Wednesday, June 11, 2008

Hal Kucing Jiran Lagi

Pasal kucing jiran sebelah rumah aku. aku pernah buat entry nyer kat sini.. http://umeboshi-ume.blogspot.com/search?q=kucing

kucing2 tu suka korek2 tanah yg ada kat dlm pasu di halaman rumah aku tu. abih tanah bersepah sepah. geram betul! pulak tu, selalu 'membuang' najis dia betul2 kat pasir di depan pintu pagar rumah aku... emmmm....

Afiq Khair, dah pandai memanjat tangga! risau aku dibuatnye. tak boleh alpa. kalo aku tinggalkan Afiq Khair kat depan dgn Iman, dan aku pegi memasak/ mencuci pinggan kat dapur, kejap2 tu mesti aku pegi jenguk ke depan. kadang2, merangkak rangkak jugak le Afiq Khair sampai ke dapur. bila dia menjenguk ke dapur nengok aku ada, tersengeh sengeh le dia.. Afiq Khair sudah 8 bulan..

Iman pulak, makin pandai berkata kata. kadang2, macam org dewasa! ada aje idea nyer. dah pandai mengugut pulak tu. " kalau mama tanak buatkan susu, Iman tutup TV ni.." tak pun, "kenapa mama tak buatkan susu. kan mama dah promise tadi. kan dah janji.. tak baik la mama ni..tanak kwn mama!" walaupun baru je habis sepinggan nasi, terus mintak dibuatkan susu. pelik la... tak kenyang ke?!!

last week, aku amik cuti hari jumaat. kan last week, sepjg minggu ABANG ada keje kat PD. then, khamis tu ABANG kena balik opis kat shah alam. tu yg ABANG ajak aku dan anak2 p join ke PD khamis mlm tu sampai jumaat. maka nye aku pun amik le cuti hari Jumaat utk berlibur di PD. ehehe.. bertolak ke sana hari Khamis mlm. sampai hotel (Mayangsari Resort) dlm kol 9 setgh mlm. lepak jap kat bilik...terus keluar semula. p jln2 kat bazaar PD. Iman dgn ABANG excited nak membeli layang-layang. diorg beli layang-layang Naruto. lepas tu, kitorg pegi mkn mee bandung muar kat satu restoran ni...mmg sedap! dah ckp kat ABANG, len kali kalo pegi PD lagi.. nak mkn kat situ lagi la. balik bilik (style apartment. ada 2 bilik, 2 toilet, kitchen, living room, dan sgt2 ok bagi aku)..sambil nengok tv, layan Iman dgn Afiq Khair bermain-main. dua org tu excited betul. tanak tido..nak main aje! esoknye, ABANG belikan nasi lemak dan kuih2 utk sarapan sebelum ABANG keluar utk kerja. Iman seronok nak mkn nasi lemak. tapi, bila dibukak bungkusan nye...dia marah2..sbb Iman nak nasi lemak macam yg dia mkn masa balik kg hari tu. ish ish..macam2. lain tempat, lain le rasa nasi lemak nye..yang oi! baik le bila dipujuk-pujuk Iman mau diam. dekat pukul 11 pagi, lepas ABANG siap kerja..kitorg pun turun main kat pool. Afiq Khair pun berseronok main air kat dlm pool. 12.45 gitu..check out. sementara ABANG pegi solat Jumaat kat masjid, aku dan anak2 dok aje kat dlm kereta. masa tu anak2 dah tertidur. kitorg balik ke shah alam ikut jln lama.. dan lalu le ladang2 dragon fruit. berenti kat gerai tepi jln tu, utk beli dragon fruits. 3 biji, RM10. besar2. manis. sedap! buah kaler merah isi nye. sampai rumah dekat pukul 3 setgh ptg. emmm..seronok gak la. berlibur, main air dan habiskan masa bersama ABANG dan anak2.. terima kasih ABANG!

Mr TM dah takde kat opis. dia balik Japan pada pagi 5/6/2008 hari tu. kemudian, Mr President (Mr FF) dtg utk monitor kitorg sampai settle semua. tapi, Isnin baru2 ni.. dia dah balik Japan semula. lagi 2 minggu nanti, Mr FF dtg ke sini semula. nampak nye..dia akan ulang alik Japan-Malaysia le kot sampai settle semua kat sini ni. Aku dan staff lain dok sibuk berkemas! sambil2 tu, dok sibuk ushar2 kerja baru... moga dipermudahkan segala urusan! amin!

Labels: , , , , ,

3 Comments:

At Thu Jun 12, 09:50:00 AM, Blogger KakNi said...

Hai Umeboshi,

Petua orang letak kan minyak tanah kat tempat yg kita x nak kasi kkucing kacau... x tau le berkesan ke tidak... nak cari minyak tanah kat mana pun x tau... heheheh

 
At Fri Jun 13, 11:20:00 AM, Blogger Penang - Used Item said...

Hi no0ra.. apa khabar? semoga sihat..Singgah sini sat..

 
At Fri Jun 13, 03:22:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.ahni,
betul ke eh gitu? tapi, kalo boh minyak tanah kat dlm pasu tu, pokok2 yg kat situ terus hidup subur ke, sebaliknye eh..risau tang tu jugak. ekekke.. anyway, nanti bleh try petua ni kat tanah kosong belakang/dpn umah yg kucing2 suka melepak tuh. tenkiu !!

hai,izan azibam!
ehehe.. sihat,alhamdulillah. sila lah singgah2 selalu..

 

Post a Comment

<< Home