Friday, March 26, 2010

Iman dah 6 tahun

23 Mac 2010 (Selasa)...Iman dah 6 tahun. dah besar anak mama n abah. dah boleh diharap utk jaga adik2...utk tolong amikkan barang...utk tolong masukkan baju2 kotor ke dlm mesin basuh...etc.







tahun ni, kami tak plan nak buat sambutan b'day macam tahun lepas. tak boleh buat tiap2 thn. pokai kang mama n abah. pastu, tanak le biasakan Iman dgn sambutan b'day setiap thn. cukup le sediakan kek, goodies utk letak kat neseri. so, ptg time minum ptg tu, tau le org2 kat neseri tu nak buat camne. senang! tahun ni, Iman nak kek batman. tapi, kek yg dtg ialah kek otromen. kwn aku yg membuat kek ni, terlupa kot. takpe le. alhamdulillah Iman anak yg baik. tak byk kerenah. "takpe la mama. kek otromen pun OK. Iman ok je. tak kisah pun!!" senang hati aku mendengar nye. I love u Iman!!!







so, selasa tu, kami letak le kek otromen tu kat neseri, utk dimakan ptg tu. thn ni, bajet mmg ciput. beli air kotak susu dutch lady perisa coklat je utk semua anak kat neseri tu. setiap org dpt sekotak air susu tu. ok la tu.







selasa mlm nyer dinner, mkn special la sket. selalu dinner dgn nasi. mlm tu kami mkn McDonald!!! dah lama tak jamah McDonald. balik keje ptg selasa, aku p McDonald yg dekat dgn opis...beli kat Drive Thru je. jimat masa. utk aku, Big Mac Large McValue. utk ABANG, Big N'Tasty regular McValue. utk Iman, Chicken burger Happy Meal. utk Afiq Khair, Beef Burger Happy Meal. additional McChicken Nugget. semua tu pun dah RM47 total!! ok la tu. mkn mlm tu, ada choc fudge cupcake yg aku order sekali dgn kek otromen kat lili.


cupcake ni sangat sedap. mkn kat umah beberapa ketul je. mana larat nak abiskan semua 20 ketul tu. so, bawak le ke opis. semua org kat opis dpt sorang seketul cupcake ni. siap ada yg tanya "sapa yg buat kek ni...sedap!!! len kali buleh amik dari dia le". secara tak langsung, aku promote bisnes lili ni. kekkeke..anyway, TQ sangat2 kat lili dgn kek dan cupcake yg sangat sedap ni. tu yg aku setia m'order kek2 kat lili. rasa nyer tak menghampakan. buleh hanto sampai depan umah tu. (delivery mesti le kena bayo jugak....).

kedai lili: http://chocncheezz.com/





so, lepas ni...aman le sket. Iman dah tak mengira hari..."bila b'day Iman ni..." ahahhaa..







Happy Birthday my dear Iman!!!!





PS: mlm ni insya-ALLAH nak balik kg. yeayyy!!!

Labels: , , ,

Tuesday, March 23, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL



Masa on the way pegi PWTC. tengok le tu...muka Iman yg cengkung!!!


alhamdulillah hajat aku utk ke pesta buku tahun ini tertunai. sabtu baru2 ni, 20 mac, pagi2 aku dan ABANG menyiapkan anak2. mula2 tu, nak tinggalkan aje semua anak kat neseri. sementara aku dan ABANG je yg pegi pesta buku tu. tapi Iman sibuk nak ikut. kalo Iman ikut, Afiq Khair sure meragam nanti kat neseri kalau dia tak nampak abang dia kat neseri tu. maka nye, kami angkut sekali Iman dgn Afiq Khair ke sana. Asha Zahra je ditinggalkan kat neseri.






