Friday, October 17, 2008

Anak-anakku Sayang!

semalam..mmg meletihkan sgt. dgn kerja opis yg byk. balik ke rumah, lepas tanak nasi, sibuk bubuh pakaian kotor ke dlm mesin basuh. 2 hari punya pakaian kotor..aku dan anak2 punya. lepas maghrib, aku terlelap kejap. then terjaga sbb Iman mintak dibuatkan susu. lepas tu, aku sibuk nak masak sup sayur, goreng ikan n kopok leko dan buat sambal kicap. sambil tu, macam slalu..kalo aku sibuk dgn keje..aku slalu pesan kat Iman minta tolong tengok2kan adik nye.

tgh aku sibuk2 kat dapur, terdengar lak Iman menjerit kat depan. "adik sepahkan baju2 mama.." ya ALLAH!!!! timbunan baju2 yg dah siap berlipat mlm semalam, aku tak sempat nak angkat bawak naik atas, aku susun aje kat atas meja kat ruang depan tu...abih runtuh susunan nye. Afiq Khair dok sepah2kan. aduh la...aku dah la jenis tak suka melipat pakaian. jenuh le aku nak lipat dan susun balik. nak nangis rasa nye...

aku, "nape Iman tak tengok2 kan adik?" marah aku kat Iman. dlm kepenatan, kelaparan gitu, mmg betul2 menguji kesabaran aku sebagai seorg ibu. rasa nak marah aje.

aku, "mama penat tau. balik keje...sibuk buat macam2 keje pulak kat rumah..sorang2. nak nangis rasa nye ni.."

Iman, "mama jgn la nangis. Iman tanak mama sedih..tanak mama nangis.." dgn suara sedih dia kata camtu.

aku, "ye lah....lain kali tolong tengok2 kan adik..sementara mama buat keje ni. mama penat sgt hari ni, nak pengsan rasa nye.."

Iman sambil tersedu-sedu, "sorry mama...Iman nak mama. Iman tanak mama pengsan.. Iman sayang mama.." sambil tu, Iman dtg tolong susun2 baju2 tu semua. lepas siap menyusun, aku sambung memasak kat dapur. Iman lak...sibuk awasi Afiq Khair. bila Afiq Khair menangis je...Iman tolong pujuk2... nyanyi2...kasi mainan yg berbunyi bunyi kat Afiq Khair. dlm hati, aku menyesal juga dok marah2 sebelum tu.

lepas siap memasak...aku p depan. dtg peluk Afiq Khair dan panggil Iman dtg dekat. Aku pun peluk Iman sama...sambil menangis, aku kata, "mama sayang sgt dgn Iman, dgn Afiq Khair. sorry ne tadi mama marah2. mama penat sgt. lain kali mama nak semua anak mama jadi good boy ek. jgn nakal2..." Iman terus peluk aku kuat2 sambil cium2 pipi aku. terharu dan syahdu rasa nye masa tu. semalam....aku teremosional!!!

uwaaa... moga diberikan aku kesabaran, kekuatan dan keimanan yg teguh dlm menjalani tanggungjwb sebagai seorg ibu, isteri, pekerja kpd bos, dan sebagai hambaNYA di muka bumi ini. amin!!!

pagi tadi....sedang aku sibuk nak mandi pagi, time tu gak la Afiq Khair bangun. menangis, melalak subuh2 tu. pening kepala aku dibuat nye. sambil bersiap...sambil pujuk2 Afiq Khair. sampai kat neseri je, time bersalam dgn Iman dan nak cium dahi dia...Ya ALLAH!! baru aku perasan, aku terlupa nak minyakkan dan sikatkan rambut Iman. aduh la... teruk sungguh!! aku minta tolong kat pengasuh2 kat neseri tu, tolong settle kan rambut Iman. huhuhu... kesian Iman.

*7 setgh pagi tadi, ABANG dah selamat landing kat KLIA. kami belum sempat jumpa ABANG lagi. ni, ABANG tgh berehat kat rumah.*

Labels: , ,

5 Comments:

At Fri Oct 17, 01:48:00 PM, Blogger maisya said...

ni mesti hati berbunga-bunga jer nak jumpa dgn cik abg...he..he..

 
At Fri Oct 17, 02:43:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.maisya,
yep!! berbunga-bunga nih. eheh

 
At Thu Oct 23, 04:05:00 PM, Blogger rudy bluehikari said...

setuju...mlm td pun hiro tertumpahkan lauk kami nak makan malam. teremosi sbb kuah , ayam semua terbalik xboleh makan. bila lapar macam tuhla kita kan.

 
At Sun Oct 26, 10:20:00 AM, Blogger Sri Diah said...

Alamak, kesianlah kat Umi dan Rudy... memang macam tulah bila melayan budak-budak kecik. Sebenarnya Allah nak uji hati mak bapak dengan kesabaran melayan anak-anak kecil, Tuhan nak tengok tabahkah kita dengan dugaan? Tuhan nak uji sejauh mana sayang dan kasihnya kita pada anak-anak. Giliran akak menjaga anak kecil dah lepas, sekarang giliran adik-adik akan nie yang diuji Allah. Bersabar selalu ya...

 
At Tue Oct 28, 11:21:00 AM, Blogger umeboshi said...

Ludi,
betul tu. bila perut lapar, mula la cepat je hilang sabar!! kesian anak2..

k.sri,
terima kasih. tu le, Ume harap agar dpt bertahan dan bersabar selalu dgn karenah anak2. semua ni, ujian dari ALLAH, kan..? insya-ALLAH..kena waspada dan beringat sentiasa.

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home