Thursday, May 08, 2008

Hari2 Yang Busy

aku nak ucapkan byk2 terima kasih kpd teman2 yg sms, call, email dan tinggalkan komen kat sini. terima kasih atas doa dan kata2 semangat semua tu. aku terharu dong! ye lah kan. ajal maut, rezeqi, jodoh dan segala nye adalah ketentuan dari NYA. kita kena berusaha sehabis baik, ikhtiar selagi ada jln utk dicuba, disamping doa, tawakkal dan percaya kpd NYA. yes, think positive selalu. ganbaru zo!!

Sekarang...aku semakin sibuk. ye lah kan... company nak tutup. macam2 lah nak kena settle. ada lak customer kitorg yg berkenan nak beli machines kitorg dan nak offer job kat production staff kitorg ni. lucky le diorg. laku di 'pasaran'!! boleh dikatakan semua customer berebut nak amik diorg. ahahaha... aku je kena cari keje sendiri.

kat rumah plak, ABANG takde sepjg minggu ni sampai next week. uruskan keje kat PD dan Seremban. so, tinggal le aku dan anak2. kelam kabut gak le time ABANG takde ni. Afiq Khair dah makin cerdik. makin lasak.. semlm, kebetulan ABANG ada keje kat Cheras, dan takde program apa pun utk mlm tadi kat seremban... tu yg ABANG amik chance utk balik tido kat umah. termasuk settle kan cuci baju2 kotor dia. ehehhe.. Iman seronok lah sbb dia pun macam rindu2 gitu kat abah dia. dah beberapa hari tak jumpa abah dia.

sekarang, aku suka sgt sbb Iman nampak macam berminat utk mkn. maksud aku, mkn makanan 'yg sepatut nye' gituk. selalu.. dia bukan nye nak sgt mkn nasi, roti, kuih muih. tapi, sekarang ni...kalo tanya dia, Iman nak mkn tak? nanti cepat je dia jwb.. nak!! apa yg aku masak, semua dia belasah. hari Isnin hari tu, aku masak bubur nasi.. semangkuk abis dia mkn sorg2, kesedapan gituk! pastu, hari selasa tu..utk dinner aku masak nasi dgn sup sayur+ fish ball je. Iman sibuk2 tanya nape aku tak masak bubur nasi macam hari semalam tu. tapi, dia belasah abis gak le semangkuk nasi dgn sup tu. uhuhuhu.. oh ye. hari Selasa pagi tu, aku sempat jumpa pengetua sekolah Nur Ummi. nak bayar duit yuran bln 5 sekolah Iman. sempat le borak2 dgn cikgu Lijah tu. kata nye...Iman cepat sensitif. kalo kena tegur sket ke, cepat je dia jadi pendiam dan nak nangis gituk. akkakaka.. Iman mmg camtu. kat umah pun gitu. pantang kena tegur sket, dah merah2 mata nak nangis. ish...buat malu mama je lah Iman ni. Tapi, seingat aku, masa aku kecik2 dulu pun camtu gak. asal kena tegur, kena denda dek cikgu je, mesti dah meleleh air mata. wahahhaha.. malu nye kalo diingat ingat. tapi, kat umah tak macam tu pun. aku kalo kat umah jadi 'HERO'. degil!!

Afiq Khair dah 7 bulan. masa last weekend, company aku coti pjg. dari hari khamis sampai ahad coti sempena hari buruh. pagi2 khamis tu aku dah drive balik kg. Afiq Khair dgn my sist; Ida.. naik keta kancil sama aku. Iman naik keta wira sama ABANG. balik kg naik keta asing2 sbb ABANG balik hari je. Jumaat ABANG keje. Sabtu ada sambutan hari pekerja kat stadium bukit jalil. Ahad ada kena attend jadi urusetia training kat PD. aku lak..nak lepak lama kat kg sepjg coti tu. kang kena balik ke shah alam sendiri , tu yg drive keta asing2 tu. masa balik ke kg tu.. Afiq Khair tgh demam. sejak hari selasa minggu tu le demam nye. kat kg pun Afiq Khair still demam. risau gak aku. panas betul badan nye, sampai ada masa tu... suhu badan cecah ke 39.5 drjh C. setiap 4-6 jam, kena kasi ubat demam. pagi Jumaat, mak dgn abah aku ajak aku bawak anak2 p mandi kat kolah masjid kg kitorg. saja je... then, tgh hari sabtu tu, alhamdulillah Afiq Khair dah lega demam nye. ahad tu...mmg sihat nampak nye dia. Iman lak, mmg seronok dia lepak kat kg. ada makcik2 dia (adik2 aku...) yg rajin layan dia. tapi yg tak syoknye.. kalo lama dia tak nampak kelibat aku, mula la satu rumah dia berpusing cari2 aku sambil nangis2. ish ish.. ahad tu, seawal 8 setgh pagi aku dah bertolak balik ke shah alam. dikyah dgn ida ikut balik sekali. turunkan dikyah kat jeram dan ida kat umah sewa dekat2 uitm shah alam nun. alhamdulillah selamat balik ke kg dan selamat juga balik semula ke shah alam.

sekarang, aku dgn Afiq Khair masih batuk2. dah berapa minggu aku macam ni. ais dan benda2 sejuk mmg aku tak jamah buat masa ni. ubat batuk dah masuk botol ke2 ni nak abis. iman, batuk2 nye dah reda sket. Afiq Khair le yg kesian. sedih je kalo dgr si kecik tu batuk2. terutama tgh2 mlm..tgh sedap tido. aku amalkan gak le petua..sapukan vicks kat tapak kaki dan berstokin... masa tido. tak tau le berkesan ke tak?! ekekke.. aku rasa, ada gak la kurang batuk nye masa tido tuh.

aduih...tekak aku rasa gatal2 je nih. batuk tak henti2.

Labels: , , , ,

4 Comments:

At Fri May 09, 04:27:00 PM, Blogger pB said...

Salam


Dah lama kak pB tak singgah blog Ume nie.
Mcm mcm yang berlaku ....

Kak pB doa kan agar Ume cepat dpt kerja baru ...

Kalau tak pun , dok relax relax lu kat umah .....


Then baru buat kerja memburu tu ...




pssttt...
bila nak date lagi nie?

 
At Sat May 10, 10:07:00 AM, Blogger umeboshi said...

salam k.pb,
terima kasih. insya-ALLAH Ume try yg terbaik. tgh dok usya2 keje gak nih.
a ah la..bila agaknye kita bleh date lagi eh.. bila2 free, ok aje!

 
At Sat May 10, 11:26:00 AM, Anonymous Anonymous said...

ada cari kerja baru ker...semoga sukses dimana? reszeki dimana2

 
At Wed May 14, 03:48:00 PM, Blogger umeboshi said...

HE, baru dok survey2 keje baru. belum lagi anto resume. ye, doa2 kan moga rezeqi ada sentiasa.. insya-ALLAH.

 

Post a Comment

<< Home