgh sarat memboyot ni ke? ekekke.. malu dong ah!

 
At Mon Sep 10, 05:25:00 PM, Blogger rudy bluehikari said...

awat abg semakin memboyot muka bulattttttt...muhahahaha

 
At Mon Sep 10, 05:40:00 PM, Blogger umeboshi said...

rudy...ye ke? ehhe..tapi, nampak comel kan dia; cik abang ku cayang itu? :)

 

Post a Comment

<< Home