pukul 10 setgh pagi kami dah sampai PWTC. masa tu pun org dah ramai. seronok nak memborong buku. letih dok berpusu dgn org ramai. terutama kat karangkraf. adui...sesak sungguh kat situ. konon nak p jumpa k.sri diah. tapi...tak dpt jumpa le. staff kat kaunter bayaran kata, hari tu k.sri tak dtg kot. yg sebenarnye, k.sri ada tapi dia byk berlegar kat luar dewan jek. tu pun aku tau bila balik dari pwtc dan baca status kat facebook.






byk beli buku2 utk Iman kot. buku bacaan dia Peter n Jane...sampai 8 buah buku kami beli. sebuah rege nye RM7.90. selalu tu, kami beli kat MPH SACC mall, rege nye RM9.90. so...puas hati le dpt RM2 lebih murah. seronok nengok buku. rasa macam nak beli semua. tapi, memikirkan yg aku bukan jutawan...harus le aku sedar diri. hehhe..tu pun, aku tak puas hati, senarai buku yg aku dah tulis utk dibeli...semua nye aku tak terbeli. ada yg aku tak terjumpa pun buku nye. pastu, malas nak telek lama2 kat rak2 buku tu...ramai beno manusia kat sana. at last, aku capai 3 novel utk aku dan ABANG. (kami peminat novel Ramlee Awang Murshid!!!).






Afiq Khair siap boleh tertido dlm dukungan ABANG. Iman pun sebenarnye tak berapa sihat. tapi bila sampai pwtc...ronda tengok buku2...dia terus jadi sihat. panas badan pun berkurang. dlm pukul 1pm, kitorg beredar keluar dari sana. masuk kereta je, aku dok terbayang 1 buku yg aku nak sgt beli tapi tak terbeli. buku pasal kraf terbitan Alaf21. ABANG kata..pegi la lagi pada hari bekerja dlm minggu ni. kena amik coti. emmm..takpe la.






========================



buku yg aku nak!!!!
TAJUK
: KOLEKSI KRAF KERTAS
PENULIS
: Jasmine Her
HARGA
: RM8.00
HaLAMAN
: 80
ISBN
: 978-983-124-491-3
===================






naik kereta on the way balik putra heights, mula2 tu Iman dgn Afiq Khair dok berebut nak nengok buku2 yg dibeli. sibuk nak membaca. tak lama tu, Iman jadi tak sihat semula. siap muntah2 pulak tu. aku le jadi tukang tadah muntah dia. (tadah guna plastik le...). then, aku suruh Iman tido. terlena la dia sampai neseri, amik Asha Zahra.






seronok sgt dpt p pesta buku. aku suka membaca. Iman ngan Afiq Khair pun asyik le dok belek2 buku yg dibeli tu. sampai nak tido mlm tu pun...masing2 sibuk nak "baca" buku.


kitorang shopping dgn beg bawak sendiri dari rumah. takyah amik plastik bag. jimat plastik bag peniaga. serta we love our environment!!! selagi boleh, kami p shopping mmg bawak beg sendiri sentiasa. bawak bekas makanan sendiri selalu..nak kurangkan penggunaan beg plastik punya pasal. Insya-ALLAH!











Buku2 yg dibeli. sempat gak membeli senarai nama2 ALLAH dan Cara berwudhu' & Solat serta bacaan dlm solat.


PS: birthday Iman yg ke6. Happy Birthday Iman!!!! Mama ngan Abah love you so much. sayang sangat2. moga jadi anak yg soleh, yg baik, yg berguna...yg sayang mama n abah sesungguh hati. sayang adik2 sepenuh hati. Taatkan ALLAH sentiasa...sihat, sejahtera dan dirahmati ALLAH selalu. amin!!!

Labels: , , , ,

Friday, March 19, 2010

Tak berapa sihat

sejak semalam rasa tak berapa sihat. sakit tekak, pening kepala, batuk dan selsema. dek kerana jangkit dari Iman ke. entah le. ni pun salah satu lagi ujian dari ALLAH. sabar banyak2 cikpuan ume.

