Wednesday, June 13, 2007

CD dah patah

hari ahad baru2 ni, kan aku ada cerita kat entry sebelum ni, yg kami ada beli CD otromen utk Iman kat Jusco midvalley tu? rege rm19.90 (rege sebelum 20% discount). dlm nye ada 1 cd jek. rege mahal dari dvd citer Mukhsin. dvd mukhsin tu rm13.50 jek. sampai sekang ni, kami belum sempat lagi nak tengok citer mukhsin tu.

anyway, kali ni nyer entry...aku nak citer hal cd otromen Iman tu. baru je beli cd tu hari ahad. tapi, the next day tu...hari Isnin nye...lepas solat maghrib...aku dok sibuk2 kat dapur. tetiba Iman dtg senyap2 kat belakang aku. "mama, mama...cd dah patah..." terus aku toleh. kat tgn Iman ada kepingan cd otromen yg baru dibeli tu. dah patah pulak tu. ish ish....ni gara2 Iman dok sibuk keluarkan cd tu dari kotaknye...dan cuba tanggalkan cd dari case nye tu. baru lagi, benda tu agak ketat le. susah sket nak tanggal. sure Iman time nak tarik2 cd tu tanggal dari case, dah terpatahkan cd nye. Iman mmg camtu. suka sgt dok keluar2kan cd, dan ditenung2 cd kegemaran nye. ni le pertama kali belikan Iman cd otromen. sehari jek cd tu elok dlm simpanan. dah patah, tak leh nak diulang tengok lagi. geram gak aku dibuatnye. terus le aku dok membebel bebel kat Iman. apesal nak dimain2kan cd tu. bior je le cd tu elok dlm case nye. apesal nak dikeluar keluarkan.

Iman terus senyap. dok depan tv sendri. sambil tenung2 cd yg dah patah tu. aku suruh Iman buang aje cd tu. Iman senyap. aku amik cd tu dan bawak ke dapur. kononnye nak buang le. hehehe. tapi aku sorok kat atas peti sejuk. Iman senyap jugak. kesedihan la tu. sejak tu Iman tak ceria. monyok aje. sampai le ABANG balik keje mlm tu...Iman ngadu yg mama dah buang cd otromen dia. emmm..aku citer la kat ABANG apa yg dah terjadi. ABANG ngomel2 jugak. ABANG kata, kalo beli aje kat pasar mlm yg rm5 sekeping pun ok. Iman lak, kesian aku tengok dia. aku keluarkan la balik cd yg dah patah tu dan tunjuk kat ABANG. Iman sibuk lak suruh ABANG pasang cd tu. dia nak tengok. siap dah letak bantal lak tu kat depan tv, konon nye nak tengok cd sambil baring. sbb nak puaskan hati Iman...ABANG pasang gak la cd yg dah patah tu. tapi, yappa mmg tak kan bleh tengok le cd tu. dah rosak! ngamuk2 gak la Iman... aduih... kami pujuk2 Iman...kasi susu. Iman pun minum susu dlm botol sambil baring...dan terus tertidur.

Semlm pagi...nak p school, Iman sibuk2 nak bawak cd otromen tu ke school. puas aku dgn ABANG larang. tapi Iman nak bawak jugak. emm..lantak le. maleh aku nak bising pepagi tu. tapi, ABANG sempat pesan kat org2 school Iman tu, jgn dipasang cd yg dah patah tu. semlm ptg waktu aku amik Iman kat school, aku tanya gak la kat diorg. ada Iman sibuk2 ke nak mintak pasang cd tu? Anne (ketua pengasuh kat school tu) kata, ada gak la Iman mintak pasang. tapi tak le beria. so...depa semua sbb dah dipesan dek ABANG, takde le layan pun permintaan Iman tu. balik umah semlm, Iman pun dah ok. tak sibuk2 nak tengok cd otromen tu. tapi Iman asyik la dok kepit cd tu ke sana ke sini. sampai nak tido.huhuhu.... kesian anak mama.

++++
aku lupa nak cerita. 5 jun baru2 ni...hari yg aku dan ABANG sesama amik coti gara2 nak bawak Iman g DEMC utk buat urine test dan ultra sound tu. lepas keluar je ptg tu dari DEMC, kami tengok ada org tengah buat penggambaran drama kat depan tu. nampak pelakon Zul Yahya dgn sorg lagi pelakon pompuan...ala yg dlm drama Kaber zero Kaber hero ke apa ntah tu, pompuan yg jadik tunang zul yahya tu . depa tgh dok shooting drama Kaber zero kaber hero tu le. drama ni kat tv3, setiap hari isnin mlm. aku tak la berapa follow pun citer ni. tapi kalo Iman tertengok kat tv , Iman mesti nak tengok citer tu. sbb kelakar kot...tu yg Iman suka.

Labels:

2 Comments:

At Wed Jun 13, 08:39:00 PM, Anonymous Anonymous said...

test... nape tak leh post?

 
At Thu Jun 14, 09:46:00 AM, Blogger umeboshi said...

he...nak post komen ek? boleh la. cuma, semua komen akan dipaparkan selepas UME check, baca dan approved. hehehe.. so, komen yg di post, tak akan terus automatik keluar ye. sorry ne.

 

Post a Comment

<< Home