Friday, January 30, 2009

Banyak Cakap.


Malam semalam, sambil aku bawak masuk pakaian yg dah berbasuh dari ampaian di belakang rumah, masuk ke dlm rumah, Iman yg sedang menonton tv bersuara.


Iman: mama, mlm ni abah balik umah tak?
(mmg hari2 Iman akan bertanya soalan ini. abah dia balik rumah ke, tidak.. naik jemu aku nak menjwb nye. uhuk! )


Aku: insya-ALLAH balik.


Iman: balik lambat ke, cepat...mama?
(kalo aku jwb abah dia akan balik, ini le soalan berikut nye )


Aku: hari ni balik lambat sbb abah ada meeting. ada kerja byk lagi kena buat kat opis.


Selalu nye Iman akan sambut dgn kata "owh..ok!" kali ni, lain pulak.
Iman: abah ni selalu balik lambat lambat. kot kot abah byk cakap2 tak, mama...masa kat opis?


Aku: eh, apesal pulak?


Iman: ye lah...abah byk cakap cakap aje...keje dia lambat abis. pastu, abah balik umah pun jadi lambat. cikgu kata, kalo org yg byk cakap2 aje...nanti keje dia jadi byk. tak siap2 pun keje nye. cikgu tak bagi org byk cakap kat kelas...


Aku: ohho...ke situ la pulak dia.
kekekke....geli hati bila mengingatkan apa yg Iman kata tu. dia ingat, sekolah dgn kerja... sama aje ke suasana nye.
++++
Weekend baru2 ni...setelah hampir 2 bulan kami tak balik ke kg...so, kami amik kesempatan sempena coti raya cina...kami pun balik le ke kg. Sabtu, pagi tu sarapan kat tempat kegemaran kami...food court sec 15 shah alam. pastu teruskan perjalanan ke kg. singgah jap kat kg aku kat sekinchan. lepas zuhor, bertolak balik ke kg ABANG kat sabak. Pagi Ahad, seawal jam 7 pagi, semua org dah bersiap utk keluar rumah. ABANG, mak abah dan adik2 ipar ku akan bertolak ke Kedah. kenduri kawin sepupu kami. aku tak ikut serta sbb masih mabuk2 dan tak tahan dgn perjalanan yg jauh dan lama begitu...dan masih dlm keadaan berjaga jaga..di awal pregnant lagi. maka nye, aku dan anak2 drive sendirian balik ke sekinchan.
ahad tgh hari tu, sempat le aku join p kenduri kawin anak kpd kawan karib mak; cik saadiah... yg melangsungkan perkahwinan nye.
Iman seronok sungguh bermain dgn sepupu2 kecik ku (azam, ijal dan mimi) serta sepupu2 dia.. (najah dan nabil). Afiq Khair pun dah mula mau dgn org lain. dia suka sgt lepak dan meleseh dgn abah aku kat kusyen depan tu. Iman, dah seronok bermain main, amat payah utk aku paksa dia siapkan homework. buat sikit je, terus mengeluh penat la.. dahaga la.. ngantuk la. geram jugak aku.
Selasa ptg..lepas asar, ABANG sampai di sekinchan. Peah yg on d'way balik ke KL dtg m'hantar ABANG. lepas bersiap2, hampir kol 6pm..kami adik beradik..lepas sorang, sorang.. keluar meninggalkan kg balik ke umah masing2. aku dan ABANG tak ikut jln biasa sbb nak mengelakkan jem... ikut jln dlm (jln lama) je. merentasi kawasan sawah padi..terus ke bangkenal di hujung kg...tak lalu pekan sekinchan, tg karang, kuala s'gor. sampai kat mana entah, tetiba Iman termuntah..membuak buak pulak tu. abih pakaian Iman, pakaian aku jugak serta kereta bahagian dlm tu terkena muntah Iman. terpaksa le kami berenti kat mana entah...dekat2 dgn sebuah surau kecil. tumpang cuci badan, tukar pakaian, cuci kereta sikit2 dan terus solat jamak qasar Maghrib dan Isya' di situ. huhuhu... dlm pukul 9, kami dah sampai di Alam Megah...pegi dinner dulu. so, hampir kol 10 mlm baru le sampai umah.
mlm tu, kami paksa Iman siapkan homework. menangis nangis dia sbb terpaksa rela utk siapkan homework dia tu. uhuk! alhamdulillah...siap jugak le homework dia tu.