Iman kan dari jumaat lepas dah kena demam. demam dia pun on off on off. ubat dari klinik dah abis. tu pun dia tak sembuh2 lagi. batuk berkahak. selsema. hari ni dia stay dgn ABANG. ABANG mmg amik coti utk menghabiskan annual leave nye. Afiq Khair dgn Asha Zahra je le yg kami hantar ke neseri hari ni. Afiq Khair dan Asha Zahra pulak, ada selsema jugak.

doa dan harapan aku, moga semua nye cepat sihat. aku pun sejak akhir2 ni selalu terasa ada gas naik dari perut ke dada. mmg tak selesa. ABANG kata, org bagitau dia..itu petanda org kena gastrik. entah le. kadang kalo kena camtu, siap nak muntah dan kepala pun tak selesa. aduih. tapi, memang le...aku tak boleh berlapar. kang mula la terasa perut sakit dan kepala pun sakit. kalo rasa lapar, kena cepat2 diisi perut ku ini. teruk sungguh. kawan2 aku kata. itu lumrah bagi ibu2 yg menyusukan anak. emmm...tapi kenapa ye..badan aku pun semakin naik berisi. rasa boroi le pulak perut ni. aduih...aku byk mkn utk nambahkan susu badan demi Asha Zahra. tapi nye, lemak2 di badan pun makin bertambah eh? nak kena diet la jugak!!! niat di hati nak kurangkan karbo(karbohidrate) dlm menu aku. huhuhu...susah nyer nak dilaksanakan. cepat lapo pulak rasa nye!

pagi tadi aku cakap dgn ABANG..."esok kita pegi pesta buku kat pwtc ek". jom semua, pegi borong buku dan bahan bacaan kat pesta buku!! selamat berhujung minggu.

Labels: , ,

Friday, March 12, 2010

Tomoe Jap Rest

k.isma...menyorokkan identiti le konon!! ehehhe..gulp! sanma yg BIG!!




my menu pilihan. salmon + ikura-don. sedap!!! RM26 satu set.


hamboi...2 hari ni aku dok mkn lunch sedap2 je ek. melampau le pulak. ehehhe..




semalam lunch kat Noodle Station atas belanjawan ku utk diri sendiri dan k.isma. hari ni lak, rajin nak berjalan sampai ke Tomoe Jap Rest. lunch dgn japanese food. fuhhh!! sedap lak. lagi nikmat sbb hari ni atas belanjawan k.isma. errrr...waruii ne k.isma. demo, oishikatta. gochisousama deshita!!!


bebila bleh p lagi ke tomoe ni. walhal hari2 aku lalu situ. namun, ni le 1st time menjejak kaki masuk ke tomoe nih.
tadi teacher Munirah, cikgu yg ngajar Iman ada call. kata nye Iman tak sihat. demam n batuk2. diorg kasi Iman rest dan boh towel lembap kat kepala. aku mintak Iman stay je sana dulu. harap2 Iman takde apa. cuma, kalo agak teruk, minta teacher call semula. sampai abih waktu sekolah, takde call dari sekolah. so....mungkin Iman OK je kot. mlm ni nak bawak p klinik. insya-ALLAH.

Labels: , , , ,

Wednesday, March 03, 2010

Sepet

kisah Afiq Khair yg usia nye yg kalo abis minggu ni genap le 2 tahun 5 bulan.





sabtu baru2 ni..bangun dari tido, aku dan ABANG perasan yg bahagian bawah mata kanan nye ada bengkak sikit. macam kena gigit nyamuk/ semut. balik dari melaka mlm tu, dah mula membengkak lak sekitar mata kanan nye tu.





esok pagi nye (ahad pagi) pulak, laagi bengkak. jadi sepet. hampir tertutup mata kanan nye dek kerana bengkak nye tu. aku cuba tuam2 dgn tuala lembap yg dicelup dlm air suam. masalah nye, bukan nye Afiq Khair mau. payah sungguh nak mengejar dia..sbb dok larikan diri dari ditangkap utk dituam mata nye yg bengkak tu.





