Friday, October 01, 2010

Masih Raya

hari ni...weekend ni...next week...masih lagi musim raya. masih bulan syawal, kan? so, setiap weekend je, byk le org buat open house. sana sini ada jemputan. ada tu, siap tak masak pun weekend sbb dari pagi sampai ke mlm dok p hadiri open house je. syoknye. jimat belanja.





tapi, kenapa ye. sekrg ni open house dah jadi trend la pulak. kalo takde open house, takde le org dtg bertandang umah kita. kalo org tu tak buat open house, kita pun segan nak p terjah bertandang. sedihnye. dulu2, takde pun sibuk2 dgn open house bagai ni. sedara mara, kawan2, kenalan nak dtg..bebila je boleh dtg. tak janggal pun. tuan rumah pun layan dgn ramah tamah setiap tetamu yg dtg tu. sekrg ni, kalo bukan open house, org tak akan jejak umah kita. kalo dah ajak org dtg open house, takkan la jamu dgn air ribena dan biskut2 raya je kan? kena la sediakan menu2 lain yg pelbagai. nak kena masak memacam. tak pun, order je dgn org tolong masakkan. siap dgn katering pun ada.





duit byk guna utk open house. tapi, matlamat buat open house tu tercapai ke? kita ni, ajak org dtg umah sbb nak beramah mesra dgn tetamu. bertukar cerita antara satu sama lain. tapi, kalo dah ramai sgt yg dijemput, kwn opis, sedara mara, jiran2, kenalan bisnes etc...masing2 dah padat kat umah dan halaman rumah tu pada masa yg sama. sempat ke kita beramah mesra dgn semua? ada ke tetamu tu semua berasa selesa utk mkn dan bertegur sapa? ada ke yg terasa terpinggir sbb tetamu lain bukan "geng" dia dan bukan kenalan dia? ada tak tuan rumah terpikir akan hal ni? mmg sepatutnye, kalo yg tak kenal tu, elok berkenal-kenalan. time tu le peluang nak menambah koleksi kawan. tapi, ntah le. aku rasa kalo dah ramai2 camtu, org yg dah ada "geng"..mesti diorg akan dok berlonggok je dgn "geng" diorg tu. apa peduli dgn org lain. sabar je lah. so, kalo yg dtg sorg2 atau sekeluarga je tanpa ada sesapa yg dikenali kat situ, terasa canggung la kot. mkn seada nye dan cepat2 nak balik.





tuan rumah pun, kekadang mungkin ada yg terasa serba salah. nak bahagikan layanan depa tu. kot2 le dia terlebih layan "geng" yg satu ni... then, dia terkureng layan "geng" yg satu tu pulak. camno? tapi, ada gak tuan rumah yg prihatin, devide masa utk tetamu2 dia. contohnye, pagi utk kwn2 opis sang suami, tgh hari utk sedara mara, ptg utk kwn2 opis sang isteri, gituk.





ada juga yg buat open house sbb nak menunjuk nunjuk. rumah besar, cantik etc. tu lagi la tak patut, kan? riak!





tapi, ada gak yg ber-open house saja nak jamu mkn kat kawan2, sedara mara dan kenalan dia. tujuan nak kasi tetamu isi perut, kenyang je le. jamu anak2 yatim pun bagus. kira bersedekah gitu. alhamdulillah.





tapi, kalo kat kampung2 ni...masih lagi kot tak berapa kisah tang open house. tetamu dtg, tuan rumah layan. ada masa free, dan kesihatan yg mengizinkan, org p berziarah sana sini tanpa ragu-ragu.





aku pun setakat ni takde le buat open house. pada aku dan ABANG, kami ajak je kwn2 dtg rumah. takde istilah open house bagi kami. nak dtg, sila la dtg. kami gembira menyambut tetamu seadanye. hati kami sentiasa open utk semua. kalo ada yg sepakat nak dtg beramai ramai, kami suka jugak. masak2 dan bersedialah kami dgn apa2 yg patut. macam hari tu, kwn2 ojosama dok cakap2 nak dtg umah. we all mmg rapat dan hari2 berbalas email, bertukar dan kongsi cerita. aku pun tak pernah masak2 utk diorg, maka nye 19 sept, seminggu lps abis coti raya, we all setuju utk berkumpul kat rumah aku. ABANG pun ok. so, that day mmg hari utk berkumpul dan makan2 geng ojosama. puas hati sbb dpt jamu diorg walaupun masakan aku tak begitu boleh dibanggakan pun. mi hailam dan spaghety jek. puas hati dan rasa seronok sgt dpt jumpa dan borak2 dgn semua...alhamdulillah. sahabatku, Wah..ada gak buat entry pasal makan2 kat umah aku ni. ada gambar2 jugak. p jenguk sini: wah aaj14






