Kenduri Kawin
Yang aku mkn masa kat rumah kenduri kawin Jali.
Pengantin...Jali & Na. Moga kekal bahagia dunia & akhirat.amin!
malam, dlm kol 8.30pm..mak abah balik dari johor. lepas tu, dekat kol 11pm gitu ABANG pulak sampai dari shah alam. kesian ABANG. kepenatan. dok ulang alik shah alam-sekinchan. hampir 2 jam perjalanan naik kereta, sehala.
Ahad, takde le apa2 yg special. cuma..abah p jemputan kenduri beberapa buah rumah. mak tak berapa sihat, so..mak duduk aje le kat rumah. baya sekeluarga dah balik ke sabak umah mentua nye ptg2 semalam. pagi ahad tu, abah belikan nasi lemak utk sarapan sbb Iman dok bising2 nak mkn nasi lemak sejak mlm tu. tgh hari...ida ikut kami balik ke shah alam.
Erin dan Afiq Khair.
Wah + Erin, Ida + Afiq Khair.. Afiq Khair tgh ngamuk2 sbb nak tido..
ABANG nak kena pegi opis lagi ptg tu. on d'way, singgah meru rumah Wah sbb ada majlis tahlil dan aqiqah. hampir kol 3pm sampai umah wah. 1st time jumpa Nur Sabrina (Erin)..anak wah yg tua hampir sebulan je dari Afiq Khair. comel nye... lepas mkn2 dan borak2...kami pun bertolak balik ke shah alam. hantar Ida kat sec 7 shah alam. aku rela hati le nak dok kejap kat umah ida dgn anak2 sbb takmau membuatkan ABANG terlewat masuk opis...kalau pegi balik hantar aku dan anak2 ke rumah. so..ptg tu, lepak le aku dan anak2 kat rumah Ida tu. mulut Iman tak mau diam. ada je yg dia nak cakapkan..
satu ketika.. kwn serumah Ida baru balik ke rumah tu. aku suruh le Iman p salam diorg.
Iman: tanak lah mama. mana boleh salam org pompuan..
Aku: ish, boleh le Iman. kan Iman kecik lagi... ok aje kalau salam. pegi le salam..
Iman: okeh la. Iman p salam.. (Iman pun p masuk bilik kwn Ida utk bersalam salam..)
kol 7pm gitu..ABANG sampai utk amik aku anak beranak. baru je sampai depan rumah, Iman dah sibuk2 tanya.. "esok kita balik kg lagi tak..?" ish ish.. mana boleh. esok mama dgn abah kerja. mesti Iman tak puas hati sbb tak balik kg Sabak. ye lah kan..selalu nye kalo balik kg, mesti balik kg dua-dua belah. sekinchan dgn sabak. kali ni tak balik sabak sbb mak abah mentua dan ipar duai aku semua nye bercuti kat Port Dickson..
ABANG pulak..sejak semlm ptg dah pegi PD jugak sbb ada kerja kat sana. sampai Jumaat ni. makna nye sekarang...tinggal le aku dan anak2 kat rumah bila balik dari kerja.
5 Comments:
ha...kalo mcm tu..ajak hubby dtg tau kenduri mama k!kat PD gak kan!..hehehe...
salam
food court kat Seksyen 15 ?
Depan bank CIMB tu ker ??
Gerai yang mana satu ??
Terliur lak nak cuba soto tu
akak suka musim cuti sekolah sebab byk jemputan kenduri...boleh makan nasik minyak..he...he...nak masak sendiri malas! Walaupun leceh nak heret 3 budak kecik ni tapi digagahkan juga...boleh rehat dari memasak.
PB; Salam dari Seksyen 15 jugak ni. Bila le kita nak berdating - makan-makan. Seksyen 15 -banyak tempat makan, kita je yang belum sempat teroka bersama-sama dalam sesi jalan-jalan cari makan ;-)
mama ranggie,
hubby sekarang ni mmg selalu p PD sbb kerja. insya-ALLAH kalo mmg tgh free time tu, kitorg sampai umah mama eh..
k.pb,
a ah le..tpt mkn2 yg depan CIMB tu le. kalo berdiri kat depan CIMB dan mengadap food court tu, tpt yg selalu jadi pilihan ume utk mkn soto waktu pagi ialah yg belah kiri ujung sekali! nak balik kg, selalu singgah situ utk bf mkn soto.ehhe..
k.maisya,
sama lah.kiter pun suka mkn kenduri. leceh nak masak sendiri. at least, kalo p kenduri selalu nye akan jumpa sedara mara atau kwn2 lama. tu yg best.
k.sri,
k.sri ni busy memanjang. tu yg tak sempat nak jelajah semua. ehehhe.. walaupun dekat kat dpn mata! nanti bebila..jom kita mkn2 bersama. k.pb sekali yuk!
Post a Comment
<< Home