Tuesday, May 27, 2008

Di suatu hari..



Hari tu, ptg...lepas amik anak2 dari neseri, kat dlm kereta on d'way balik ke rumah kami.

Aku: Iman, hari ni ada homework tak?

(aku mmg tiap2 hari akan bertanya kat Iman pasal homework..)


Iman: emh?


Aku: ada homework tak Iman..?


Iman: ala mama ni. asyik tanya homework je.. pening dah kepala Iman ni.


Aku: hamboi dia..pandai betul jwb macam tu eh!


Iman: Hahahhaha..




Mlm tu pulak..sambil nonton TV , aku layan anak2 bermain main. Iman tgh mengayuh basikal dia. Afiq Khair lak, excited sungguh..macam nak join abang dia naik basikal tu. dok mengejar, merangkak rangkak ke arah abang Iman nye yg ligat ke sana sini dgn basikal comel tu. sambil bergelak ketawa dua org tu. aku pun, letakkan le Afiq Khair kat atas basikal, dok kat belakang Abang Iman nyer. lepas tu Iman mengayuh basikal tu keseronokan sbb naik sama2 dgn adik. bila aku pun dah penat, aku turunkan Afiq Khair dari basikal dan berbaring kat depan tv.


Iman: mama, bawakkan turun moto Iman ke sini. (moto mainan yg berbatery Iman ada kat tingkat atas rumah tu..)


Aku: tanak lah. malas.


Iman: hayookk..tak baik cakap malas malas tau, mama. tak baik malas malas tau,mama..


Aku: OK. sorry. mama tak larat la nak angkat moto tu. berat sket. mama kan pompuan. org pompuan tak bleh nak angkat benda berat. (kekkeke..baik punya alasan!!). esok2 la kita mintak tolong abah bawak turun eh.


Iman: emm.. ha! apa kata...


Aku: apa? apa kata apa?


Iman: apa kata kita angkat sama sama. Iman sama mama... boleh,kan mama?


Aku: ish! dia nih. ada je idea nye. (sambil angkat tgn cam nak pukul Iman..)

Terus Iman sambut tgn aku..kasi telapak tgn dia menekup telapak tgn aku tu, sambil kata "give me five, mama!!"


Aku: ahahhahhaa...!!! (aduih..tak larat. memacam je Iman nih..)



Razan Afiq Khair.. dah 7 bln setengah umur nye. dah ligat merangkak, duduk, dan asal sampai ke meja, kerusi dan apa2 aje yg boleh dicapai..dia nak berpaut utk bangun berdiri. kalo dpt kat meja, apa2 yg ada kat atas meja tu semua dia nak capai. tangga pun dah mula nak dipanjat. tapi, buat masa ni..belum reti lagi memanjat tangga. ehehe..

Labels: ,

4 Comments:

At Wed May 28, 11:35:00 AM, Anonymous nash said...

nice dialog between mama & son..tak terlawan ye boraknya..hahaha

 
At Wed May 28, 01:37:00 PM, Blogger umeboshi said...

nash,
itu lah nash..petah dah berkata-kata si Iman tuh. cuma, kekadang penat nak nunggu dia abihkan cerita sbb tergagap gagap, berkali-kali diulang nye some words tu utk menyusun ayat!

 
At Wed May 28, 05:40:00 PM, OpenID hairieusoff said...

budak budak..mcm mcm perspektif dia gunakan...

 
At Mon Jun 02, 02:21:00 PM, Blogger umeboshi said...

itu lah HE, macam2 pulak idea yg timbul ye..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home