Wednesday, February 17, 2010

Mood Cuti



4 hari cuti...sabtu-selasa (semalam), sempena CNY, hari ni masuk keje..membuatkan kepala otakku blank saja. tak larat nak pikir byk. buat keje pun takde mood, tapi harus jugak ku selesaikan apa yg patut. jln nak p keje lengang. syok memandu tanpa jem macam selalu. opis pun senyap sunyi. syok jugak, tenang aje. deringan telefon pun, cuma ada sekali aje dalam sehari ni. maka nye, hari ni aku macam jadi org bisu. tak byk cakap.




aduih, kepala pun pening. tekak pun sakit. harap2 tak berpanjangan sakitku ini. aku pulun minum air sebanyak mungkin. naik kembung perut ku dgn air. byk kali juga ulang alik ke toilet. huhuhu...




cuti 4 hari, kami lepak di kampung. bertolak keluar dari putra heights dlm kol 1.30 am, sabtu 13 feb. aku senang sgt kalo keluar memulakan perjalanan balik ke kg, atau balik ke sini dari kg pada waktu mlm. tak panas. tak sibuk sgt dgn kerenah anak2. lagi2 kalo bertolak jam 12 tgh mlm ke atas. anak2 dah tentu sdg lena tido. kami angkat je semua nye masuk ke kereta. anak2 lena, senang aku dan ABANG nak pack, kemas brg2 dan angkut ke dlm kereta. tenang. balik ke putra heights pulak, kami bertolak dari kg mlm tadi dekat kol 10pm. alhamdulillah selamat balik kg, dan selamat pulang ke sini. perjalanan pun tak jem.




bahagia bila dpt balik kg..jumpa mak abah...adik beradik...sedara mara. duduk berkumpul reramai, gossip pelbagai kisah, masak bersama sama, makan hidang beramai ramai...meriah sangat. paling bahagia bila anak2 seronok bermain dgn sepupu2 mereka. berlari ke sana sini... terlompat..terjerit keriangan. tak kurang juga, ada yg bergaduh sbb berebut mainan dan ter-over gurau..sampai ada yg terjatuh atau terhantuk kepala. huhuhu... tapi, kejap je nangis, kang tak lama...mereka berbaik dan main bersama semula. macam takde apa2.
Afiq Khair, tgh hari semlm kat kg. ABANG suruh baring sambil nyusu, dia tanak baring. dok le menonggeng kat kerusi ni sampai tertido. rerupa nye kat b*nt*t ada 'hasil'. ahahha.. terus aku dan ABANG angkat dia utk cuci kat bilik air. tapi elok je dia pejam mata dan sambung tido!






aku dan adik2 aku, sempat buat plan..balik kg kali ni, nak masak laksa bersama sama. alhamdulillah menjadi. cuma nye, kuah laksa macam ada je yg kureng. entah apa yg kureng rasa. belacan? asam? wallahu'alam. yg penting, kami puas hati sbb dpt masak dan mkn laksa bersama sama.




Asha Zahra dah 7 bulan. dah mula kenal org. kat kg, masing2 geram nak dukong dia. tapi kecewa sbb kejap aje dia nak didukong, kang mula la melalak nangis. nak dengan aku semula. anak aku yg sorang ni, mmg lain la. dgn abah nye pun tak berapa nak didukong. aku nak mandi, solat pun payah. meraung raung le dia nak jugak aku yg amik dia. ABANG dukong, pujuk2 pun takmo. bila aku amik dia, nanti dia akan tersengeh lebar... ish, geram sungguh!

Asha Zahra sgt geram dgn epal yg berwarna merah cantik ni. hihihi...

Labels: , , ,

4 Comments:

At Wed Feb 17, 11:52:00 PM, Blogger ambrynaa said...

keje dah noora? aku cuti lagi..kikikiki

 
At Thu Feb 18, 07:55:00 AM, Blogger hanny said...

Asha Zahra dah ada gigi ke lom?..Geram betul dia dengan epal tuh ek!

 
At Thu Feb 18, 08:19:00 AM, Blogger Maisya said...

anak akak pun dah kenal org...balik umah mertua weekend haritu dia punyalah melalak bila tok dia dukung dia...dekat sejam jugak ambik masa nak pujuk balik...diam kejap pastu nangis lagi...hu...hu..

 
At Thu Feb 18, 09:41:00 AM, Blogger umeboshi said...

zali. a ah le...keje dah. coti 4 hari pun, naik blank kepala otak bila masuk keje semula. kalo coti lagi lama...tak tau le camne. hayok zali!!! ehehe..

k.hanny. asha zahra takde gigi lagi. dia dok isap dan cuba gigit2 dgn gusi dia tu je. terjerit jerit dia suka bila dpt epal tu. ekeke..

k.maisya. tu le...cepat beno anak dara ni kenal org. kalo iman dgn afiq khair dulu, masuk 9 bln baru le ngamuk2 kalo org lain yg dukong. kalo abah dukong/ pujuk, mau gak diam. tapi asha zahra, tetap nak mama jugak!

 

Post a Comment

<< Home