Banyak cerita
Beberapa hari tersenyap, blog tak terupdate. bukan takde cerita. baaaanyak sekali cerita yg nak aku kongsi bersama. tapi, dgn kerja opis pun berlambak. dgn pelbagai masalah yg buat kepala berserabut, sesak. aku pun jadi malas la pulak. sabo je lah! hari ni, byk sekali cerita yg nak aku coretkan kat sini.
Rabu, 6/2/2008.
masing2 ramai yg dah mula bercoti. jalan pun lengang. hati aku pun senang. sbb fikir, esok hari nye bermula lah coti yg panjang. coti raya cino. utk lunch, aku tak pernah mkn kat luar. tapi, hari tu, aku lunch kat restoran haji omar. mkn nasi campur...kat situ. mkn saing dgn mimi, paktam dan faisa..geng2 tpt keje. dan murah hati lak aku nak belanja diorg mkn tgh hari tu. alhamdulillah. ada rezeqi lebih. moga bertambah lagi rezeqi, agar aku menjadi lagi bermurah hati. bleh buat org lain suka hati. jgn pulak jadi lupa diri. (aku la tu..)
Khamis, 7/2/2008.
b'tolak balik kg. adik aku, ida yg study kat uitm shah alam tu join balik sekali. jln agak jem. lagi2 kat Kapar, Kuala S'gor, Tg Karang. alhamdulillah selamat gak kami sampai kg. hampir kol 2pm. b'tolak dari shah alam dlm kol 10 setgh pagi. on d'way balik tu, aku sempat singgah beli jagung rebus yg byk gerai nye kat tepi2 jln area sekinchan tu. besar2 jagung nye. aku beli 10 biji. rerupa nye kat umah pun, mak dah rebus seperiuk besar jagung. puas le kami mkn jagung! kat kg aku, dah ada diba, dikyah .misa mmg tak akan dpt balik bercoti bila time coti perayaan atau public holiday gini. time tu le dia jadi murah rezqi. kerja melambak dan dia perlu curah bakti. zafri anak k.ayu dah sibuk2 tepon. tanya bila aku nak balik ke kg sabak (kg ABANG). zafri mmg suka sgt kat Afiq Khair.
*happy chinese new year kpd rakyat malaysia berbangsa cina. aku pun sempat ber-sms dgn ms.lee (owner umah sewa kami dulu2..). thn ni diorg beraya kat miri.
Jumaat, 8/2/2008.
pagi ni mak abah dan dikyah p pekan pasir pjg. aku mesti lah order mknn kegemaran aku. PECAL. asal balik kg, kalo boleh...mmg aku nak mkn pecal. dulu2, sebungkus pecal tu yg dibalut dgn daun pisang tu, hanya 20 sen je. pastu jadi 30 sen. pastu, ntah bila dah naik jadi 60 sen. sekarang ni dah jadi RM1!!! sepupu2 ada gak yg balik ke kg. masing2 nak ziarah nenek. k.nizah sekeluarga, k.jiah sekeluarga. sempat le aku borak2, lepak2 kat umah nenek sat tgh hari tu. ptg lepas asar, ajak ABANG p ronda2 kat pekan sekinchan. sambil tu nak beli puting susu botol Afiq Khair. banyak kedai yg masih tutup perniagaan. last2, kami pegi shopping kat speedmart je la. tu pun ramai sgt org. ish, nampak sgt...peniaga2 kat sekinchan tu di-monopoly oleh org cina. eehhehe.. raya cina ni, mmg semua kedai tutup kat sekinchan tu. sebelum ke sekinchan, kami singgah kilang baulu+kerepek kat parit 7. ABANG borong kerepek ubi pedas buat makan2 kat opis.
Sabtu, 9/2/2008.
pagi ni, abah p shah alam. rombongan 1 bas. semua AJK masjid kat daerah sabak bernam ada majlis dgn Menteri Besar. mak pulak ikut paman siran p kenduri kat kelang. aku lak,lepas siap2...aku sekeluarga p balik kg ABANG kat sabak. sempat gak p kenduri kat umah mbah Sopi, sedara belah mak aku. memula tu, malas nak p sbb aku pun ingat2 lupa rupa mbah Sopi tu. tapi, mak dah byk kali soh p ziarah mbah tu sbb kebetulan umah mbah sopi dekat aje dgn umah mak ABANG. serba salah aku. at last, pegi gak la kami ke umah mbah sopi. lepas mkn, aku bawak Afiq Khair naik atas umah. jumpa pengantin dan mintak pengantin cium Afiq Khair. then, aku duduk2 sat kat ruang tgh sambil ngintip2...mana satu tuan rumah nye (mbah sopi). tup tup, mbah tu yg sapa aku dulu!! siap dia ingat nama aku weh!! terharu. dan aku rasa sgt2 beruntung sbb dpt menziarahi mbah sopi tu. insya-ALLAH, lain kali kami akan sampai lagi ke rumah mbah sopi.
kat umah mak ABANG, k.ayu dah janji nak buat demo cara2 buat pizza guna periuk tupperware tu. 2,3 adunan gak la k.ayu buat pizza. aku tak lalu mkn. kepala rasa pening je. mlm, dinner pun aku mkn sikit. tu pun, nasi dgn kicap semata. lepas tu mintak panadol kat mak. terus kebabom! nyusukan Afiq dan aku pun lena.
