Friday, August 17, 2007

Tidur

Sejak akhir2 ni, aku payah beno nak dpt tido lena. mmg la selalu rasa mengantuk. kang kol 9pm je aku dah mula nak pejam2 mata kat depan tv tu sbb ngantuk yg amat. tapi ,bila naik atas, masuk bilik dan siap2 utk tido...aku kekadang tu masih dok terkebik kebil dlm gelap tuh. puas dok pejam2kan mata...dok kira 1,2,3...... dok zikr memacam, tapi susah lak nak lena. mlm tadi, teruk sungguh. sampai kol 1.30am pun aku masih tak leh tido. sbb aku rasa susah nak bernapas , aku pun tinggikan bantal kat kepala agar rasa lebih selesa. tu pun takleh tido gak. then, dgn rasa berat hati, aku kejutkan gak ABANG mintak dia urutkan kaki aku sbb aku rasa kaki tu berdenyut denyut dan kebas gituk. sampai ke kepala rasa nye. dah urut2 pun, aku masih takleh tido. atlast, aku angkut bantal dgn selimut ke bwh. baring depan tv.... ok gak. rasa selesa utk tido. tapi...mula je aku nak terlelap, tetiba teringat la pulak citer seram SUSUK yg aku tengok tadi. ditambah dgn bunyi angin yg bertiup agak kuat kat luar rumah tu dan hujan mula turun. memacam bunyi aku rasa le. terus terduduk aku, toleh sana...toleh sini... kekekkee... mmg terasa seram je. selalu aku tak lah macam ni. rasa takut pun, bleh cover lagik. ish ish... dah takleh nak tido la pulak. then, terus le aku naik balik ke atas. emmm... masa tu dah kol 2am gak la. ntah kol baper aku terlena. tapi....dlm kol 3 aku terjaga lak. rasa tak selesa jugak. p toilet sat. then, dpt gak la aku lelapkan mata. tau2 je...alarm dah berbunyi. time aku kena bangun dah la tu. susah la pulak nak bangun sbb rasa ngantuk sgt2 lagi. anyway, bangun gak la aku....

sok sabtu, nak kena p post office. amik brg , kemudian nak pos brg kat member wmc. pastu, tak pasti lagi apa plan nye. ahad lak, p kenduri kawin sepupu ABANG kat johor. actually, sabtu ahad ni byk beno jemputan utk kenduri. maklum le coti sekolah. rasa terkilan gak tak dpt p kenduri umah sedara2 aku kat kg weekend ni. tapi, takpe le...kenduri kat johor tu pun sedara aku jugak la kan. adik aku, baya le wakilkan adik beradik kitorg utk kenduri kat kg aku tu. :D

so, selamat berhujung minggu kpd semua! take care...

Labels:

10 Comments:

At Fri Aug 17, 09:51:00 PM, Blogger ~ahni~ said...

Selamat bercuti.

Masa mengandung - salah satu yang tak seronok ialah susah tido.

 
At Sun Aug 19, 05:13:00 PM, Blogger ryu_hana said...

mungkin kena minum air milo, baru senang nak tidur..ganbatte..

 
At Mon Aug 20, 09:03:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.ahni,
mmg tak best la kalo kena tak bleh tido ni. sampai pening2 kepala dok paksa diri utk lena...

ryuhana,
minum air milo ke? kang bila kena lagi camtu..bleh la try petua ini. TQ ne :D

 
At Mon Aug 20, 02:47:00 PM, Anonymous Fith said...

Assalammualaikum,kak Nora.
Saya Fith,wife Ninja(kohai kak Nora kat Yamadai).kak Nora ada dtg majlis kawen kitorg kat melaka 2tahun lepas,ingat lg tak?
Tahniah pregnant 2nd baby.Moga segalanya berjalan baik.take care.
Salam

 
At Mon Aug 20, 03:45:00 PM, Blogger umeboshi said...

wa'alaikumussalam fith,
TQ jenguk2 'umah' k.noora nih. ye, ye.. ingat lagik. maklum le k.noora pun p kenduri korang bukan dpt kad jemputan khas pun. just dpt war2 berita dari k.aizah,k.ani jek. hehee..doa2kan moga semua ok. fith & ninja sekeluarga pun take care! balik m'sia kang meh dtg umah k.noora ne.

 
At Tue Aug 21, 02:26:00 PM, Anonymous tini said...

hmm tini masa pregnant dulu takde plak maslah tido.. elok jerk lena hikhihkikk

 
At Tue Aug 21, 02:36:00 PM, Anonymous tini said...

k noora due bila nie.. gambare :D

 
At Tue Aug 21, 03:03:00 PM, Blogger umeboshi said...

tini,
ok la tu kalo takde masalah tido. bleh tido lena...shiawase sungguh tu! ehhee.. k.noora insya-ALLAH due nye 19oct. tgh mood raya lagi masa tu kan... doa2kan moga semua nye ok dan selamat ek.

 
At Mon Sep 24, 08:30:00 PM, Blogger izan said...

Lok oloh.. Izan maser ngandung memant tak tengok lah citer seram-seram nihh, takut terbayang2 especially time tinggal sensorangg.. kang meremanggg bulu romaa.. heheheh
Anyway, time belajar dulu kalau susah tidur cuber try bace satu buku yang paling membosankannnn.. mesti tak habis satu helai dah lelappp.. heheheheh

 
At Fri Sep 28, 10:10:00 AM, Blogger umeboshi said...

kekke..kiter dok tengok jugak citer susuk tu sampai sekang. nak tau apa akhirnye nanti. alang2 dah tgk sejak awal..kan. tapi tu la, kekadang mmg bleh teringat ingat lak citer tu, tu yg jadi penakut kejap. sekang ni, alhamdulillah, dah tak teruk sgt penyakit 'tak bleh tido'.

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home