Wednesday, October 08, 2008

Mood Raya

Salam raya buat semua. Aku ni, masih lagi dlm mood raya. tu yang malaaaaas je nak update entry. ehehhe.. sebelum tu, aku nak pohon ampun maaf kat semua yg ada tag aku, ada yg anto awards dan kad raya..tapi aku tak sempat nak laksanakan tugas aku...dgn settle kan semua tag tu, dan juga tak terpamerkan awards dan kad raya yg aku dpt. ampun buk! ampun pak! ops..sorry... sebenarnye aku menghargai semua ingatan, dan pemberian kalian..syukran jazilan! terima kasih banyak2. maafkan lah aku eh.

masuk keje isnin baru2 ni, berlambak keje kena settle. maklum le...seminggu coti.

raya macam mana? aku...best! ye lah kan....raya, time utk berkumpul dgn family, jiran tetangga dan org2 kg. mana yg tak best nye. meriah! thn ni sambut raya kat kg aku dulu. macam biasa.. mlm raya tentu lah ada majlis bertakbir reramai bersama ahli keluarga aku. lepas tu, jamu selera sket dgn juadah apa yg ada. pepagi raya...mandi sunat raya. siap2 segala. kol 7am, semua family aku dah siap berbaju cantik..2 dulang makanan pun dah ready utk dibawa ke rumah pakcik aku depan rumah tu. thn ni bacaan doa, takbir..giliran kat umah pakcik aku tu. lepas bersalam, bermaafan sesama ahli keluarga aku, kami semua pun berkumpul le kat rumah pakcik aku; rumah Angah Ajiz. lepas doa, takbir, makan2...yg lelaki bersiap siap nak ke masjid utk solat raya. pompuan lak..sambung mkn, borak2...kemas2.. dan ada yg solat raya kat rumah aje..sendiri.

lepas yg lelaki balik dari masjid...aku ajak ABANG p beraya ke rumah sedara mara yg dekat2. mak abah aku dan family aku yg bujang2...selalu nye raya pertama dok kat umah aje layan tetamu. sbb mak abah aku antara org tua dlm adik beradik diorg. tu yg pakcik makcik, sedara, sepupu aku semua dtg beraya dan berkumpul kat rumah aku. aku pulak, lepas beraya sebuah rumah (rumah nenek aku je sebeno nye. mak kpd abah aku. adik bongsu abah; busu ipah sekeluarga tinggal bersama dgn nenek.), ingatkan nak p beraya lagi. tapi, terpaksa dibatalkan sbb Afiq Khair dok tercirit cirit. tak tau le apa kena. sejak 2,3 hari sebelum raya..dia gitu. dah amik ubat kat klinik, tapi masih belum reda. lagi pun, susah sungguh nak kasi dia mkn ubat. so, raya pertama thn ni, aku join gak le family aku dok umah je. tetamu pun tak surut2 dtg nye.

khamis, masuk raya ke2. pagi2 kami bersiap nak p beraya. tema kaler raya thn ni, family aku serba pink. pagi sampai tgh hari...dpt ziarah 8 buah rumah sedara mara. lepas zuhor konon nak sambung beraya lagi, tapi sbb masing2 tumbang macam kena tembak...(tido le tu..sbb kepenatan), pastu ada pulak tetamu yg dtg..tak jadi le p beraya lepas zuhor. at last, lepas asar...kami sambung beraya. dpt 2 buah rumah sedara.

jumaat, raya ke3. aku sekeluarga balik ke kg ABANG. 45 minit je naik kereta dari kg aku. join mak dan adik2 serta pakcik makcik belah mak ABANG ke Teluk Intan. beraya umah Wakni (abg sulong kpd mak). sebelum tu, on d'way tu, singgah jap ke rumah kwn kami; Wah..kat Sg Besar. lepas tu baru le terus ke Teluk Intan. mkn mee kari kat umah Wakni. lepas org lelaki balik dari solat Jumaat, kami semua bertolak ke Sabak Bernam, berkumpul kat kg ABANG pulak. ptg tu, semua org beransur balik ke rumah masing2. Afiq Khair sepjg coti kat kg...asyik meragam. dah la tanak dgn org lain... nak mama atau abah dia je. pastu, macam tak selesa...menangis aje. jumaat tu, cirit birit dah takde. tapi, bila mlm je...badan dia panas. tido pun tak lena. ngamuk2.