Ahad, 10/2/2008.
mak buat nasi lemak. sambalnye sedap. Iman mkn banyak! sampai licin sambal tu. pagi ni, semua org dah bertolak balik. tinggal aku sekeluarga je kat kg tu. tgh hari, sempat le aku bantu sikit2 mak kat dapur. lauk kenduri banyak. so, just grg ikan dan masak asam pedas ikan kembung je. nasi pun dah ada dari umah org kenduri. lepas asar, aku sekeluarga bertolak balik ke sekinchan,kg aku. janji dgn ida, nak balik shah alam...mlm tu. kat kg aku pun, ptg tu tinggal ida je. baya sekeluarga dah balik klang, dikyah dah balik jeram, diba dah balik kem PLKN kat lenggong, perak. mlm, lepas isya', kami siap2 bertolak balik ke shah alam. jln mmg jem! akhir nye, selamat sampai umah kami dlm kol 12 mlm. letih! mengantuk! alhamdulillah esok nye aku masih bercoti.
Isnin, 11/2/2008.
aku masih coti. ABANG p keje. Iman p sekolah. aku masih lepak2 kat umah dgn Afiq Khair. dlm kol 10 setgh pagi, kuar umah. hantar Afiq Khair ke neseri dan aku terus p cyber cafe kat area sec 28 tu. amik pekej 2 jam dgn bayaran rm4. lepas tu, p beli lauk2 dan terus amik anak2 kat neseri. Iman terkejut la. sbb aku amik dia awal dari biasa. dia pun baru mandi, lepas balik dari sekolah nur ummi.
Selasa, 12/2/2008.
ABANG amik coti hari ni. mmg plan utk dating2 dgn aku aje. Iman cam biasa p sekolah dan Afiq Khair ke neseri.
pagi ni Iman ngamuk2 tanak mandi..nak tido lagi. tu la! mlm susah sgt bila di suruh tido. nak main aje. tido lewat. sudahnye...bangun pagi mmg liat. paksa jugak dia mandi. ABANG yg uruskan dia. pastu, ngamuk2 tanak minum susu. sejak semlm dia tunjuk perasaan tanak minum susu.
al-kisah nye...rabu lepas, masa amik Iman kat neseri...botol susu Iman ntah kat mana letaknye. diorg cari2 merata, botol susu nye takde. so, bila balik umah...aku sorokkan botol susu yg satu lagi dan cakap dgn Iman...kalo nak susu..minum dgn cawan je. cawan comel yg Iman pilih sendiri masa shopping hanya berdua aje dgn aku, kat giant sec 18 shah alam, pada hari jadi aku thn lepas. botol dah hilang, aku kata. Iman ok aje. so, sepjg coti kat kg...Iman pun ok aje minum susu dgn cawan. Isnin 11hb tu, Iman sangka botol susu dia akan ada kat neseri tu. tapi...mmg takde. dan balik umah ptg tu, dia dah mula tanak sgt minum susu.
pagi ni lagi lah. dah nangis2, meraung macam tu... mmg tanak minum susu dah dia. walau dipujuk pujuk. last2, ABANG soh aje kasi Iman minum susu dgn botol. aku geram la. ye lah...kan. aku berusaha utk pisahkan Iman dari botol susu. dah berapa hari ni berjaya buat Iman minum susu dgn cawan. tup tup, kena mengalah jugak dgn kehendak anak. mana tak sakit hati, tension! aku kasi gak la Iman susu botol. dan sbb geram punya pasal...aku campakkan aje cawan comel tu ke sinki, dan tutup cawan tu ntah mana2 terpelanting sbb aku baling. akakkka... baran gak aku nih! lepas umah jadi aman. lepas ABANG keluar p hantar Iman ke sekolah...tinggal aku je dgn Afiq Khair kat umah...aku kutip cawan comel dgn tutup nye tu dan aku baling masuk plastik isi sampah. nak buang aje! so, tak le sakit hati aku ni bila terpandangkan cawan tu nanti. dlm hati, lepas2 ni..kalo nak susu, mintak le kat abah dia. biar ABANG je yg uruskan susu, bancuhan susu dan cuci botol nye.... aku dah kecik hati. sob sob sob sob...
