Ikan Keli Salai
Dulu, masa kecik2, kalo abah balik dari pekan bawa ikan keli, abah akan tuang ikan2 keli tu ke dlm baldi atau besen. kemudian abah atau mak jenuh mengetuk ngetuk kepala ikan keli sebelum disiang. kadang2, aku geli dan ngeri bila ada antara ikan2 keli tu masih bergerak gerak ekor nye bila mak siang. selalu nye, mak akan goreng atau bakar aje atas api dan kami mkn dgn nasi. cukup menyelerakan kalo ada sambal air asam.
sampai sekarang, dah jadi isteri dan mama kpd 3 org anak, seumur hidup aku tak pernah lagi membeli/ menyiang/ membasuh/ memasak ikan keli. aku geli nak pegang ikan keli mentah. eeiii.. licin. ikan haruan.. belut..pun sama. geli!! kalo dah siap disiang, dicuci, digaram kunyitkan, mungkin aku boleh tolong gorengkan. tapi tak berani le nak pegang dgn tgn. aku mesti guna senduk kuali utk amik ikan tu dan dituang ke dlm kuali gorengan. ehehhe..mmg geli le nak memegang nye. tapi, bab makan...tak le pula rasa geli. sedaaaaap je masuk ke tekak ni. ekekke..
baru2 ni, dok baca status kwn lama aku...Am( http://epelijau06.blogspot.com/ ), kat facebook yg dia dok mkn ikan keli salai masak lemak cili api...aku jadi teringin la pulak nak mkn sepuas hati. kalo nak mkn puas2....kena le masak sendri. boleh masak seberapa byk yg kita suka. boleh mkn seberapa byk yg kita mau. maka nye, aku order je dgn Am. Abg/kakaklong dia buat bisnes ikan keli. aku 'amik' ikan keli salai. dah siap disiang, dah mati disalai! takyah pegang yg mentah2. yeayy!!
ikan keli sebelum ku potong 2, supaya senang nak disimpan kat dlm bekas dan masuk ke dlm peti sejuk dingin beku.
alhamdulillah...ikan keli salai, beli sekilo dgn rege RM15..amat berbaloi. besor2 ikan nye. dpt dlm 7,8 ekor.. (ker, lebih entah!!! ehehhe..). boleh jenguk ke sini : http://ikankelikfa.blogspot.com/ .
sabtu baru2 ni le..lepas isya', Am dan suami nye dtg m'hantar ke rumah. tu juga merupakan pertemuan semula aku dgn Am selepas 16 thn berpisah. sejak abis SPM...langsung tak pernah bersua muka. aku pun sgt teruja nak jumpa Am. mmg tak berubah wajah Am. cenggitu jek. gebu! tak boleh borak pjg. Am dan suami dari melaka nak balik ke rumah di aman perdana. (hari yg sama, aku pun ke melaka...memenuhi jemputan kenduri kawin staff ABANG).
hari ahad, aku mulakan projek memasak ikan keli salai masak lemak cili api. mula nye nak masak lemak kencur (cekur). tapi dok ronda kedai2 kat putra heights tu, semua dah kehabisan stok kencur. maka nye, aku tukar kpd masak lemak cili api. takut anak2 kepedasan, khas utk mereka, aku goreng biasa aje.
bahan2
kelapa parut dan diperah amik santan.
ikan bilis sikit.
cili api 8 biji, diketuk2 je hujung nye sikit.
bawang besar sebiji dihiris nipis.
bawang putih seulas.
serai 2 btg diketuk2.
asam keping separuh keping aje.
garam secukup rasa.
carrot separuh btg dipotong pjg. (iman & afiq khair suka carrot).
kobis sikit, dipotong/ koyak size besar.
(ingat nak p amik daun kunyit kat belakang umah pun, terlupa dah. so, masak takyah boh daun kunyit le..)
cara2
santan, ikan bilis, cili api, bawang2, serai, carrot direbus dan dikacau selalu.
bila mendidih, masukkan aje le ikan keli salai dan garam. kalo nak tambah air sikit pun ok. ikut le byk mana kuah yg kita nak.
lepas tu, masukkan asam keping dan kobis. matikan api.
siap!!!
senang aje resepi aku. bau harum. rasa pun best!! ehhhee..puji sendiri le.
Ikan keli di pinggan aku bersama sayur2 .
ikan keli di pinggan ABANG.
**Thanks Am dan suami sbb mau terima order aku dan siap dihantar ke rumah pula :-)
lain kali boleh order lagik. insya-ALLAH kalo ada rezeqi.
9 Comments:
sedapnya tengok ikan keli masak lemak cili api. akak pun kalau masak lemak mesti nak guna kencur. Nasib baik ada simpan stok kat sini.
k.hanny,
tu le. kalo masak lemak kencur lagi best. anyway, ada lagi beberapa ekor ikan keli nye. kang weekend bebila buleh masak lagi. kena carik kencur kat pasar mlm dulu le..
oOo..ini la rupa ikan keli salai tuh ek..oishi soooo
kat umah akak, selalunya mak goreng garing dan masak sambal cili....akak pernah sekali je beli ikan sembilang( lebih kurang le kan rupanya )...geli jugak nak menyiangnya tu tapi terpaksa gagah le sebab teringin nak makan....first sekali akak potong kepalanya...kurang sikit rasa gerun tu, lagipun kat umah ni ikan jenis apa pun akan kena pancung kepala dan buang...he..he..
zali, mmg sedap!
k.maisya, masak sambal pun sedap, kan? owh a ah la...ikan sembilang pun lebih kurang gak. geli le nak pegang!! hahha..kena pancung kepala dia ek? hihi..
Salam.. sedapnye nampak. Boleh bayang kesedapannya. Tapi nak masak sendiri muri la kot. Husband pun lansung tak makan keli. Ikan keli ni makan kat kedai je la.. hehee.. tak pun kak Uda sy masak.
Lama am tak masuk blog cik noora ni..actually laptop masuk ward...bila dah keluar jenuh nak siapkan keje lain...alhamdulillah cik noora puas hati..:)
Pelbagai info2 menarik berkaitan ikan keli....
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
wah...hubby x mkn ikan keli eh? takpe, kalo teringin mkn, p le beli/ mkn kat kedai. selalu mesti ada lauk ikan keli ni. cuma nye, masak sendiri, buleh mkn sepuas hati. ahahha..
am, kesian laptop masuk ward. thanks ye am sudi ambil order dan siap hantar sekali :-)
projek keli kanvas, thanks for the info :-)
Post a Comment
<< Home