Labels: , , , , , ,

Friday, January 23, 2009

Henpon


Iman sekrg dah pandai nak main2 dgn henpon mama atau abah. dah pandai dok godek sana, godek sini henpon kami tu. dah tau mana nak main game, mana nak dengar muzik, mana nak jadik kamera etc..



Afiq Khair pun dah pandai jealous. apa yg Abang Iman dia ada, dia nak jugak. Apa yg Abang Iman dia pegang dan main, semua dia nak jugak. so, Afiq Khair pun nak jugak main dgn henpon. kekadang berebut rebut le 2 org ni.


Roti jala mkn dgn sambal tumis kerang. buat sarapan entah weekend bebila entah ni. sambal tumis tu sebeno nye lauk lebihan nasi lemak yg aku beli kat pasar mlm 2 hari sebelum tu. panaskan aje dan buat mkn dgn roti jala ni. tak berapa reti la nak 'menganyam jala' nye!

* Happy & Prosperous Chinese New Year kepada sesiapa yg meraikan nye. serta, selamat berholiday kepada semua!! *

Labels: , , ,

Monday, January 19, 2009

Makan2 Lagik

B'day ABANG pada 9 Jan lepas. ptg tu aku beli cheese cake kat secret recipe. hari tu ABANG balik lambat. kol 12 mlm baru sampai umah. Iman excited soh aku pasangkan lilin. aku sibuk2
nak pasang lilin kat atas kek tu, Afiq Khair pun sibuk2 nak cabut lilin tu dari atas kek. sabo je la. (Jumaat, dan hari2 yg esoknye hari coti, aku tak kisah sgt kalo anak2 tido lewat. Afiq Khair lak, selalu nye lepas maghrib dia akan terlena kejap. kang dlm kol 9 ke, kol 10 gitu dia terjaga.)








sabtu 10hb tu...aku ajak ABANG p Sunway Pyramid. Sekrg ni aku suka sgt nak ronda2 kat sana. cuci2 mata. bukan nye nak shopping sgt pun!! so, hari tu, sempena b'day ABANG...aku belanja makan2 kat Sushi Zanmai Restaurant kat Sunway Pyramid tu. restoran ni, bukan nye kat dlm Sunway Pyramid...tapi, dia terletak kat bahagian luar. masuk kat Parkson...kuar lalu Parkson dan naik tangga ke tingkat atas. So, Sushi Zanmai ni ada kat area situ...bersetentang dgn ZEN japanese restaurant. memacam yg kami order..yg kami mkn. seafood segar2. sushi dan sashimi tu, mmg harus le kami order. Iman pun awal2 mmg sashimi le jadi pilihan dia. Afiq Khair suka betul mkn nasi jepun tu. mkn kosong gitu sahaja pun, dia ngappp jugak. paling best ialah Unagi-dofu dan Shio-yaki Sanma. oishikatta (sedap!). alhamdulillah...kami sekeluarga enjoy dan happy mkn dan meluangkan masa bersama pada hari itu. HAPPY BIRTHDAY, MY DEAR ABANG!!








pasal pot-luck lunch bersama opis mate on last Friday.. aku just order mihun grg dari restoran yg dekat2 opis ni. hari tu, ada spagety (k.isma masak dan bwk dari umah), pizza, lasagna, garlic bread, Sushi (our boss beli dari Sakae Sushi), kek, jelly, snacks, buah honey dew, tembikai, biskut, etc...aku just rasa sikit2 utk setiap jenis tu. tak lalu nak mkn la pulak masa tu. ish ish..
ps: gambar2 makanan masa pot-luck ni, diambil dgn kamera K.isma dan Momo-chan. tenkiu kpd mereka :)

