Kampung
Sabtu 6 feb, ABANG ada keje kat opis di Teluk Intan. aku amik kesempatan, sbb ABANG on d'way ke Teluk Intan, boleh lalu kg..maka nye aku dan anak2 lepak2 la kat kg sementara ABANG p keje tu. pagi sabtu, dlm kol 8 setgh pagi keluar rumah, kami sampai kat kg aku dekat kol 10 setgh. lepas turunkan kami anak beranak beserta barang2, ABANG terus p keje ke Teluk Intan.
aku tengok, byk perubahan kat kg. Rumah nenek dlm proses pengubahsuaian. semakin membesar dan besar. kat area belakang umah nenek dan umah angah andung pun, pokok2 kelapa abis ditebang. jadi lapang. dengar nye angah imat nak dirikan 'rumah burung'. nak bisnes sarang burung. erk???? dekat dgn kawasan org tinggal. nanti bising dgn suara burung. mesti org kg akan marah. mengganggu. emmmm..entah le apa yg difikirkan oleh diorg yg 'kaki' bisnes ni. buat bisnes mmg bagus. tapi, nampak nye..tempat nye tu tak sesuai. tolong lah!!
sampai kg, macam biasa aku akan ke dapur, menjenguk apa ada di dlm tudung saji. ehehhe.. ada byk nasi lemak bungkus. Abah tahu yg Iman suka sgt dgn nasi lemak kedai yg sedap tu. tiap kali kami balik kg, abah tak lupa nak belikan nasi lemak tu. aku pun suka. sekarang dah naik rege. 70 sen sebungkus. iman mkn sebungkus. afiq khair mkn separuh bungkus dan dihabiskan oleh mak. aku pulak mkn sebungkus. lunch time, mak masak ayam masak kicap. ada ulam timun dan kacang botol. aku tengok ada sebungkus lagi nasi lemak. maka nye yg sebungkus tu, aku dgn mak mkn share...sambil tu mkn gak nasi dan lauk2 yg mak sediakan.
iman dgn afiq khair leka tgk tv. layan astro. maklum le, kat umah kami sendiri takde astro. so, balik kg le lepaskan gian utk nonton astro. cerita kartun aje pilihan diorg. dlm kol 2pm, ABANG dah balik. ptg lepas asar, aku ajak ABANG jalan2 ke pasar mlm kat pekan Pasir Panjang. beli pau kaya, pau ayam, pau kacang merah, pecal (mmg pilihan dan kegemaran aku!!), kebab (ABANG yg nak), ayam percik, kopok leko (pilihan Iman), iwak gereh (ikan masin) utk aku bawak balik ke putra heights sebagai stok kat umah. tiap kali p pasar pasir pjg, aku slalu beli pau lebih utk kasi kat nenek. aku tak tau le nenek suka ke idak. tapi, sekarang nenek bukan nye boleh mkn makanan yg keras2. so, makanan yg lembut2 je yg dia boleh mkn.
ahad, pagi tu mak dgn abah sibuk membelah kelapa muda. ABANG pun membantu. seronok betul. puas hati dpt minum dan mkn kelapa muda yg sedap dan banyak gitu. kelapa muda hasil dari penebangan pokok2 kelapa kat belakang umah nenek. mak, angah andung, busu ipah pun amik kesempatan mengumpul daun kelapa utk amik lidi nye, buat penyapu. dekat kol 12 tgh hari, aku bertolak balik ke putra heights. mak sempat masakkan kari buah nanas. macam masak pajeri, cuma nye takde kerisik je le. sedap! mak tapaukan seperiuk kecik kari nanas, nasi, ayam masak kicap, dan 2 cawan air kelapa!!! syok nye...alahmdulillah.
aku serba salah juga. balik kg pun, tak berapa menolong keje2 rumah. sibuk dgn anak2 yg pelbagai ragam. asha zahra dah mula kenal org. tak berapa nak dgn org lain dah. asyik nak melekat dgn aku je... mmg terkilan. tiap kali balik kg, aku tak berapa membantu langsung keje2 rumah. kesian mak.
tapi, aku seronok sgt kalo dpt balik kg. balik kali ni, tak balik ke kg ABANG pun. hujung minggu ni, coti raya cina...insya-ALLAH akan ke kg sabak. coti raya cina agak pjg. sabtu sampai selasa. so, adik beradik ramai yg akan balik kg. meriah la!! huh...jalan raya pun sibuk la jugak nanti. jem!!
asha zahra...suka sgt masukkan benda ke dlm mulut. tu, tgh nak hisap botol gam nenek nye..!
Labels: Asha Zahra, Gambar, Keluarga
0 Comments:
Post a Comment
<< Home