Friday, October 15, 2010

Roti roll ala sushi

Pagi tadi sempat2kan gak buatkan bentou comel ni utk Iman. Iman ni sekrg dah kuat mkn. kalo kat umah tu, kejap2 dia mintak nak mkn. kejap2 dia sibuk selongkar meja mkn, kabinet dapur, peti ais...cari makanan. lapaaaar sokmo!







kalo hari sekolah tu, balik umah je ptg2, mintak makanan. kekadang naik pening aku dibuatnye. mmg nak kena sentiasa ada makanan aje kat umah tu. kekadang tension kalo makanan yg ada kat umah tu, tak memenuhi selera dia hari tu. nak mkn pun ikut mood dan selera dia. ikut suka mulut dia nak mkn apa! kadang, roti mkn dgn seronding daging saja pun dah ok. tapi, ada masa...dia takmo camtu. dia nak nasi la pulak. tak tentu.. kalo baru balik umah ptg2 lps keje tu, mana nak sediakan nasi le...lauk2 le...kan? kesian seorg mama . huhu...kesian gak kat anakku yg kelaparan. macam kat sekolah, kat neseri tak dibagi mkn. walhal, ada mkn gak. cuma ntah2 tak cukup mengenyangkan perut Iman kot? ehhee..







so, hari2 aku pastikan siapkan bekalan biskut utk dimasukkan ke dlm beg neseri dia. pastu, beg sekolah nye pun nak kena ada bentou (bekalan) juga. ikut dan mama nye je lah nak sediakan bentou apa utk ke sekolah ni.







utk hari ni, buat Roti Roll ala Sushi gituk. senang je.



1) aku kasi lenyek itu roti potong2 dgn botol. kasi padat gituk. Potong 2 bahagian.


2) sosej yg dah direbus/ kukus dipotong 2 memanjang. pastu potong 2 lagi kasi agak pendek. so, sosej nye jadi separuh bulat aje le.


3) timun jepun dipotong.


4) cheese yg keping2 tu pun potong 2.


5) kalo suka, sapu sos cili sket kat permukaan roti. pastu boh cheese atas tu.


6) pastu susun sosej, timun atas roti. gulungkan le roti bersos dan bercheese tu, membungkus timun dan sosej. kemaskan dgn boh air sket sebagai gam utk melekatkan roti. mesti lah dgn air masak. nak guna air milo ke, air sirap ke..boleh gak kot.


7) boleh gak potong gulungan roti tu kpd 2 bahagian lagi, so, size agak pendek.



8) cucuk dan kemaskan gulungan roti dgn pencukil gigi. dah siap!

Labels: , ,

3 Comments:

At Fri Oct 15, 04:33:00 PM, Blogger Fith said...

amboi sedapnya bento iman.fith panggil sosej roll tp fith goreng.yg kak noora buat ada cheese,uish lg sedap nih.
budak2 nak membesar mmg gitu kan,byk sungguh mkn.fith pun kdg2 pening taktau nak bg mkn apa,baru nak baring2 anak dah tarik tgn nak mkn itu ini,sabar je laa...

 
At Sat Oct 16, 04:17:00 PM, Blogger JMY said...

nampak menarik..camni klu nak makan sushi, nak dtg umah cik ume hehe

 
At Mon Oct 18, 10:14:00 AM, Blogger umeboshi said...

Fith,
Iman kata sedap! memula dia tgk, dia kata..comel sgt ni, boleh makan ke mama? ahaha..style Fith buat, digoreng..kan..? boleh boh cheese gak tu. sesekali ubah selera. kalo dok umah mmg pening dibuatnye. anak2 asyik mintak nak mkn aje!!

Ju,
boleh..boleh! sushi yg guna beras jepun pun kiter boleh buatkan utk Ju. tapi, kena inform dulu sebelum dtg. so, boleh kami p cari beras jepun yg enak kat jusco dulu.. kalo tak, dpt hidang biskut tiger je le. ahahha..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home