Labels: , , , , , ,

Friday, January 16, 2009

SMS/ Email Berantai

Aku selalu dpt sms/ email dari teman2 dan kenalan yg m'hantar pasal doa/ zikir dan macam2 perkara lah. isi kandungan nye bagus tapi yg membuatkan aku tak suka dan tak bersetuju sangat2 adalah, dihujung sms/email itu, ada nota seperti ini (salah 1 contoh):- "tolong sebarkan sms/email ini kpd 7/10/20 (dan beberapa lagi la) org lain, insya-ALLAH dlm waktu 10 hari akan dpt rezeqi besar & jika tak disebarkan maka tunggu lah kesulitan besar akan muncul"!!!

tak sedap hati aku kalo dpt mesej sebegini. kalo nak menyebarkan perkara kebaikan, mengapa mesti ada syarat2 sebegitu? kenapa perlu kena sebarkan kpd jumlah sekian,sekian org...dan dlm masa sekian,sekian jam/hari/thn akan dpt balasan sekian,sekian..?!! bukan ke segala kebaikan, keburukan dan apa saja balasan itu ALLAH yg tentukan..tak kira la perkara apa yg kita lakukan, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui akan apa yg bakal terjadi,baik buruk sesuatu perkara itu. kalo kita dah ikut je forward sana sini macam yg seperti mesej tu suruh buat, nanti kita terlalu m'harap. kalo fwd akan murah rezeqi, kalo tak fwd akan dpt kesulitan. tak ke itu macam kita percaya kpd perkara mengarut? dah tak yakin dgn Qada' dan Qadar ALLAH? kita jadi percaya dgn mesej sebegitu. takut sgt akan sesuatu, tanpa sedar, dah terlupa bahawa ALLAH lagi berkuasa atas sesuatu, bukan nye bergantung kpd penyebaran mesej sebegitu.

entah le, aku tak reti sgt nak bercerita macam mana. cuma nye, kekadang kalo aku dpt mesej yg isi kandungan nye elok dan baik2 gitu, aku fwd juga kat teman2. sakadar utk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman. tapi, nota dihujung mesej itu yg menyebut tentang syarat2 mengarut tu...aku delete terlebih dahulu. kalo dari isi kandungan nye pun macam mengarut jugak, awal2 aku delete dan tak fwd pun kat sesapa.

org lain macam mana agak nye eh? aku sekadar meluahkan rasa sahaja.

ps: hari ni ada mkn2 kat opis. pot luck style lak tu. aku malas nak buat apa2. just order mihun goreng kat restoran kegemaran aku...D'Santai Cafe kat dlm Shopping Gallery tu. actually hari ni b'day Shiho-chan dgn K.Isma...so, celebrate sekali lah :)

ps2: semalam, 1st day Giant kat Putra Heights tu beroperasi. balik keje lepas amik anak2, saja je kami meronda ke sana. amboi mak, jem giler. ramai sungguh org berpusu ke sana. mengejar 'sale' le tu. kami malas le nak bersesak sesak gitu. lepas meronda kat depan giant tu, terus drive balik umah.

Labels: ,

Thursday, January 08, 2009

Pasta de Gohan











Dek kerana Izan beria mem-promote pasal makan2 di restoran Pasta de Gohan kat Sunway Pyramid tu, tak cukup kat email, dia buat entry beserta gambar2 lak kat blog dia tu...aku pun teruja nak merasa pasta kat situ. ni blog izan yg ada entry pasal Pasta de Gohan:-









Last Saturday, ptg lepas Asar, kitorg keluar rumah menuju Puchong. p Bayar hutang kat cik CT (citibank) dgn abang Am (Ambank). lepas settle yg tu, kami terus menuju ke Sunway Pyramid. p LG2...dok meronda restoran Pasta de Gohan. Then...masing2 buat order.






Aku order half & half-set pasta. Amik Tarako pasta dan Tuna & Corn pasta. set ni siap dgn corn soup dan sarada. tapi, corn soup tu tak berapa masuk dgn selera kami sekeluarga. (RM36++ per set).






ABANG lak, amik order Seafood Guratan. (RM28++ kot?!)
kami berdua amik air Wuron-cha (Oolong Tea).






