esok dah masuk thn baru
hari ni is the last day for Y2009. pagi2 lagi boss dah jumpa aku, "Noora-chan, kyou nani mo nakattara, hayame ni kaette mo ii yo!" aku pun, dgn sengeh lebar...angguk2 sambil kata "hait!!" dgn suara agak kuat dan berbaur kegembiraan. yeyyyy!!!
tak lama tu, boss kasi email kat aku. lepas 1, 1 lagi email yg dtg. dia suruh aku hon-yaku. ish ish!!! cepat2 aku hon-yaku (translate) dgn hati berkobar nak siapkan cepat2...nak balik cepat. alhamdulillah kol 11 setgh tadi semua settle. now, dah kol 1 suku..opis pun senyap sunyi dah. boss dah chow. aku, dlm kol 2 kang la balik. lepas solat zuhor..
esok kan tahun baru. wong jepun ki....nak nyambut thn baru macam kita nak sambut raya puasa tu le. depa sambut 1 jan tetiap tahun dgn meriah. rumah hias cantik. makanan pun sedap2. p jinja (temple) utk make wish. sebab tu le boss pun nak chow awal. dia nak buat apa2 persiapan kot utk sambutan thn baru. buat toshi koshi soba kot!! ( toshi= tahun, koshi=melangkau?!!, soba= mee soba le!!)...atau pun kalo ikut kamus nye...Toshi Koshi Soba= Year crossing noodles. slalu nye depa prepare soba pada 31 dec ptg/ malam. pastu slalu nye depa kena mkn soba tu malam hari 31 dec, sebelum menjelang nye kol 12am, 1 jan tahun berikut nye. kira as their tradition la...must eat Toshi-Koshi-Soba on New Year's Eve...gituk.
owh ye...hari tu Iman dah selamat menjalani operation utk repair hernia dia pada 17 dec hari tu. sehari sebelum masuk awal muharram 1431H. sejak malam tu dia dah kena puasa. seawal 8 setgh pagi 17hb tu dah kena check in kat spital. tapi....kol 11 setgh pagi baru le iman disorong ke operation room. ish..kesian. sebelum tu iman dah sibuk kelaparan!!! kata ope nye sejam aje. tapi, kol 2 stgh gitu, baru Iman dibawak keluar. amik masa lama sbb lubang kat dlm tu agak besar. doktor repair lubang tu. kasi jahit dan tutup lubang nye...supaya usus dari perut tak akan jatuh lagi ke bawah (ke karung z*k*r)..
Iman sebelum ope.
keluar dari ope-room...iman masih lalok2 gitu. kesan dek ubat bius. aku pun sebenar nye, dari pagi amat la tak larat. tak buleh mkn, minum. asal apa saja masuk ke mulut, pasti muntah semula. langsung tak boleh mkn, minum. badan jadi letih dan lemah. pukul 5pm, aku beredar balik ke umah. nak amik anak2 yg lain. ABANG stay kat spital, jaga Iman 1 mlm kat spital. kat umah, Dikyah dgn Diba dtg dari kg. temankan aku kat umah. alhamdulillah. amat membantu sbb aku sgt lemah nak handle semua bersendirian. tak lalu mkn!!!
Iman lepas ope. masih lalok dek ubat bius...
jumaat, keadaan aku agak OK. boleh mkn tapi sikit2. tgh hari sebelum solat jumaat, ABANG dan Iman dah kat umah. Iman masih lemah. mkn pun tak lalu. Iman pun, asal mkn, pasti muntah balik. aku risau. ptg tu, berkumpul adik2 kat umah aku. ada Baya n family, Diba dan Dikyah. Baya nak balik kg, angkut Diba balik sekali.
Sabtu, aku jadi lemah balik. p amik ubat kat klinik. alhamdulillah mau lega. muntah2 pun reda. Isnin mmg aku amik coti. nak monitor keadaan Iman. aku buatkan bubur nasi. Iman mau mkn. alhamdulillah siang tu dia tak muntah2. nurse dari DEMC pun ada dtg. homecare gituk. check keadaan Iman. mlm Isnin tu Iman muntah2 semula. ABANG bawa p klinik. amik ubat tahan muntah. selasa, aku bekalkan bubur nasi utk Iman ke nursery. aku dah masuk keje semula hari selasa tu. agak risau dgn keadaan Iman. ptg tu, diorg kat nursery kata, Iman OK. boleh mkn tapi sikit2. so...seminggu tu mmg aku sediakan bubur nasi buat bekal Iman kat nursery.
weekend coti krismas, we all kat kampung. Iman pun dah ok. nampak sihat. dah boleh mkn macam biasa. cuma, aku elakkan dia dari amik telur, udang, sotong dan makanan 'gatal' yg lain. minuman berais pun aku suruh dia berpantang dulu. tapi, kat kg sepupu2 nye mkn aiskrim...mana Iman buleh tahan. dia baham gak aiskrim tuh!!! sabo jek la.
ok la. byk lak celoteh. lain kali sambung cerita. aku nak siap sedia balik umah. hari ni nak rehat2 kat rumah. esok ada orientasi sekolah Iman. (Iman akan bertukar sekolah. dah 2 thn kat tadika Nur Ummi. Iman dah bosan kat situ. dia nak sekolah lain. selepas survey tadika2 yg ada kat area Putra Heights tu...maka nye kami buat keputusan utk sekolahkan Iman ke tadika Genius Aulad kat USJ21. Iman pun berminat dgn tadika tu. harap2 Iman boleh belajar dgn penuh semangat dan jaya!!!). lepas abis orientasi, kami semua akan ke teluk batik. family trip dgn adik beradik dan parents aku...
so...happy holiday!!!! take care. serta selamat tahun baru 2010. moga tahun depan akan membawa lebih byk keceriaan, kejayaan dan kebaikan buat semua. amin.
Iman lepas ope. berehat kat umah.
**Al-fatihah buat arwah sepupu aku, Yazid. meninggal pada hari selasa, 29 dec 2009, 12 muharram 1431H. Arwah Yazid adalah anak ke-3 kepada BikNiah (adik mak aku), umur 15 tahun...lepasan PMR. bukan sebab sakit. tapi, boleh dikatakan sebagai kemalangan sewaktu arwah terjun ke sungai yg berdekatan dgn kunci air. kata saksi kejadian, mungkin leher/tengkuk arwah patah sbb terhantuk ke tiang kat kunci air tersebut...
2 Comments:
Semoga Iman cepat sembuh...
SELAMAT TAHUN BARU UMEBOSHI...
keje noora asyik hon-yaku ye? Blehla part time sediakan subtitle citer2 jopun ek..
Alhamdulillah Iman selamat..dah 2x rupanya ope ye? Happy holiday..dan happy new year..2010.
Post a Comment
<< Home