Friday, March 19, 2010

Tak berapa sihat

sejak semalam rasa tak berapa sihat. sakit tekak, pening kepala, batuk dan selsema. dek kerana jangkit dari Iman ke. entah le. ni pun salah satu lagi ujian dari ALLAH. sabar banyak2 cikpuan ume.

Iman kan dari jumaat lepas dah kena demam. demam dia pun on off on off. ubat dari klinik dah abis. tu pun dia tak sembuh2 lagi. batuk berkahak. selsema. hari ni dia stay dgn ABANG. ABANG mmg amik coti utk menghabiskan annual leave nye. Afiq Khair dgn Asha Zahra je le yg kami hantar ke neseri hari ni. Afiq Khair dan Asha Zahra pulak, ada selsema jugak.

doa dan harapan aku, moga semua nye cepat sihat. aku pun sejak akhir2 ni selalu terasa ada gas naik dari perut ke dada. mmg tak selesa. ABANG kata, org bagitau dia..itu petanda org kena gastrik. entah le. kadang kalo kena camtu, siap nak muntah dan kepala pun tak selesa. aduih. tapi, memang le...aku tak boleh berlapar. kang mula la terasa perut sakit dan kepala pun sakit. kalo rasa lapar, kena cepat2 diisi perut ku ini. teruk sungguh. kawan2 aku kata. itu lumrah bagi ibu2 yg menyusukan anak. emmm...tapi kenapa ye..badan aku pun semakin naik berisi. rasa boroi le pulak perut ni. aduih...aku byk mkn utk nambahkan susu badan demi Asha Zahra. tapi nye, lemak2 di badan pun makin bertambah eh? nak kena diet la jugak!!! niat di hati nak kurangkan karbo(karbohidrate) dlm menu aku. huhuhu...susah nyer nak dilaksanakan. cepat lapo pulak rasa nye!

pagi tadi aku cakap dgn ABANG..."esok kita pegi pesta buku kat pwtc ek". jom semua, pegi borong buku dan bahan bacaan kat pesta buku!! selamat berhujung minggu.

Labels: , ,

3 Comments:

At Sat Mar 20, 11:54:00 PM, Blogger aNIe said...

Kak anie tak pergi lagi...cik abang balik..sibuk di rumah ...

Ume dah baik tak? kalau belum baik betul...makan ubat tau...

 
At Sun Mar 21, 11:15:00 PM, Blogger ambrynaa said...

borong apa kat pesta buku?

 
At Mon Mar 22, 10:42:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.anie, pegi le memborong buku2. sronok! yg tak syok, kena bersesak sesak dgn rg ramai. huh...rimas. ume, alhamdulillah ok.

zali, mesti le borong buku2. ehehe..

 

Post a Comment

<< Home