sabtu, raya ke4. aku & ABANG (of course dg anak2..) join kakak (k.long ABANG) p beraya ke rumah sedara mara. ptg tu, ingat nak balik ke kg aku dan mlm nye bertolak balik ke shah alam aje le sbb letih sgt. melayan Afiq Khair yg meragam tu. tapi, sejak tgh hari....elok je Afiq Khair tido lena dlm buai. walhal selama ni...bukan jenis berbuai pun dia ni. then, ABANG kata..tak jadi le balik shah alam mlm tu. balik pepagi ahad je le. aku pun OK je le. ptg lepas solat asar, p ziarah kwn lama masa kat SAMT bt 38 dulu...syafiza kat kg sg tengar. kebetulan Fiza ni kawin dgn salah sorg geng ABANG, AC. p sana pun kejap je sbb Afiq Khair dah mula meragam lagi. ish ish.. tak puas nak borak.

ahad pagi...mak buat sarapan nasi lemak. sedap! lepas siap2 semua...dekat kol 10am aku sekeluarga bertolak ke kg aku. p beraya umah pakcik aku; angah bali. lepas tu baru balik umah mak abah. singgah kejap je amik brg2 dan pakaian yg kami tinggalkan masa balik ke situ sebelum tu. ABANG sempat jamu selera..mkn mihun sup. aku tak berselera nak mkn sbb Afiq Khair dah takmo diam. dekat kol 12 tgh hari, kami kuar rumah. singgah pekan sekinchan kejap, beli brg keperluan. 12.40 gitu...kuar dari pekan. terus bertolak ke shah alam. jln jem jugak le. byk kereta. kol 1 suku tgh hari, singgah masjid kuala s'gor. tido kejap situ...kat dlm kereta. lepas solat zuhor...dlm kol 2pm..kami terus balik ke shah alam. then, alhamdulillah kami selamat sampai Putra Heights..sebelum kol 4pm. terus masing2 tumbang kepenatan!!

anyway...raya mmg best. cuma, aku kurang sket le dpt join adik beradik dan sedara mara bergossip gossip macam selalu..sbb nak kena layan Afiq Khair yg asyik ngamuk2 je tu. takmo tenang dia kalo dok dekat2 dgn org yg dia tak biasa nengok ni. susah wo! nangis tak hengat!

owh ye, menu raya th ni kat kg aku... family aku sediakan nasi impit segera, kuah kacang, ayam masak kicap, daging masak rendang dendeng, gulai ayam. yummy! alhamdulillah.

ok..kepada semua...selamat beraya la ek. hati2 memandu. jemput le dtg ke rumah cikpuan ume ne. datang..datang...jgn tak dtg!! boleh call aku dulu atau ABANG sebelum dtg.

moga kita semua sentiasa beroleh limpah rahmat, kesejahteraan dan kebahagiaan dari NYA. amin! selamat bekerja juga buat semua. serta...selamat berpuasa sunat Enam, dan selamat mengganti puasa kpd yg berkenaan :-)

Labels: , ,

6 Comments:

At Wed Oct 08, 05:57:00 PM, Blogger KakNi said...

Umah cik puan Ume ni kat mana ye... *wink*

 
At Thu Oct 09, 09:36:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.ahni...kat putra heights. umah teres sec.10..jom le dtg umah.

 
At Fri Oct 10, 10:35:00 AM, Blogger Maisya said...

terkejut tgk title he..he...
dah start posa ek? akak ingat next week baru nak start.

 
At Fri Oct 10, 10:55:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.maisya,
terkejut tgk title yg mana? ehehe..
a ah..alhamdulillah, dah mula puasa. ganbarou ne...

 
At Fri Oct 10, 12:31:00 PM, Blogger Maisya said...

title entry yg latest tu...he..he..

 
At Mon Oct 13, 11:59:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.maisya...
wohohoho..ingat dpt baby baru eh? belooooom lagik yo!

 

Post a Comment

<< Home