susu
stock ebm mmg dah lama surut. Asha Zahra pun dah mula minum formula milk. memula dulu, minum susu share dgn abang Afiq Khair nye. susu NAN HA. Afiq Khair dedulu allergic. minum susu jenama lain, naik merah2 kat kulit dia. pastu cirit birit. tu yg doktor suggested kasi susu NAN HA ni. anti allergic gitu. bila kasi NAN HA, ok lak dia. dah tak cirit birit, dan kulit pun beransur pulih dari tanda merah2 tu. kami pun berterusan kasi susu NAN HA sampai sekrg.
susu NAN HA ni mahal!! setin yg 1 kg kot, rege nye dah dekat RM70 setin. tu kalo beli kat kedai ubat cina yg dekat2 opis aku ni le. kalo beli kat Giant, lagi mahal rege nye! ada la dlm RM75-78 utk setin. mahal, kan??? sebulan nak kena beli 3,4 tin gak le. kuat minum susu Afiq Khair tu.
masa nak mula2 kenalkan Asha Zahra dgn formula milk, kami kasi dia minum susu NAN HA tu le. tgk sekrg ni dia dah mau minum formula milk, ABANG suggested utk kasi susu yg agak murah sket le. susu Dutch Lady. kami belikan susu Dutch Lady perisa honey. Asha Zahra mau minum. tapi, yg kami perasan, lepas minum susu tu je, naik bintik2 merah kat kulit dia dan dia pun asyik tergaru garu. aduh!! kami suspect le kot2 Asha Zahra pun allergic dgn susu. so, terpaksa la kami kasi dia susu NAN HA tu dulu...
high demand sungguh Afiq Khair dan Asha Zahra ni. minum susu yg mahal. kalo abang Iman nye dulu, kasi susu apa pun, dia mau minum. takde alahan apa2. alhamdulillah. cuma bila dah besar ni, memacam lak dugaan kesihatan utk Iman.
kisah susu ebm lak. aku still meneruskan usaha mengepam dan menyimpan stock susu ebm utk Asha Zahra. kat opis setakat 2 kali je aku mengepam. tgh hari dgn ptg. susu makin surut la pulak masuk minggu ni. ntah2 menu aku sehari hari tak berapa cukup vitamin tak? ehhehe.. nak sgt mkn dan berbelanja dgn budget. aku pulun minum air suam...asyik nak berkejar ke toilet la pulak. dah la toilet kat ujung bangunan..sabar je lah!
next, opis akan berpindah ke tempat baru. aku tgk floor lay out utk opis baru tu..takde bilik selamat utk aku meneruskan usaha mengepam nih.. sedihnye aku!!!
Labels: Afiq Khair, Aku, Asha Zahra, Iman, Keluarga
0 Comments:
Post a Comment
<< Home