Monday, October 11, 2010

Sesak Nafas

* Iman dgn hadiah yg dia menang. pertandingan membaca kat sekolah dia.*





Sabtu baru2 ni...9 oct, aku sekeluarga p menziarah adikku;Baya yg umahnye kat Taman Bukit Kuda, Klang. dah lama tak p umah dia. sampaikan ABANG hampir tersilap masuk lorong. ehehhe.. raya thn lps tak berkesempatan p umah dia. raya thn ni pun, dah abis raya baru p umah dia. anyway, kuih raya dia masih ada la. aku pulun mkn tart nanas. ntah kenapa, dah akhir nak abis raya hari tu pun aku dok "ngidam"kan tart nanas je. siap request kat kwn aku; ujen ..mintak dia bawak tart nanas masa p beraya umah kwn kitorg...zali. ni, kat umah baya pun aku pulun tart nanas gak. siap tapau bwk balik lagi tu. ahahhah..


lps mkn, minum dan berborak kat umah baya...aku ajak baya sekeluarga p umah BikNiah. makcik kami....adik kpd mak kami. kat kapar. sampai sana dah tgh hari. aduh, rasa serba salah lak. bikniah pun tgh sibuk tolong adik ipar dia memasak masak sbb diorg ada majlis makan2 dgn kaum pompuan kg tu ptg tu. itu pun, bikniah sempat lagi menjamu kami mi grg, kuih2 dan air sirap sejuk. Iman minum tak hingat. air sejuk. terbatuk batuk le dia. time keluar dari umah bikniah, Iman dah mula sesak nafas. dia kata sakit dada n susah nak bernafas. lps salam2 dgn bikniah dan baya...ABANG drive ke pekan kapar. cari klinik. klinik yg memula kami jumpa, klinik macam baru nak beroperasi. kosong je...takde org. terus we all cari klinik lain. jumpa klinik ke2, ramai nye org...MasyaALLAH!!! ABANG drive lagi...sampai jumpa 1 lagi klinik. Doktor dan staff semua India. semua ok...layan kami dgn ramah. kecuali ada 1 staff pompuan ni, masam je muka dia. ntah apa2 ntah. kalo org sakit, mau bertambah sakit bila tgk muka staff klinik camtu. appara!!!


Doktor check Iman. kata nye Iman kena asma. ish!!! terkejut le aku dan ABANG. selama ni tak pernah jadi pun. tu le 1st time dia sesak2 nafas gitu. mmg gabrah gak kitorg, tu yg cepat2 ronda cari klinik. Doktor kata, "awak sudah lambat ni". dia kata cenggitu masa dia check dada Iman. aku tak dgr doktor kata cenggitu. ABANG yg dgr, dok risau dah. "huh...dah lambat? dah serius ke sakit Iman"...kata ABANG dlm hati. (ABANG cerita balik kat aku le..). then doktor kata, "awak dtg sudah pukul 1. saya sudah mau keluar lunch.." aisey!!! doktor boleh ke kata cenggitu kat pesakit? buleh ke? buleh ke? apa pesakit tahu hal doktor dah mkn ke, belum ke. yg penting nak dptkan rawatan.. aku cukup tak puas hati. huhu...kalo iye pun nak kena jaga mkn minum, diorg ni harus le ada shift. time sorg doktor p mkn, then kena la ada sorg lagi doktor yg cover time doktor tu p mkn. nyampah tau!! anyway, alhamdulillah doktor tu mau gak la tolong merawat Iman. Iman dikasi sedut gas. then, dpt le ubat2...sampai 4 jenis!!


huh..Iman ada asma ke? aku harap takde!! aku harap Iman OK aje. huhu...


lps keluar dari klinik, kami p kenduri kat umah ciknah (makcik ABANG), kat Rantau Pjg, Klang. Ciknah suami isteri bakal p tunai haji. pagi tadi slmt berlepas. tak lama sgt kat sana sbb Iman pun tak nak mkn apa2. looked so weak. Asha Zahra dah ngamuk2 nak tido. so, we all yg pada awalnye nak p majlis doa slmt baby kak ija dan Semt kat sec 23 shah alam lps dari umah Ciknah tu, terus cancel the plan. kami balik umah terus. dlm kereta je, anak2 semua terlena. sampai umah, angkut depa masuk ke dlm umah pun, depa tak sedar pun. tido lena sungguh. Iman pun aku dok risau tgk dia bernafas macam sgt susah je.


time dinner pun Iman tak berapa nak mkn. walhal perut lapar. dia pulun koko krunch dgn susu semangkuk. mkn nasi sket yg amat. tido mlm tu, ABANG sapukan vicks ke dada dan belakang Iman. urut2 dia sket..bantal pun kasi tinggi supaya dia mudah nak bernafas. mlm tu badan Iman agak panas. kami kasi dia ubat demam. risau aku dibuatnye...


Ahad, 10 oct...alhamdulillah Iman dah nampak OK. dah mau mkn macam biasa. syukur.. syukur!

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home