Friday, February 15, 2008

r_patina@yahoo.com

kepada kwn2, kenalan dan family aku yg ada terima email mengarut dari r_patina@yahoo.com... sila lah abaikan email tu ek. sejak Rabu 6 februari, secara rasmi nye aku dah tak guna email account tu. dah mmg tak bleh nak access ke email account tu pun. ramai gak yg call, yg sms tanya kat aku pasal email yg diorg dpt. kata aku dlm kesusahan...terkandas kat LONDON, dompet hilang dan nak pinjam duit kat korang? ish...mengarut! aku bukan nye kaya..bukan nye ada manyak duit utk p jln2 ke UK...LONDON dan sewaktu dgn nye. kalau ye pun banyak sgt duit, baik aku sekeluarga p buat umrah..p ziarah tanah suci makkah. lagi satu, email tu dikarang dlm bahasa inggeris. tak logik sungguh. aku kalo betul2 nak mintak tolong... mesti le tulih dlm bahasa ibunda ku...bahasa melayu.

apa yg terjadi...?? sebenarnye, pagi Rabu tu, aku dpt email yg konon2 nye dari yahoo customer care. email ni in english. kata nye, sekarang pengguna yahoo tersangat ramai. so, diorg nak limit-kan pengguna. dgn itu, nak survey le sama ada email account kita tu active ke tak. kalo kita tak reply mail dia dlm masa 2 minggu email account akan delete. dah la tu... aku siap isi form yg dia attached tu... nama penuh aku, log in id, password dan country. apa la bengong dan gelojoh nye aku. apa salahnye aku tanya kwn2 lain yg ada guna yahoo mail, tanya pendapat org lain. ni idak... aku main reply terus je email dia tu. bila dah sent reply mail, baru aku tersedar...aku ni dah buat silap. tak patut aku reply mail tu bersama my details. tak logik la kan...yahoo nak limit-kan pengguna dan tanya kita nyer password?!! bila aku nak log in semula...yg amik masa tak sampai sejam pun dari masa aku me-reply mail tu, tup tup time tu gak aku dah tak bleh nak log in email r_patina tu. aku langsung dah tak bleh nak access account tu. langsung tak bleh nak tukau password dan nak buat apa2 le. cepat betul tindakan penjahat2 tu ek. terus le aku create email account yg baru...

jumaat, 8hb lak...mlm tu aku dpt sms dari kwn aku, Zarina. dia org pertama yg kasi tau pasal org tu dah salah guna email aku tu. bila dpt tau tu, terus hati aku jadi tak senang.

aku nak inform kat semua yg email address nyer ada aku simpan kat dlm account r_patina tu, bahawase nye email yg kata aku terkandas kat LONDON tu adalah palsu...tapi aku tak bleh nak buat camtu sbb aku langsung tak bleh access email r_patina. aku dah le tak simpan manually kat dlm note book ke kat mana2 ke...semua email address org. dgn itu... aku just inform lalu sms kat zarina, kat wah dan kwn2 lain serta minta diorg sampai2kan, pjg2kan info tu kpd kwn2 lain. so, kat sini pun...aku nak amik kesempatan gak la. nak kasi tau.... aku dah tak guna email r_patina@yahoo.com tu ek. sila lah delete email address tu dari address book kwn2 semua ek. segala kesulitan amat2 dikesali. mohon maaf ye.

paling geram, manyak resepi aku simpan dlm folder kat account r_patina tu. abis lesap! dan teruk la ek 'org tu'. dia nak dpt untung dgn jln mudah. menipu org, hidup tak akan senang.

Labels:

9 Comments:

At Fri Feb 15, 09:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

paling peting, dunia siber tidak boleh dipercayai, mereka ada berjuat2 muka di belakang kit,(bukan aje talam dua muka)

 
At Fri Feb 15, 11:06:00 PM, Blogger Leyla Shuri said...

salam noora,

k lela tahu password noora dah kena curi apabila membaca emel itu.

K lela dapat trace server pencuri itu
IP:82.128.19.4
server:ml82.128.19.4.multilinks.com
dari negara:Nigera, Afrika
city: Shagamu

Bukan sahaja nama dalam senarai address book Noora sahaja dia boleh gunakan, dia juga boleh gunakan secara spam pada sesiapa juga.

Noora attachkan emel pencuri ini pada yahoo.com dan minta mereka delete account r_patina dengan segera.

 
At Sat Feb 16, 05:07:00 PM, Blogger Sinaran Xxx! said...

hmmm..siannya noora.Betul kata k lela..kena bagitau yahoo perkara ini..nasibla bukan orang Malaysia kan..sebab bole menyamar macam2 guna bahasa kita..memang kena berhati2 bila berada di dunia siber ni..

 
At Mon Feb 18, 12:16:00 PM, Blogger umeboshi said...

hairieusoff,
betul tu. dah terkena camni...sejak tu mmg kena berhati hati betul.sabo je lah!

k.lela,
terima kasih atas details sang pencuri tu. noora dah hantar email kpd yahoo dan attached sekali email sang pencuri tu. sejak minggu lepas sampai ke hari ni, masih berbalas email dgn yahoo. yahoo asyik dok nak soal jwb memacam dgn noora sbb yahoo nak kompomkan pasal pengguna sebenar r_patina tu. payah gak nak settle dgn yahoo..soh delete account tu.

yan cik sinaran xxx,
kesian kan? sob sob sob..anyway, kiter mmg dah email bg tau kat yahoo. tgh tunggu step seterusnye dari yahoo... mmg kita patut hati2 kan. semakin canggih alam cyber ni, macam makin mudah lak manusia tertipu..(ker...cikpuan ume je yg mudah terpedaya gini? ish ish..)

 
At Mon Feb 18, 01:22:00 PM, Blogger Sri Diah said...

Terima kasih pada Ume kerana bagi info ini, sekurangnya akak dan yang lain-lain akan lebih berhati-hati. Thanks ya.

 
At Mon Feb 18, 09:18:00 PM, Blogger Maisya said...

akak pernah 2 kali rasanya terima email macam noora dpt tu tapi nasib baik akak jenis yg tak layan email selain dari org yg kenal...Asal dari Nigeria ye org tu....memang byk kes menipu ni dari Nigeria...kalau Google/search pasal Nigeria/Nigerian Scam memang macam-macam style depa ni nak menipu org.

 
At Tue Feb 19, 09:56:00 AM, Blogger Lily Abdullah said...

Ume,
TQ atas info. email kak Lily plak asyik dok penuh ngan spam. Menang tiket loteri la, dapat hadiah la,duit wasiat la. Berjuta2 dik. Dah kaya akak kamu ni hu..hu..hu.
(Dah boleh beli tanah Malaya ni) :D

 
At Fri Feb 22, 03:30:00 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

thanks ume...

sekurang2nye yg lain akan hati2...

bile nak create email baru...

 
At Fri Feb 22, 04:52:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.sri,k.maisya, k.lily dan mama ranggie,
terima kasih kembali. org kalo nak menipu, memacam cara diorg akan buat. so, mmg semua patut berhati hati.

tapi, alhamdulillah... ume dah dpt kembali account r_patina tu. :D

 

Post a Comment

<< Home