ahad mlm, ABANG bawak p klinik. amik ubat. doktor kasi ubat tahan gatal, antibiotik dan ubat utk kurangkan bengkak. tapi, ubat utk kurangkan bengkak tu, jenis pil. bukan nye Afiq Khair nak mkn. pahit! diluahnye balik. aku dok tenyeh2 dlm air kasi hancur dan bagi Afiq Khair minum. diluahnye balik keluar dari mulut! udah nye, kami kasi ubat antibiotik dan ubat tahan gatal aje le.





ptg semalam masa amik dari neseri, bahagian kelopak mata dah surut sikit bengkak nye. bahagian bwh mata masih membengkak. pagi tadi, aku tengok ada le surut sikit. pengasuh kat neseri tu kata, kalo kena camtu, sure dia digigit pijat. binatang kecil, halus yg slalu ada kat tilam/ sofa tu le.. emm...entah le ek.. alhamdulillah Afiq Khair tak merengek sakit ke...gatal ke. biasa je dia. bermain main. bergelak tawa.





harap2 cepat le sembuh. moga takde apa yg membahayakan. amin!!!

Labels: ,

Tuesday, March 02, 2010

Ikan Keli Salai

Dulu, masa kecik2, kalo abah balik dari pekan bawa ikan keli, abah akan tuang ikan2 keli tu ke dlm baldi atau besen. kemudian abah atau mak jenuh mengetuk ngetuk kepala ikan keli sebelum disiang. kadang2, aku geli dan ngeri bila ada antara ikan2 keli tu masih bergerak gerak ekor nye bila mak siang. selalu nye, mak akan goreng atau bakar aje atas api dan kami mkn dgn nasi. cukup menyelerakan kalo ada sambal air asam.









sampai sekarang, dah jadi isteri dan mama kpd 3 org anak, seumur hidup aku tak pernah lagi membeli/ menyiang/ membasuh/ memasak ikan keli. aku geli nak pegang ikan keli mentah. eeiii.. licin. ikan haruan.. belut..pun sama. geli!! kalo dah siap disiang, dicuci, digaram kunyitkan, mungkin aku boleh tolong gorengkan. tapi tak berani le nak pegang dgn tgn. aku mesti guna senduk kuali utk amik ikan tu dan dituang ke dlm kuali gorengan. ehehhe..mmg geli le nak memegang nye. tapi, bab makan...tak le pula rasa geli. sedaaaaap je masuk ke tekak ni. ekekke..









baru2 ni, dok baca status kwn lama aku...Am( http://epelijau06.blogspot.com/ ), kat facebook yg dia dok mkn ikan keli salai masak lemak cili api...aku jadi teringin la pulak nak mkn sepuas hati. kalo nak mkn puas2....kena le masak sendri. boleh masak seberapa byk yg kita suka. boleh mkn seberapa byk yg kita mau. maka nye, aku order je dgn Am. Abg/kakaklong dia buat bisnes ikan keli. aku 'amik' ikan keli salai. dah siap disiang, dah mati disalai! takyah pegang yg mentah2. yeayy!!









ikan keli sebelum ku potong 2, supaya senang nak disimpan kat dlm bekas dan masuk ke dlm peti sejuk dingin beku.



alhamdulillah...ikan keli salai, beli sekilo dgn rege RM15..amat berbaloi. besor2 ikan nye. dpt dlm 7,8 ekor.. (ker, lebih entah!!! ehehhe..). boleh jenguk ke sini : http://ikankelikfa.blogspot.com/ .







sabtu baru2 ni le..lepas isya', Am dan suami nye dtg m'hantar ke rumah. tu juga merupakan pertemuan semula aku dgn Am selepas 16 thn berpisah. sejak abis SPM...langsung tak pernah bersua muka. aku pun sgt teruja nak jumpa Am. mmg tak berubah wajah Am. cenggitu jek. gebu! tak boleh borak pjg. Am dan suami dari melaka nak balik ke rumah di aman perdana. (hari yg sama, aku pun ke melaka...memenuhi jemputan kenduri kawin staff ABANG).







