Thursday, November 06, 2008

Lampu Merah

Ptg Ahad yg baru lepas ni, (2/11/2008), kami pergi memenuhi jemputan ke rumah kawan kami yg sama2 belajar kat aaj, um dulu. Subhinor@ ayu buat kenduri aqiqah utk anak bongsu nye. on d'way tu, lalu traffic light.

Iman, "lampu HIJAU...boleh jalan"
Aku & ABANG, "ye, betul!"
Iman, "tapi kenapa masa malam2 tu, kita balik dari rumah abang zafri...abah tak berenti kat lampu merah? salah tau. pangkah!!"
owh...Iman ingat lagi pasal tu...yg beberapa minggu lepas, ujung minggu sebelum Deepavali, kami lepak2 kat umah K.ayu lepas kami sama2 m'hadiri majlis makan2 kat umah CikJin (paman nye ABANG). lepas maghrib gitu, kami bertolak balik dari umah k.ayu. time tu, ada lalu kat traffic light...kat situ agak lengang...takde kereta. then, ABANG punya le mengejar traffic light yg masa tu tgh HIJAU. tapi, betul2 kami dah nak melepasi traffic light tu, lampu dah bertukar dari KUNING ke MERAH. menjerit jerit Iman. sbb ABANG selamba je jalan terus.
Iman, "abah, lampu MERAH la. nape abah tak berenti? Pangkah tau!!"
ABANG, "ops, sorry. abah bawak laju tak sempat nak break, berenti"
Iman, "lain kali kena berenti tau abah. lampu HIJAU baru boleh jalan..nanti kalo kena langgar, macam mana?"

so...sejak tu, tiap kali lalu traffic light, kalo lampu MERAH...ABANG berenti...dan time tu mula la Iman dok ungkit2 kisah malam yg kami balik dari umah k.ayu tu. (zafri tu anak k.ayu). Iman mesti dok tanya....kenape abah dia tak berenti masa malam tu kat lampu MERAH.
Iman, "malam yg balik dari umah abg zafri tu, abah dpt pangkah! sbb lampu MERAH abah jalan je"
Iman, "hari ni abah dpt right (tanda right-ok la makna nye tu), sbb bagus...berenti kat lampu MERAH".

ohoho...ye lah, Iman oi. sekarang dah pandai dok komen2 apa yg ok, apa yg tak. so, ibu2, bapak2... kalo buat sesuatu tu kena beringat. anak2 akan memerhati, dan kekadang tak segan silu menegur kalo kita buat silap. kalo menegur ok la. tapi, kalo dia meniru perkara yg tak elok tu... tu yg tak bagus tu. kang mak bapak menunjukkan contoh yg tak elok la pulak, ek. ibu bapa adalah contoh teladan yg terdekat kpd anak2. ingat tu!! peringatan buat aku juga lah!

Labels: , ,

2 Comments:

At Tue Nov 11, 09:17:00 PM, OpenID hairieusoff said...

kanak2 sgt memerhati tingkah kita kan..perlu berhati2 bila berbuat sesuatu...

 
At Wed Nov 12, 01:34:00 PM, Blogger umeboshi said...

HE,
betul tu...kena waspada dgn apa yg kita lakukan.

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home