Monday, November 24, 2008

Balik Kg

Sabtu Ahad baru2 ni, ABANG sibuk. terlibat dgn Minggu Kerjaya yg diadakan di PWTC,KL. company ABANG pun buka booth utk promosi iklan jawatan kosong dan cari staff baru. dari pagi sampai ptg di sana. makna nye, Sabtu dan Ahad....ABANG kena bekerja jugak la. takde cuti hujung minggu.

aku mintak izin dari ABANG. nak drive balik kg. ajak Ida....adik aku yg tgh study kat UITM shah alam tu balik sama aku. boleh menemankan aku sambil dia tolong layan anak2 aku dlm kereta nanti.

pagi Sabtu, lepas ABANG keluar ke PWTC...aku kemas2 sesikit rumah. packing apa yg perlu utk balik kg. mandikan anak2. Iman tak sabar2 nak balik kg. nak jumpa sepupu2 kecik aku (pangkat pakcik kpd Iman)..nak main sakan dgn Angah Azam dan Angah Ijal dia.. aku risaukan Afiq Khair. dia sekrg dah pandai boring. tak nak duduk kat baby seat dlm kereta kancil aku tu. alhamdulillah pagi tu, on d'way ke tempat Ida, si kecik tu ok. diam aje. singgah jap kat umah Ida. aku tapau nasi lemak dari gerai kat putra heights...dan mkn sama2 Ida dan anak2 kat umah sewa Ida.
lepas mkn, dekat kol 10am baru bertolak keluar dari shah alam. lepas je bayar tol yg 60 sen lepas dari jusco bukit raja menuju ke klang/kapar/meru tu...Afiq Khair dah mula bising. meronta ronta nak terjun dari seat dia. lepas dari tol aku berenti kejap, keluarkan Afiq Khair dari seat dia dan pas kat Ida. sambung drive. tu pun bising lagi dia.

aku amik jalan ke Rantau Panjang, Klang. sepanjang tu le Afiq Khair meraung raung. kat depan traffic light carefoure situ....aku amik afiq khair dari Ida dan pegang dia kat riba aku sambil aku memandu. tu pun Afiq Khair melalak jugak. at last, Ida offer utk drive. so...lepas dari kilang BATA kot, kami berenti. aku duduk belakang nyusukan Afiq Khair dan Ida sambung drive. huhu.. tak lama tu Afiq Khair tertido. kol 11.30am sampai kg. alhamdulillah.

ptg tu, Ijal anak busu ipah dtg kejap ke rumah kami. main2 dgn Iman. Azam takde sbb p kenduri dgn family dia. mlm tu, sepupu2 kecik aku tak dtg mengaji la pulak macam selalu. masing2 ponteng!! Iman dok tertunggu tunggu depa. siap dok tanya kat mak aku, angah2 tak dtg ngaji ke mlm ni? nak main je lah tu. Afiq Khair pulak...ceria aje. mula2 aje dgn org lain tanak ikut. lelama....dia ok. tak kisah pun kalo aku takde. so, senang sket aku nak tinggal2kan utk p mandi dan solat. Afiq Khair gian nak bertatih pulak. dah byk langkah nye. cuma, dia takut2 lagi. mlm tu, tido dgn kelambu sbb byk nyamuk. Afiq Khair jakun sungguh. maklum le, org tak pernah tido dgn kelambu. masa baby dulu, dia mana ingat...kan? so, mlm tu, jenuh aku. Afiq Khair asyik nak kuar masuk kelambu aje. Iman mlm tu termuntah muntah. batuk2 aje, sampai terkeluar semua isi perut. lepas tukar baju..terus tertido. keletihan kot. Afiq Khair masih nak main2. ish ish...aku dah ngantuk giler. dekat kol 1am...baru le Afiq Khair terlena. huh!!!

pagi Ahad...kami bersarapan dgn pulut, sambal tumis bilis, ikan kering, spagety berkuah sardin (idea aku...). anak2 aku lena sungguh tido. at last...kol 7 setgh pagi baru Iman bangun. lepas p cuci muka, p toilet....tak lama tu Ijal dan Azam dtg nak bermain dgn Iman. terus le budak 3 org tu bermain2. kejap kat umah tu, kejap ke rumah nenek boyot nye.kejap ke umah angah ajis. bermain. lepak2. tgk tv/ cd. dekat kol 10am...baru Iman balik nak mandi pagi. pastu minum sebotol susu. terus p sambung main lagi.

Afiq Khair...dekat kol 9am baru bangun?!! seronoknye dia tido. Iman dah tak heran pun dgn mama dan adik dia. syok bermain! lepas zuhor, lepas Ida balik dari kenduri...kami bersiap siap nak balik ke shah alam. aku suruh Iman mandi dan tukar baju. Iman terus monyok. takmo balik?!! dia nak main lagi. geram aku. aku paksa dia mandi, teresak esak dia tanak. then, aku suruh aje dia stay kat kg...next weekend mak abah aku kan nak p kenduri kat telok gong. so, nanti Iman ikut la atuk dan nenek dia ke telok gong tu. Iman taknak pulak. dia nak aku pun stay kat kg sekali. puas dipujuk dan diugut..baru Iman senyap. hhehehe... hamboi, sakan! suka sgt jumpa dan bermain dgn Azam dan Ijal,ye?!!

balik ptg semlm, aku biarkan Afiq Khair kat belakang dgn Ida. Iman pulak, tertido kat depan. dia duduk kat baby seat, kat sebelah aku. lega...Afiq Khair dok bermain main aje...Ida yg melayan. tapi, sampai kat tol yg 60 sen tu....dia mula melalak. dah ngantuk la kot. sampai kat tempat Ida, aku letak aje Afiq Khair kat baby seat dan Iman duduk kat belakang. melalak sakan Afiq Khair masa tu. kasi susu...memula dia tolak2. lelama...baru mau minum. risau aku nak drive sendiri dgn anak2 macam tu. tapi, alhamdulillah...lepas Afiq Khair abis susu, terus dia terlena. ehehhe...
sgt sgt comel! sampai ke rumah, aku angkat letak kat tilam dlm umah pun...Afiq Khair elok je lena. huhuhu...

aduh...letih. anyway....alhamdulillah, aku happy, anak2 aku ceria sepjg dok kat kg 2 hari tu. aku pun dpt lepaskan rindu aku kat mak abah dan adik2 aku. happy happy happy:) cuma, kesian kat ABANG... asyik kerja aje...

Labels: , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home