hari ahad, aku mulakan projek memasak ikan keli salai masak lemak cili api. mula nye nak masak lemak kencur (cekur). tapi dok ronda kedai2 kat putra heights tu, semua dah kehabisan stok kencur. maka nye, aku tukar kpd masak lemak cili api. takut anak2 kepedasan, khas utk mereka, aku goreng biasa aje.







bahan2

kelapa parut dan diperah amik santan.

ikan bilis sikit.

cili api 8 biji, diketuk2 je hujung nye sikit.

bawang besar sebiji dihiris nipis.

bawang putih seulas.

serai 2 btg diketuk2.

asam keping separuh keping aje.

garam secukup rasa.

carrot separuh btg dipotong pjg. (iman & afiq khair suka carrot).

kobis sikit, dipotong/ koyak size besar.
(ingat nak p amik daun kunyit kat belakang umah pun, terlupa dah. so, masak takyah boh daun kunyit le..)






cara2

santan, ikan bilis, cili api, bawang2, serai, carrot direbus dan dikacau selalu.

bila mendidih, masukkan aje le ikan keli salai dan garam. kalo nak tambah air sikit pun ok. ikut le byk mana kuah yg kita nak.

lepas tu, masukkan asam keping dan kobis. matikan api.

siap!!!







senang aje resepi aku. bau harum. rasa pun best!! ehhhee..puji sendiri le.

Ikan keli di pinggan aku bersama sayur2 .



ikan keli di pinggan ABANG.


**Thanks Am dan suami sbb mau terima order aku dan siap dihantar ke rumah pula :-)
lain kali boleh order lagik. insya-ALLAH kalo ada rezeqi.

Labels: , ,

Monday, March 01, 2010

Maulidurrasul 12 Rabiulawal 1431H






aku dpt rasakan, sambutan maulidurrasul amat meriah di mana2 pada tahun ini. Iman pun ada sambutan nye di sekolah pada hari khamis lepas. pegi sekolah pun berbaju melayu. iman kata, berarak di kawasan depan bangunan sekolah...lalu le depan kedai2 kat usj 21 tu.






kat taman perumahan aku kat putra heights tu pun, sejak awal pagi jumaat sampai ke sabtu malam ada sambutan nye. jalan berarak kat taman perumahan sambil bersolawat, ada ceramah, ada aktiviti utk kanak2 seperti pertandingan mewarna, ada sesi masak2 oleh chef ismail utk muslimah..etc. ada gerai2 jualan juga kat perkarangan surau. meriah. cuma nye, aku sekeluarga tak sempat nak join.. ABANG ada gak le p jenguk ke surau tu.






kat message book (communication book between teachers, parents, school) iman, ada notis pasal sambutan maulidurrasul kat surau usj 16. sekolah iman (melibatkan pelajar 6 tahun sahaja) pun join sambutan tu dgn jalan berarak beramai ramai dari masjid al-falah (usj berapa ntah tu) menuju ke surau usj 16. ada la dlm 5km kot?! aku dgn ABANG yg excited. biasa la... kami suka menggalakkan iman (dan adik2 nye) utk join aktiviti sekolah dan pelbagai aktiviti luar macam ni. kalo buleh, tanak lepaskan peluang utk diorg join memacam aktiviti ni. biar diorg expose dgn dunia luar. so, pagi sabtu, seawal lepas subuh, aku dan ABANG bangunkan anak2. mandikan dan siap2 semua. terus p surau kat usj 16. patutnye kol 7.30 waktu mula berkumpul. tapi, dekat kol 8 gak le baru kami sampai sana. bila sampai sana...alamak! tercengang lak nengok org tak berapa ramai. pastu, student sekolah iman pun tak ramai. yg ada kat situ semua nye iman tak kenal dan diorg semua dak sesi pagi dan akan buat persembahan nasyid lepas acara berarak selesai nanti. emmm...bila tanya teachers kat situ, diorg takde le pulak advice suruh p ke masjid al-falah. sedih gak aku masa tu. iman dah mula nangis.. dia excited sgt nak join perarakan. emm..bila tanya sekali lagi kat teachers yg ada kat situ, depa kata semua berkumpul kat masjid al-falah tu. ish!! kat notice dlm message book tu, tak pulak depa tuliskan dgn jelas tempat berkumpul nye. cuma ada le ditulis pasal perarakan dari mana ke mana. emmm...ker, kitorg ni salah paham? terus aje le ABANG pecut kereta ke masjid al-falah. diorg dah mula berarak keluar dari masid. ABANG dok kejar bawakan Iman ke teacher kelas dia. baik jumpa :-) so, selamat la Iman jalan berarak.