*gambar cilok dari Izan omoide kot. kat dpn umahku dgn Rusma, Izan n Zali*






weekend baru2 ni pulak...hari ahad, 26 sept, ramai sedara mara yg dtg umah. bibik2/paman2 (mak pak sedara aku) dan mak pak mentua aku serta adik beradik ABANG nak dtg umah. sbb depa dah kabo awal2, aku dgn ABANG pun suka hati la masak apa2 yg mampu. nasi impit NONA, rendang daging (guna perencah segera je!!!), ayam masak kicap (aku masak sungguh hati, resepi ikut suka aku. yg best nye...zafri anak kakyu dok request kalo dia dtg lagi next time, dia nak aku masak lagi camtu. ahahha...sedap sgt la tu bagi dia ayam masak kicap aku tu!!), dan pecal (sambal kering dah siap aku bawak dari kg masa balik raya hari tu, tinggal aku rendamkan dgn air panas je...sayur2 je aku beli, potong2 dan celur). ABANG pulak dari hari nak menyambut kwn2 ojosama, dan nak nyambut family dtg ni, dia le yg in-charge bab nak buat dadih. tu pun guna serbuk dadih segera yg dibeli kat Giant. senang cerita, aku ni semua guna yg segera punya lah!! hohoho...malas nak pikir byk. lagi pun, dok risau kot2 Asha Zahra dan Afiq Khair byk kerenah nye time kitorg nak prepare menu tu semua.





alhamdulillah. aku syok sgt sbb ni le 1st time bibik2 (makcik2 sedara) aku tu sampai ke rumah ku. syok sgt! depa dtg bukan dgn tgn kosong. masing2 ada bwk buah tgn. pmn Lim dtg bwk lontong, bik Ija bwk kek pelbagai jenis dan puding cocktail, bik Ton bwk pelbagai jenis biskut Julie (sbb dia keje dgn Julie's) dan biskut raya. adik2 ku dtg jugak. Dikyah dtg bwk nasi arab, rendang daging, sambal goreng, acar nanas...semua nye dia tapau dari jamuan raya sekolah dia ptg tu. Baya lak dtg bwk laksam!! so, we all makan...borak...bergambar...makan..borak!! best.





anyway, kawan2 opis abg, serta x-kwn opis aku merangkap senior aku dan ABANG (k.isma dan isrami sekeluarga) pun ada dtg umah.





so, kpd semua...jemputlah dtg umah cikpuan ume. walaupun takde jemputan open house. walaupun nanti raya dah habis pun. bebila nak dtg, bebila tersesat atau terlajak lalu sampai putra heights...mai la umah kiter. anyway, weekend ni mungkin aku tak lekat kat rumah. sabtu dah janji nak konvoi dgn adik2 ku utk p beraya ke rumah mak pak sedara kami. ahad lak nak penuhi jemputan kawan2 ABANG dan kawan2 aku. insya-ALLAH!





oleh itu, selamat berweekend semua! jaga diri, jaga kesihatan.

Labels: ,

2 Comments:

At Fri Oct 01, 01:01:00 PM, Blogger Fith said...

betul2,setuju sgt.skrg konsep open house ni sdkt sebyk dah menghapuskan tradisi ziarah kan?klau buat open house besar2 sampai berkhemah2 tu mmg tak terlayan pun tetamu.kira tetamu dtg utk makan je,takde nak ramah2 mesra dah.fith lg suka tradisi ziarah,kita boleh kenal2 blk kot2 dah lama sgt tak jumpa kan,hehe.
bestnya buat makan2 dgn kawan2,kitorg ni ntah bila la plak nak merasa nak reunion...

 
At Fri Oct 01, 02:27:00 PM, Blogger umeboshi said...

Tu la Fith..k.noora nak jugak p terjah ziarah umah jiran sebelah. tapi, acik tu siap kata, tunggu dia dah masak2 dan panggil dtg rumah, nanti baru dtg eh. alamak! malu jugak. kalo kita main terjah2 je, salah ke? kan betul2 sebelah rumah. rasa serba salah lak. huhu.. geng2 ojosama k.noora ni, tetiap minggu kitorg jumpa time raya ni. ada je yg akan masak2 n panggil dtg berkumpul. tetiap minggu dpt jumpa muka yg sama. ahhahha...mmg kamcing sgt!

 

Post a Comment

<< Home