Iman lak order Seafood pasta (pun RM28++ kot) dgn oren jus. berkali kali Iman dok kata "sedap"..."sedap" dgn menu dia tu. tapi, tak abis pun dia mkn sbb mmg byk pasta nye. ABANG ngan aku dok tolong mkn sekali.








Afiq Khair, mkn snack yg diberikan percuma oleh staff restoran tu. semua kids dpt snack . Kami suapkan jugak sikit2 seafood pasta tu. Afiq Khair pun suka! nak balik tu, menangis nangis la pulak dia sbb taknak lepaskan sudu dan garpu yg comel tu. masa mkn kat situ, kids diberikan 1 set bowl+sudu+garfu utk mkn. puas kami pujuk dan aku berusaha nak buka genggaman tgn Afiq Khair ke atas sudu dan garpu tu. mmg menangis sakan la dia. teruk betul! at last, staff kat situ, masa kat pintu nak keluar restoran, dikasi nye snack lagi dgn omocha (permainan) kat Afiq Khair dan Iman. baru le Afiq Khair diam dan happy. huhuhu...








lepas solat Maghrib kat surau dlm Sunway Pyramid tu, kami pun p shopping brg2 keperluan sket kat jusco, dan terus balik umah. nak mengejar siaran bola antara Selangor dgn Kedah!!!








emm...Tarako pasta tu mmg sedap. natsukashii aji (nostalgic taste) gituk! cuma, rege menu kat situ mmg betul2 macam rege kat Japan. anyway, bagi kami...mmg berbaloi le. kalo dok pikir 1000yen per menu (lebih kurang RM30/menu)...ok la tu! byk gak quantity nye utk satu- satu menu tu.
ps: esok b'day ABANG. tgh pikir nak p mkn2 kat mana lak kali ni...

Labels: , , , , , ,

Wednesday, January 07, 2009

Update

Salam Tahun Baru 1430H dan 2009!!!


Lately, agak busy. tak sempat sgt nak lepak2, nak surf internet dan nak update blog ni. aku pun masih tak berapa sihat. mabuk2 lagi.


weekend yg ada cuti Awal Muharram hari tu..aku, ABANG dan anak2 pegi lepak2 kat melaka. ahad 28hb dec...p kenduri kawin staff opis ABANG kat Masjid Tanah. on d'way ke melaka, singgah jap umah kwn lama kitorg kat seremban. Cici/shahasnur baru dpt 2nd baby. kali ni baby boy. lepas tu, terus p kenduri kat melaka.


lepas kenduri, kami p Banda Hilir, utk check in kat Mahkota Hotel Melaka. hotel tu style apartment. ok la. cuma, hotel lama. cam apartment yg aku dpt ni..aircond kat bilik mmg tak boleh nak ON. kalo ON, sure electric trip. teruk gak. call maintenance dept, diorg janji nak dtg tengok tapi sampai ke sudah mmg tak dtg la. so, dok kat living hall je la. situ ada kipas yg agak kuat bunyi nye. bising. mlm pun kitorg angkut toto yg dibawak dari umah sendiri, plus dgn tilam dari bilik apartment tu..kami hamparkan kat living hall. tido situ je. bath tub lak, air nye lambat giler utk turun/ surut. dok la bertakung kat dlm tu. air pulak tak berapa jernih/ bersih. kaler kuning dan berkeladak je. sebahagian karpet kat dlm bilik, agak basah. tak tau la sbb apa. anyway, bilik tu just utk rehat2kan diri, tukar pakaian, mandi dan tido. so, takde le apa hal sgt bagi kami. cuma, sebagai tanggungjwb...masa check out tu kami bagitau gak le kat kaunter semua masalah tu. utk 1 mlm stay, termasuk breakfast utk 2 org dewasa...kami bayar rm239.


