Monday, October 18, 2010

Magika dan Toilet Training

Ahad, 17 Oct 2010.
bersepakat dgn ABANG..nak bawak anak2 p tgk movie. citer MAGIKA. tgk kat MidValley, tiket pukul 11.15am. sampai Midvalley dlm pukul 10am. alhamdulillah ada seat lagi. RM12 utk seorg dewasa, RM6 utk kanak2. Afiq Khair pun kena beli tiket le..nak kasi dia dok sendiri.

sambil tunggu masa utk masuk panggung, kami lepak2 kat area situ je la. ada exhibition hall kat situ. kitorg masuk hall nomo 2. ada exhibition pasal cocoa. so, pelbagai jenis dan jenama coklat ada kat situ. boleh rasa dgn free. boleh beli kalo suka. we all rasa2 aje. tak beli apa2 pun. sebelum tu, kalo buat pendaftaran masuk, dpt le 1 goodies bag. dlm tu ada 1 lencana pasal i love cocoa, ada buku nota.

bila sampai waktu, we all pun bergerak ke panggung. masuk dlm tu, penuh gak le seat. ramai org menonton MAGIKA...dari seat yg paling belakang, hingga yg paling dpn. mmg penuh! memula tu, anak2 semua happy and enjoy dgn movie. ada muzikal, lagu2...semua dok bersuka suka. Asha Zahra siap tergoyang goyang badan dan kepala ikut rentak muzik. ewah ewah. cerita kelakar dan menghiburkan. ada kisah teladan juga. contohnye..bab keluar rumah waktu senja.. mmg patut le org tua tua dok ingatkan bebudak, jgn keluar rumah waktu senja, nanti disorok syaitan/ hantu. Iman pun dok ingat sgt scene tang tu...Nenek Kebayan (Ziana Zain) kata kat "malik" ..Waktu senja bagi kau, waktu pagi bagi kami (jin/ syaitan..).. Iman kata, tak boleh p main playground la dah kalo petang2 nak mlm tu eh??? hah...tau pun!!!

ish, ntah sampai scene mana ntah, yg Ayu (Diana Dianelle) dan Badang (Mawi) dok jalan2 kat pasar kot, aku terus hilang tumpu. Asha Zahra dah mula gelisah dan melalak sekuat hati. aku pujuk2 pun dia takmo diam. kasi mimik pun melalak sakan. dok dukong2 bawak berjalan sampai ke belakang pun dia takmo diam. tension wo! tak lama tu Afiq Khair pun mula melalak gak. aih! apa kena ni. terus we all keluar dari panggung. tension nye...rugi duit je kata ABANG.. terus balik umah la. nyampah tau!! tak sampai sejam pun menonton. uhuk!

so, sbb tak dpt tgk citer sampai abis...tak dpt le aku nak komen citer tu. dari setakat apa yg sempat aku tgk, citer tu mmg menghiburkan. harus tengok..kpd yg suka cerita2 muzikal. aku suka! or lain tak tau la..

tokoro de, start hari Sabtu lps...16 oct 2010, aku dah mula train Afiq Khair utk tak pakai pampers. Afiq Khair pun mau je. cuma, dia tak pandai lagi nak agak bila nak buang air. pagi sabtu tu, sekali dia terkencing kat dpn tv. mlm nye pulak, terkencing kat dpn pintu...huhuhu... nak kena kerap ingatkan dia...nak kencing tak? nak berak tak? ada gak le, bila dia kata nak kencing, aku pun bawa dia ke toilet. tapi dia dok payah lak nak membuang air. ada le 3,4 kali ulang alik ke toilet, baru le mau keluar "hajat"nye itu. kesian.. pastu, bila dia membuang air kat toilet, aku pun puji2 la dia...Afiq bagus la..Afiq Khair pandai la. nanti dia suka dan nampak bersemangat la jugak nak meneruskan usaha bertoilet training nye itu. hari ni kat neseri, kami bekalkan sikit je pampers. minta diorg tolong teruskan usaha toilet training kat Afiq Khair. cuma, boleh le pakaikan pampers waktu dia tidur...harap2 berjaya toilet training Afiq Khair dlm minggu ni.

baru je abis weekend, aku dah tak sabar nak berweekend semula. ahahha...seronok dok lepak dgn anak2, takyah pikir pasal keje opis. anyway, layan anak2 dan keje umah lagi penat sebenarnya! kot kan..???

Labels: , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home