dlm sedih2 tu, jadi gak la aku keluar dating dgn ABANG. lepas hantar Afiq Khair ke neseri, kitorg p drive ke Mid-Valley. berhari hari kami dok berangan nak nengok movie Dunia Baru. bila sampai nak beli tiket...tukar plan lak. p tengok Cuci ... dah lama tak p dating berdua aje dgn ABANG. bila ABANG pegang tgn aku dan jln beriringan gitu, terharu lak jadi nye. sejuk hati aku. ahahhaha.. tak malu :p
cerita CUCI...best! aku suka! menghiburkan...kelakar dan byk gelak. ahahhahaha.. lakonan oleh Hans Isaac, Awie, Afdlin Shauqi, AC Mizal, Erra Fazira, Ummie Aida, Ida Nerina, Rahim Razali etc... lunch hari tu, kami amik Teppanyaki set kat food court mid valley tu. aku amik salmon set, ABANG amik new zealand beef set. rm14.90/salmon set dan rm15.90/set utk beef set tu. emm... tak le best sgt. nasi dia hampeh sungguh. tak menarik. kering dan paroi. sayur pun tak menarik. tapi...makan je lah,kan. dah bayo! dan patut bersyukur dgn apa yg kita ada tu. lepas menonton, p solat zuhor dan shopping kat jusco. baru le aku sempat nak belanja ABANG sempena belated b'day present. ehehhee...sbb aku buntu tak tau nak kasi hadiah apa. so, apa saja yg ABANG berkenan nak beli...itu le yg aku bayarkan sebagai hadiah. habis shopping, terus balik. teringat lak kat Iman sbb tak belikan apa2 pun kat dia. so, beli le happy meal 2 sets kat Mc Donald mid valley tu. dpt le toy 2 bijik. seronok Iman dgn kereta hot wheel tu.
semalam, Rabu, 13/2/2008.
dah bercoti 6 hari...kepala jadi lembap je nak masuk keje semalam. ehehhee.. Mr TM pun tak masuk opis. terkandas kat pulau Australia sbb tak dpt tiket flight. dah la byk keje pending. dan byk isu berbangkit dgn customer. balik umah...Afiq Khair takmo diletak la pulak. nak kena layan dia aje. tak leh ditinggal. kelam kabut aku jadi nye. nak solat..mandi..masak...makan.. nak settle kan Iman jugak. huh! sabo je lah. aku pun, ingat nak tunggu ABANG je, baru masak. (ala...grg nasi je le...senang!). tapi..kol 9pm pun ABANG tak sampai umah lagi. perut aku pun dah bergurindam dan berkeroncong...badan pun rasa menggeletar, maka nye...sambil Afiq Khair bergendongan dgn aku, aku dok masak kat dapur. alhamdulillah bahan utk masak dah siap sedia sejak mlm sebelumnye. tinggal masukkan dlm kuali , dan masak saja. siap masak, time2 tu gak aku mkn kat dapur. ahahha... lepas tu aku settle kan mesin basuh dan tak lama tu ABANG pun sampai umah.
mlm tadi kenapa ntah Afiq Khair. macam susah je dia nak lena. dah kol 12 mlm...ABANG dgn Iman dah lena.. aku pun ngantuk sgt2...tapi, Afiq Khair tak tido2 lagi. last2, aku pangku dia sambil nyusukan. sambil tersengguk sengguk aku dibuatnye. alhamdulillah akhirnye lena gak anak aku yg comel tu :)
Hari ni, Khamis, 14/2/2008.
Ms S MC. demam la kekononnye. ntah le. Mr TM masuk opis dah hari ni. dan...aku cam biasa le. keje dan keje. rerasa free sket tu, jenguk2 le internet ni.
melalui pemberita terkini aku, adik aku> Baya kasi tau...hari buang undi ialah pada 8 march. penamaan calon 24 february gituk... so...selamat berpilihanraya dan selamat mengundi la kita ek.
Labels: Abang, Afiq Khair, Aku, cuti, Iman, Istimewa, Keluarga
2 Comments:
noora, better janganlah tidur situ. aku dah penah kena dulu tidur kat situ kena serang benda yang aku sendiri taktahu apa. lagi2 korang ada anak kecik. better not. smlm pergi tu pun phobia sbnrnya, tu yg tak tidur situ. balik hari je.
owh, ye ke ludi? kitorg tanoshimi nak stay situ sebenarnye. kalo camtu, cari hotel lain la kot ek. tenkiu ek for the advise.
Post a Comment
<< Home