melaka jem teruk. tambahan plak cuti pjg. ujung thn. cuti sekolah jugak. ish ish...jenuh la. ptg lepas check in hotel, kami just jalan kaki je ke seberang jln...arah ke mahkota parade. Iman sibuk nak naik Menara Taming Sari dan Eye On Malaysia. So, ingatkan ptg atau mlm tu kami nak naik la Menara taming Sari. tapi, punya la ramai giler org beratur nak beli tiket dan nak naik atas. terus kami cancel. kami dok la berjalan ke Muzium Samudera yg berbentuk kapal tu..dan Muzium TLDM. beli tiket kat Muzium Samudera...RM3/adult. dgn tiket tu, boleh masuk ke muzium TLDM sekali. lepas tu, kami p mkn2 kat Newton..ala2 foodcourt gituk. ABANG amik nasi goreng, aku amik Mee grg mamak. pastu kami amik ikan bakar style portugis. emm..ok gak la. not bad. lepas tu balik hotel...tengok tv lebih kurang...tido terus. Tapi, Iman dgn Afiq Khair dok nak main2 lagi. excited sungguh anak2 aku tu kalo p lepak kat hotel macam ni.

esok pagi nye, Isnin 29hb...kami p breakfast kat hotel. makanan nye pun sedap jugak. byk choice. org ramai giler. alhamdulillah kami turun agak awal. so, tak la sibuk2 sgt nak cari meja utk duduk. lepas breakfast, balik bilik dan berkemas. terus check out. pastu kami drive ke Menara Taming Sari. beli tiket kat kaunter tu...kena tunjuk mykad dan mykid semua yg nak naik bersama kita. so, dpt la diskaun 50% utk tiket. kalo ada mykad, just bayar rm10 utk sorg dewasa. utk yg ada mykid, bayar rm5 kalo tak silap..utk sorg kanak2. aku jenis gayat. tapi, ok lagi la tu....naik menara tu. Iman dgn Afiq Khair excited je.








lepas situ, kami ke Eye On Malaysia. ABANG dgn anak2 je yg naik. aku tak nak sbb takut dan gayat. aku mmg lemah sesangat kalo naik tempat tinggi2 camtu..ish ish!! Iman seronok! so, sementara diorg menikmati pemandangan dan pengalaman berpusing pusing kat atas tu, aku just duduk2 je la kat bwh. lepas diorg turun, kami lepak sat kat situ sambil mkn aiskrim.


lepas tu, cadang nye nak p naik boat yg menyusuri sungai melaka. tapi, dok la kami berpusing sana sini cari jeti, tanya org sana sini pun, kami tak jumpa2 gak jeti nye. at last, dah kol 1 setgh tgh hari, aku ajak je ABANG balik ke Shah Alam. aku pun mmg pening2 kalo naik kenderaan dlm masa yg agak lama ni. terus je la kami menuju ke Alor Gajah. sebelum tu, singgah lunch kat Cheng. 1 restoran yg sgt famous. org sentiasa ramai kat situ. meja penuh selalu. Restoran Malim Ikan Bakar. menu kami..nasi putih, ikan keli dan ikan kembung bakar, ikan tenggiri separuh ekor dimasak asam pedas, sotong sumbat, terung pajeri dan sayur apa ntah dimasak bening. dgn air milo ais, sirap dan oren. semua nye just RM24. OK kot?! lauk pelbagai gitu. puas hati! bertolak menuju ke tol alor gajah nak masuk highway..time tu dah nak pukul 2 setgh ptg.






aku dan anak2 dlm kereta kat Dengkil sambil tunggu ABANG p solat. Iman seronok melayan bubble. alahai..cam buih sabun tu le, pastu dok tiup2 dan kuar la buih2 berupa belon tu. beli kat Banda Hilir. sebotol rm2.

ish, nak masuk tol highway kat Alor Gajah tu pun jem giler. kat highway pun jem. kami singgah R&R Dengkil utk rest, solat, toilet. sampai umah nak dekat pukul 6pm. huhuhu...letih. tapi, ok la. dpt lepaskan rindu kat negeri melaka tuh :) anak2 pun enjoy p jln2 gitu. maka nye, aku pun bahagia la jugak. alhamdulillah.


ps: gambar2 yg aku boh kat sini ni, just yg ambik guna kamera henpon nokia aku je.



Labels: , , ,