Hari Sukan Sekolah Nur Ummi 2008
Sabtu lepas, 17 Mei, dari 8.15am sampai 11am..Hari Sukan sekolah Iman. Afiq Khair kami tinggalkan kat neseri. sukan nye dibuat kat Sekolah Kebangsaan Alam Megah 3,Shah Alam. Lepas acara perbarisan rumah2 sukan, ada sesi bacaan doa , ikrar sukan dan nyanyian Hari Sukan oleh anak2 Nur Ummi. lepas tu baru le acara sukan bermula. ada 8 acara semua nye. Iman masuk acara ke-7 (menyusun tin) dan acara ke-8(isi air dlm btl). Keseluruhan, juara ialah rumah hijau, 2nd rumah kuning dan merah tercorot! Iman rumah merah.
Lepas acara anak2, ibubapa punya acara pun ada. ibubapa akan mewakili rumah anak2 le. macam aku dgn ABANG...sbb Iman rumah MERAH..maka nye kami pun wakil rumah MERAH le. Utk acara bapa..setiap rumah kena ada 2 wakil utk acara jln kaki tempurung. ABANG join, dan berjaya jadi juara. (punya semangat ABANG, sampai pecah tempurung tu. alhamdulillah, berbaloi le sbb juara!!) Utk ibu pula, acara mengisi air ke dlm btl. setiap rumah kena ada 3 wakil ibu. aku pun join utk wakili rumah MERAH. err...rumah MERAH dpt nomo 2.
Then, seronok le masa hari tu. beri sokongan kat anak2 dan seronok tgk gelagat anak2 bersukan. ibu bapa yg lebey2..kekkeke..sbb memasing sibuk jadi jurukamera utk merakamkan aksi anak memasing, termasuk le aku dan ABANG. so..aku suka nak berkongsi pengalaman kami tu kat sini...
Tgh duduk lepak2 sementara menunggu acara sukan bermula.
Ada 3 rumah sukan aje. Merah. Hijau. Kuning. Rumah Kuning menang perbarisan terbaik.
Acara Menyusun Tin. rumah mana yg paling cepat dpt siapkan susunan tin dikira menang.
Acara mengisi air dlm botol. cedok air dlm baldi tu guna sudu. kemudian masukkan air yg ada dlm sudu ke dlm botol. botol mana yg paling byk isi air, dikira menang.
Pingat perak utk acara Menyusun Tin dan pingat gangsa utk Mengisi Air Ke Dalam Botol. Semua pelajar minimum join 2 acara sukan.
Termenung? nunggu giliran nak naik pentas utk amik hadiah.
10 Comments:
Seronok nyer dapat join hari sukan anak2 ni. Lagi seronok tengok gelagat dia org kan... tapi rumah merah tercorot pun happy gak kot dia tu kan... dapat 2 piala tu...
k.ahni,
mmg seronok. ume yg beria bersorak sorak.."MERAH..MERAH..MERAH.." ekke.. Iman happy jek. lagi2 dpt naik pentas p amik hadiah. hehe
hari sukan...seronok kan...secara tak langsung merapatkan hubungan ibubapa dan anak serta guru2...kat sini undokai bulan 10 nanti....
mana gambar ayah dan ibu ?
nash,
seronok le nash. heheh.. excited sungguh si mama yg sorang ni. ahaks! owh, bln 10 nanti eh? tanoshimi da ne. nanti tepek gambo byk2 deh!
k.pb,
gambo ayah dan ibu? err..tak tertepek le pulak gambo2 tu kat sini. ahhaha..
matured la anak noora tu..ada 3 pasukan ek..kalah pun sure dapat hadiah..bestla bebudak..mak bapak pun dapat medal gak ker?
yanz e-sir,
ni..yan-sinar-xxx tu ke..?hhehehe..
betul la tu. kalo 3 pasukan ni je, semua mesti le dpt hadiah.pingat emas,perak,gangsa!! saja nak kasi anak2 berseronok je kot tu. mak bapak takde medal. just hadiah biasa2 je. macam abah Iman, hari tu dpt t-shirt "visit malaysia" kaler yellow. ehhe..
tadika anak akak takde pon hari sukan...tak tau le memang tak de or belum lagi...tapi before cuti hari tu baru je habis exam. Hari guru akak tak buat apa-apa pun sebab hari Jumaat kat sini cuti la...he..he..
merah betul baju iman ya..oh ya?..tuh makan diaorang provide ker?..mana obento dari rumah?
k.maisya,
owh,ye ke.. tapi, sekolah tu tak buat sambutan hari guru langsung ke? belated punya pun tarak? ehehhe..
k.hanny,
semua org berbaju merah. hihihi. sepasang lak tuh! makanan, pihak sekolah yg sediakan. kiter tak buat bento dari umah pun ;p
Post a Comment
<< Home