*antara team dari sekolah mana ntah yg join perarakan*



lepas tu, semua org berkumpul kat surau usj 16. ada ucapan2, persembahan dan penyampaian hadiah serta makan2. tapi, masa persembahan tu, ABANG ajak balik sbb nak berkejar p kenduri kat Tangga Batu, Melaka. kami tanya Iman, seronok tak berarak? Iman kata seronok tapi penat. tapi, aku tau...Iman sgt happy dpt join perarakan..biarpun baju melayu dia basah lecun dek peluh. aku pun lega bila Iman dpt join diorg berarak. kalo Afiq Khair dan Asha Zahra takde kat tgn masa tu, sure aku dan ABANG pun akan join berarak sekali. berjalan reramai sambil bersolawat begitu. sgt syahdu dan menusuk jiwa rasa nye... walopun tak berarak dan buleh bersolawat sendiri kat rumah atau di mana2. tapi, tak sama pengalaman kalo join berarak reramai gini. sambil bersolawat..sambil tu, ada juga peluang utk nambah kenalan dan rapatkan silaturrahim sesama muslim.




*team sekolah Iman. teachers semua pakai purple. student tersorok kat bahagian depan sana..*

emm..cuma nye, tak berapa ramai pun student sekolah Iman yg join. teachers mmg ramai le yg join dgn tema diorg berbaju purple. student cuma berapa org jek. yg ramai pun sbb ada 2/3 kelas kot sesi pagi yg buat persembahan nasyid tu. diorg pun join perarakan dari sekerat jalan je. kecewa juga, dlm ramai2 student 6 tahun sekolah yg ada 2 sesi tu, cuma ada 5,6 org je (yg bukan buat persembahan) student yg dtg. emmm.. takkan le anak2 yg kata kat parents.."saya tanak pegi! saya tanak join!".. semua ni sebenarnye bergantung kpd parents jugak kan? kalo depa rasa tak penting dan kalo tak join pun takpe...tu yg diorg pun sambil lewa dan tak kisah pun kalo tak join. bagi aku, mmg le kekadang aktiviti yg sekolah buat tu tak berapa penting. tapi, sekurang kurang nye, apa la salahnye kita luangkan masa...berdisiplin utk cuba join apa saja aktiviti sebegini. anak2 pun sure happy, at least dpt jumpa kawan2 dan kenal kawan2 baru, di samping dpt pengalaman baru. wallahua'lam. aku pun bercakap ikut pengalaman dan pemikiran aku aje. bukan utk aktiviti maulidurrasul ini saja. tapi, aktiviti2 lain juga...sama aje. tapi, mungkin org lain pun ada hal lain, kan? siapa tahu?

* iman mkn kek coklat. peserta yg join perarakan dpt mkn free. ni on the way nak balik rumah lepas berarak*




anyway, ini pun satu lagi pengalaman baru bagi Iman dan kami sekeluarga. alhamdulillah. Allahumma solli 'alaa saidina Muhammad, wa'ala aali saidina Muhammad! Allahuakbar! al-fatihah buat nabi junjungan kita; Nabi Muhammad S.A.W dan kaum kerabat serta sahabat2 baginda. al-fatihah juga buat semua muslimin muslimat yg telah kembali ke rahmatullah dan juga buat semua yg masih ada nyawa di badan pada saat ini. al-fatihah!

Labels: , ,