Maulidurrasul 12 Rabiulawal 1431H
aku dpt rasakan, sambutan maulidurrasul amat meriah di mana2 pada tahun ini. Iman pun ada sambutan nye di sekolah pada hari khamis lepas. pegi sekolah pun berbaju melayu. iman kata, berarak di kawasan depan bangunan sekolah...lalu le depan kedai2 kat usj 21 tu.
kat taman perumahan aku kat putra heights tu pun, sejak awal pagi jumaat sampai ke sabtu malam ada sambutan nye. jalan berarak kat taman perumahan sambil bersolawat, ada ceramah, ada aktiviti utk kanak2 seperti pertandingan mewarna, ada sesi masak2 oleh chef ismail utk muslimah..etc. ada gerai2 jualan juga kat perkarangan surau. meriah. cuma nye, aku sekeluarga tak sempat nak join.. ABANG ada gak le p jenguk ke surau tu.
kat message book (communication book between teachers, parents, school) iman, ada notis pasal sambutan maulidurrasul kat surau usj 16. sekolah iman (melibatkan pelajar 6 tahun sahaja) pun join sambutan tu dgn jalan berarak beramai ramai dari masjid al-falah (usj berapa ntah tu) menuju ke surau usj 16. ada la dlm 5km kot?! aku dgn ABANG yg excited. biasa la... kami suka menggalakkan iman (dan adik2 nye) utk join aktiviti sekolah dan pelbagai aktiviti luar macam ni. kalo buleh, tanak lepaskan peluang utk diorg join memacam aktiviti ni. biar diorg expose dgn dunia luar. so, pagi sabtu, seawal lepas subuh, aku dan ABANG bangunkan anak2. mandikan dan siap2 semua. terus p surau kat usj 16. patutnye kol 7.30 waktu mula berkumpul. tapi, dekat kol 8 gak le baru kami sampai sana. bila sampai sana...alamak! tercengang lak nengok org tak berapa ramai. pastu, student sekolah iman pun tak ramai. yg ada kat situ semua nye iman tak kenal dan diorg semua dak sesi pagi dan akan buat persembahan nasyid lepas acara berarak selesai nanti. emmm...bila tanya teachers kat situ, diorg takde le pulak advice suruh p ke masjid al-falah. sedih gak aku masa tu. iman dah mula nangis.. dia excited sgt nak join perarakan. emm..bila tanya sekali lagi kat teachers yg ada kat situ, depa kata semua berkumpul kat masjid al-falah tu. ish!! kat notice dlm message book tu, tak pulak depa tuliskan dgn jelas tempat berkumpul nye. cuma ada le ditulis pasal perarakan dari mana ke mana. emmm...ker, kitorg ni salah paham? terus aje le ABANG pecut kereta ke masjid al-falah. diorg dah mula berarak keluar dari masid. ABANG dok kejar bawakan Iman ke teacher kelas dia. baik jumpa :-) so, selamat la Iman jalan berarak.
*antara team dari sekolah mana ntah yg join perarakan*
lepas tu, semua org berkumpul kat surau usj 16. ada ucapan2, persembahan dan penyampaian hadiah serta makan2. tapi, masa persembahan tu, ABANG ajak balik sbb nak berkejar p kenduri kat Tangga Batu, Melaka. kami tanya Iman, seronok tak berarak? Iman kata seronok tapi penat. tapi, aku tau...Iman sgt happy dpt join perarakan..biarpun baju melayu dia basah lecun dek peluh. aku pun lega bila Iman dpt join diorg berarak. kalo Afiq Khair dan Asha Zahra takde kat tgn masa tu, sure aku dan ABANG pun akan join berarak sekali. berjalan reramai sambil bersolawat begitu. sgt syahdu dan menusuk jiwa rasa nye... walopun tak berarak dan buleh bersolawat sendiri kat rumah atau di mana2. tapi, tak sama pengalaman kalo join berarak reramai gini. sambil bersolawat..sambil tu, ada juga peluang utk nambah kenalan dan rapatkan silaturrahim sesama muslim.
*team sekolah Iman. teachers semua pakai purple. student tersorok kat bahagian depan sana..*
emm..cuma nye, tak berapa ramai pun student sekolah Iman yg join. teachers mmg ramai le yg join dgn tema diorg berbaju purple. student cuma berapa org jek. yg ramai pun sbb ada 2/3 kelas kot sesi pagi yg buat persembahan nasyid tu. diorg pun join perarakan dari sekerat jalan je. kecewa juga, dlm ramai2 student 6 tahun sekolah yg ada 2 sesi tu, cuma ada 5,6 org je (yg bukan buat persembahan) student yg dtg. emmm.. takkan le anak2 yg kata kat parents.."saya tanak pegi! saya tanak join!".. semua ni sebenarnye bergantung kpd parents jugak kan? kalo depa rasa tak penting dan kalo tak join pun takpe...tu yg diorg pun sambil lewa dan tak kisah pun kalo tak join. bagi aku, mmg le kekadang aktiviti yg sekolah buat tu tak berapa penting. tapi, sekurang kurang nye, apa la salahnye kita luangkan masa...berdisiplin utk cuba join apa saja aktiviti sebegini. anak2 pun sure happy, at least dpt jumpa kawan2 dan kenal kawan2 baru, di samping dpt pengalaman baru. wallahua'lam. aku pun bercakap ikut pengalaman dan pemikiran aku aje. bukan utk aktiviti maulidurrasul ini saja. tapi, aktiviti2 lain juga...sama aje. tapi, mungkin org lain pun ada hal lain, kan? siapa tahu?
* iman mkn kek coklat. peserta yg join perarakan dpt mkn free. ni on the way nak balik rumah lepas berarak*
anyway, ini pun satu lagi pengalaman baru bagi Iman dan kami sekeluarga. alhamdulillah. Allahumma solli 'alaa saidina Muhammad, wa'ala aali saidina Muhammad! Allahuakbar! al-fatihah buat nabi junjungan kita; Nabi Muhammad S.A.W dan kaum kerabat serta sahabat2 baginda. al-fatihah juga buat semua muslimin muslimat yg telah kembali ke rahmatullah dan juga buat semua yg masih ada nyawa di badan pada saat ini. al-fatihah!
2 Comments:
masa maulidur rasul tu kami on the way ke taiping, bila sampai dah ptg... sepjg jln nak ke sana tu, dlm radio tak dengar lah pulak dialunkan selawat ke apa ke... sayang sekali...
k.ahni!!!
lama tak dgr kabo. sihat? tu le kan...apesal kat radio pun tak berkumandang solawat barang beberapa saat..rugi!
Post a Comment
<< Home