Saturday, September 22, 2007

Akhirnye...

sesungguhnye, ajal maut, jodoh pertemuan, qada' qadar segala nye adalah ketentuan Yang Maha Esa. tapi, segala ketentuan itu, boleh berubah dgn doa, usaha dan tawakkal kita. betul, kan? itu yg pernah aku dgr ...

dan, apa saja yg didatangkan kpd kita, ujian, dugaan, kebahagiaan..semua nye kena terima dgn redha. insya-ALLAH ada byk hikmah dan barakah di sebalik semua yg terjadi itu. dan, begitu lah dgn apa yg terjadi...beberapa hari ini negara kita digemparkan dgn penemuan mayat kanak2 perempuan di dlm beg yg diletakkan di hadapan 1 premis perniagaan. hasil ujian DNA, membuktikan yg mayat itu adalah adik Nurin Jazlin Jazimin...kanak2 yg dilaporkan hilang sejak 20 ogos lalu. hampir sebulan 'dia' hilang. diculik. tapi, bila dijumpai 'dia' sudah tak bernyawa dlm keadaan yg amat menyayat hati. aku rasa, mungkin seluruh rakyat malaysia menangisi cara pemergiannye yg menyayat hati itu. tak nangis di zahir pun, mungkin nangis di hati. aku pun....beberapa kali tak dpt menahan sebak. tiap kali melihat berita tv, tiap kali baca akhbar...terasa sgt2 pilu. kesian sungguh. tak dpt bayangkan, betapa tersiksa nye 'dia', anak kecil yg tak berdosa itu...didera, disiksa sebegitu rupa. sehingga membawa kpd ajalnye. ini menunjukkan betapa 'si pendera' (si penjahat sebenarnye!!!) amat2 tak berhati perut, amat tak berperikemanusiaan, dan mungkin ada gangguan mental?!!

sama2 lah kita berdoa moga kebenaran akan terbukti jua nanti. moga org yg bertanggung jwb atas kejadian ini dpt diberkas dan dihukum dgn setimpalnye. hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.

aku jadi begitu emosional dan sedih sgt2. apa lagi ibu bapa dan seluruh keluarga allahyarham adik Nurin...rasa tak tertanggung mungkin beban kesedihan mereka. tapi, doakan lah moga mereka juga tabah dan sabar dlm menghadapi dugaan ini. Hidup perlu diteruskan. Yang pergi tetap pergi. sememangnye ALLAH lebih menyayangi dia.

al-fatihah!

Check: www.nurinjazlin.blogspot.com

****
Hari ni aku keje. 1 hari ,full day! Iman ikut ABANG p opis. ptg ni ada majlis buka puasa kat umah Z (kwn ABANG). aku dah siapkan fruit cocktail mlm tadi, utk dibawa bersama ke sana.

semlm aku coti. ABANG pun coti. ada appointment dgn doctor kat DEMC. la ni, setiap 2 minggu dah kena p check up ke sana. alhamdulillah semua ok. insya-ALLAH.

esok tgh hari...ABANG dah kena berangkat ke Kota Kinabalu. out station lagi sampai selasa mlm. mintak tolong Peah dgn kwn dia, p hantarkan ABANG ke airport.

Labels: ,

6 Comments:

At Sat Sep 22, 03:14:00 PM, Blogger Leyla Shuri said...

salam ramadhan 10 ume chan,

k lela bila baca berita ini, mengucap bertali-tali dalam diam. Dah 2 malam nie tak dapat tidur lena, mengenangkan nasib anak ini. Nie rasa badan nak demam...
k lela sangat shock perkara seganaz begini boleh happen di msia...
awasilah perjalanan anak2 setiap masa ume...biar kita penat...

 
At Sat Sep 22, 04:29:00 PM, Blogger umeboshi said...

salam Ramadhan 10 juga buat k.lela.
mmg bagai tersayat sayat hati ume ni, pedih dan sedih sgt2 dgn kejadian begini. minta2 dijauhkan la seluruh keluarga, kenalan kita dari kejadian yg sebegini. na'uzhubillah! serta, moga ume sentiasa diberi kekuatan, peluang utk mengawasi gerak laku anak2 sendiri.

 
At Sat Sep 22, 04:30:00 PM, Blogger aNIe said...

salam Uneboshi....Pagi tadi akhbar menyiarkan bermuka surat kisah 'perjalanan terakhir' adik Nurin...dan air mata ini tidak pernah boleh kering tiap kali menatap berita tentang anak malang itu....

 
At Sat Sep 22, 04:35:00 PM, Blogger umeboshi said...

salam k.lady.
sama lah kita. berkongsi kesedihan dgn keluarga allahyarham. tapi, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul beban.

 
At Tue Sep 25, 11:38:00 AM, Blogger Mrs.A said...

salam kak ume..

Kita dah balik.. la ni blog kita dah tukar alamat : http://itukahaku2.blogspot.com

Kak Ume apakhabar... selamat berpuasa dan berbuka...

Sihat ke ari ni???

 
At Wed Sep 26, 02:09:00 PM, Blogger umeboshi said...

salam minnie,
woh, dah bukak blog baru ek. semlm
k.ume ada gak jenguk2 umah baru minnie dan dah save pun alamatnye kat link k.ume tu. selamat berblog semula ek..

k.ume syukur...sihat2 je. selamat berpuasa & berbuka juga buat minnie.

 

Post a Comment

<< Home