Tuesday, February 26, 2008

Hujung Minggu Lalu

Sabtu,23/02/2008.
Aku teringin nak mkn nasi lemak. so, pagi ni lepas mandi, aku bawak Iman p beli nasi lemak dgn kuih karipap kegemaran Iman. ABANG kat umah dgn Afiq Khair.
Lepas sarapan, ABANG bawak kancil utk service kat perodua service center, sec 27 shah alam. dlm kol 9am camtu pun, dah ramai org. cancel service. ABANG ada keje kena settle kat opis. so, ABANG p opis je le. aku dgn anak2 kat umah. settle kan basuh baju.. lepak2 dan layan anak2. ingat nak masak utk lunch..tapi aku just sempat masak nasi je. tak dpt nak masak lauk2 sbb Afiq Khair takmo ditinggalkan sendirian. dia pandai jerit2 ,nangis2 dah. aku tak sanggup nak biarkan dia ngamuk2 camtu. so, mintak ABANG beli lauk2 je le..
mlm, ABANG p main badminton dgn geng2 x-mrsm dia. aku dgn Iman layan cerekarama yg tajuknye Janji Seorg Anak. pelakon utama nye ialah Azizan Nin. yang jadi ibu, Fauziah Nawi. sambil tu, aku buat dadih, guna tepung segera yg aku beli online dari member WMC. mlm ni aku buat dadih perasa cappucino..

Ahad, 24/02/2008.
Sarapan kuih pau segera. ada inti kacang merah, kaya, kari ayam. air teh-o. lepas sarapan, dlm kol 8 setgh pagi, ABANG cepat2 p bawak kancil utk service. dlm kol 10 setgh dah settle. kitorg siap2 utk keluar. aku mmg saja nak bawak anak2 jln2 kat shopping complex. tak tau nak p mana. makaseru (serahkan) kat ABANG le, dia nak bawak ke mana. pastu, ABANG ajak p jusco yg besar tu...kat bukit tinggi,klang. tujuan utama p shopping, aku nak cari kasut. sbb kasut yg aku dok pakai selalu tu...dah uzur. maklum le, hari2 p keje pakai kasut tu. sejak ngandungkan Iman. Iman pun next month dah nak masuk umur 4 thn. kira nye, byk jasa kasut tu kat aku. sekali beli kasut... 2 pasang aku sambar. ehhehe.. dari kol 11 setgh pagi, sampai ke pukul 4 ptg kami ronda2 kat situ. tu pun, termasuk le masa utk lunch, solat zuhor, toilet dan berenti rehat utk mimikkan (nyusukan) Afiq Khair.Lunch, kami mkn kat restoran Jepun, SAKAE-SUSHI. Iman suka sgt mkn kani-sushi. (sushi-ketam).
Utk dinner, aku buat pizza tuna+vege. merasmikan penggunaan periuk baru yg aku beli dari kak ayu. tupperware mari.

****
Afiq Khair dah meniarap dan pandai maju ke depan dah. tgn pun dah pandai nak capai apa2 yg dia minat, yg terletak kat depan mata dia. dan...masukkan ke dalam mulut. dan..isap!!

mlm tadi p SMC (selangor medical center). ziarah zamir, anak sulong kakak. baru lepas operation sbb kena apendix (betul ke eja penyakit ni macam ni?!). jadi meriah la pulak kat situ. sbb ada imah, peah, kak ayu & zafri, kakak sekeluarga dan aku sekeluarga. anak2 le yg seronok. dah jumpa ramai2 camtu...memasing dok bergurau, main2. risau gak sbb...kat hospital kan.. ganggu org sakit je. balik umah, dah nak dekat kol 11 mlm. aku nyusukan Afiq Khair dan terus terlelap kat depan tv.

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home