Update
Salam Tahun Baru 1430H dan 2009!!!
Lately, agak busy. tak sempat sgt nak lepak2, nak surf internet dan nak update blog ni. aku pun masih tak berapa sihat. mabuk2 lagi.
weekend yg ada cuti Awal Muharram hari tu..aku, ABANG dan anak2 pegi lepak2 kat melaka. ahad 28hb dec...p kenduri kawin staff opis ABANG kat Masjid Tanah. on d'way ke melaka, singgah jap umah kwn lama kitorg kat seremban. Cici/shahasnur baru dpt 2nd baby. kali ni baby boy. lepas tu, terus p kenduri kat melaka.
lepas kenduri, kami p Banda Hilir, utk check in kat Mahkota Hotel Melaka. hotel tu style apartment. ok la. cuma, hotel lama. cam apartment yg aku dpt ni..aircond kat bilik mmg tak boleh nak ON. kalo ON, sure electric trip. teruk gak. call maintenance dept, diorg janji nak dtg tengok tapi sampai ke sudah mmg tak dtg la. so, dok kat living hall je la. situ ada kipas yg agak kuat bunyi nye. bising. mlm pun kitorg angkut toto yg dibawak dari umah sendiri, plus dgn tilam dari bilik apartment tu..kami hamparkan kat living hall. tido situ je. bath tub lak, air nye lambat giler utk turun/ surut. dok la bertakung kat dlm tu. air pulak tak berapa jernih/ bersih. kaler kuning dan berkeladak je. sebahagian karpet kat dlm bilik, agak basah. tak tau la sbb apa. anyway, bilik tu just utk rehat2kan diri, tukar pakaian, mandi dan tido. so, takde le apa hal sgt bagi kami. cuma, sebagai tanggungjwb...masa check out tu kami bagitau gak le kat kaunter semua masalah tu. utk 1 mlm stay, termasuk breakfast utk 2 org dewasa...kami bayar rm239.
melaka jem teruk. tambahan plak cuti pjg. ujung thn. cuti sekolah jugak. ish ish...jenuh la. ptg lepas check in hotel, kami just jalan kaki je ke seberang jln...arah ke mahkota parade. Iman sibuk nak naik Menara Taming Sari dan Eye On Malaysia. So, ingatkan ptg atau mlm tu kami nak naik la Menara taming Sari. tapi, punya la ramai giler org beratur nak beli tiket dan nak naik atas. terus kami cancel. kami dok la berjalan ke Muzium Samudera yg berbentuk kapal tu..dan Muzium TLDM. beli tiket kat Muzium Samudera...RM3/adult. dgn tiket tu, boleh masuk ke muzium TLDM sekali. lepas tu, kami p mkn2 kat Newton..ala2 foodcourt gituk. ABANG amik nasi goreng, aku amik Mee grg mamak. pastu kami amik ikan bakar style portugis. emm..ok gak la. not bad. lepas tu balik hotel...tengok tv lebih kurang...tido terus. Tapi, Iman dgn Afiq Khair dok nak main2 lagi. excited sungguh anak2 aku tu kalo p lepak kat hotel macam ni.
esok pagi nye, Isnin 29hb...kami p breakfast kat hotel. makanan nye pun sedap jugak. byk choice. org ramai giler. alhamdulillah kami turun agak awal. so, tak la sibuk2 sgt nak cari meja utk duduk. lepas breakfast, balik bilik dan berkemas. terus check out. pastu kami drive ke Menara Taming Sari. beli tiket kat kaunter tu...kena tunjuk mykad dan mykid semua yg nak naik bersama kita. so, dpt la diskaun 50% utk tiket. kalo ada mykad, just bayar rm10 utk sorg dewasa. utk yg ada mykid, bayar rm5 kalo tak silap..utk sorg kanak2. aku jenis gayat. tapi, ok lagi la tu....naik menara tu. Iman dgn Afiq Khair excited je.
lepas situ, kami ke Eye On Malaysia. ABANG dgn anak2 je yg naik. aku tak nak sbb takut dan gayat. aku mmg lemah sesangat kalo naik tempat tinggi2 camtu..ish ish!! Iman seronok! so, sementara diorg menikmati pemandangan dan pengalaman berpusing pusing kat atas tu, aku just duduk2 je la kat bwh. lepas diorg turun, kami lepak sat kat situ sambil mkn aiskrim.
lepas tu, cadang nye nak p naik boat yg menyusuri sungai melaka. tapi, dok la kami berpusing sana sini cari jeti, tanya org sana sini pun, kami tak jumpa2 gak jeti nye. at last, dah kol 1 setgh tgh hari, aku ajak je ABANG balik ke Shah Alam. aku pun mmg pening2 kalo naik kenderaan dlm masa yg agak lama ni. terus je la kami menuju ke Alor Gajah. sebelum tu, singgah lunch kat Cheng. 1 restoran yg sgt famous. org sentiasa ramai kat situ. meja penuh selalu. Restoran Malim Ikan Bakar. menu kami..nasi putih, ikan keli dan ikan kembung bakar, ikan tenggiri separuh ekor dimasak asam pedas, sotong sumbat, terung pajeri dan sayur apa ntah dimasak bening. dgn air milo ais, sirap dan oren. semua nye just RM24. OK kot?! lauk pelbagai gitu. puas hati! bertolak menuju ke tol alor gajah nak masuk highway..time tu dah nak pukul 2 setgh ptg.
aku dan anak2 dlm kereta kat Dengkil sambil tunggu ABANG p solat. Iman seronok melayan bubble. alahai..cam buih sabun tu le, pastu dok tiup2 dan kuar la buih2 berupa belon tu. beli kat Banda Hilir. sebotol rm2.
ish, nak masuk tol highway kat Alor Gajah tu pun jem giler. kat highway pun jem. kami singgah R&R Dengkil utk rest, solat, toilet. sampai umah nak dekat pukul 6pm. huhuhu...letih. tapi, ok la. dpt lepaskan rindu kat negeri melaka tuh :) anak2 pun enjoy p jln2 gitu. maka nye, aku pun bahagia la jugak. alhamdulillah.
ps: gambar2 yg aku boh kat sini ni, just yg ambik guna kamera henpon nokia aku je.
2 Comments:
Umeboshi...sekarang ni kalau ke melaka musim cuti memang jem giler...ntahlah...jalan2 kat sana masih sempit di separuh bahagian lebih2 lagi kat tempat2 pelancongan...
Akak tak naik lagi Eye on malaysia tu...
k.anie,
tu le, mmg jem le. lagi2 la kat melaka tu kebanyakan nye jln nye one way je,kan?! lagi2 kat town tu :(
hihihi...eye on malaysia tu, masa ada kat KL kitorg tak p naik pun. p melaka baru sibuk2 nak naik. itu pun, ume mmg tak naik le. gayat!!
Post a Comment
<< Home