Monday, May 14, 2007

Coti pjg

Ini nak tulis pasal citer lama.

28/04/2007, Sabtu
Hari ni ABANG ada training. aku dan Iman berdua saja kat umah. pagi ni Iman masih demam. Lama nye demam Iman...sejak hari khamis26/04/2007. tapi demam nye kejap on...kejap off. yg pasti bila ptg bawak ke mlm, suhu badan nye naik mendadak. 39-40 darjah C. susu pun Iman kurang minum. mkn apa tah lagi. mmg tanak. Iman terbaring aje depan tv tu. aku & ABANG dah perasan sesuatu. ada bintik2 merah timbul kat kaki dan tgn Iman. tak byk. ptg2 gitu, lepas ABANG balik dari training, kami pegi umah kak Ayu. p tengok umah baru dia. mlm nye, kak ayu dok order Pizza Domino. 1st time aku rasa pizza Domino. ok la. sedap jugak.tak muak macam mkn pizza hut tu. Iman tanak mkn sgt. dia mkn kopok leko aje. balik dari umah kak ayu, aku dan ABANG ke lhdn shah alam. nak hantar borang lhdn. tengok2, kami ada salah isi. tak jadi le nak hantar borang tu mlm tu. bawak balik ke rumah semula utk buat pembetulan.

29/04/2007, Ahad
pagi ni breakfast dgn pizza yg kami tapau bawak balik dari umah K.Ayu. hari ni aku ada gathering Wanita Melayu Dot Com (WMC). tempat gathering kat hotel Istana kat KL. kol 12 tgh hari sampai kol 6pm. ABANG hantar aku sampai depan hotel. berdebar jugak. maklum le, ni 1st time aku nak berjumpa, berkenalan dgn member2 wmc. sebelum ni tak pernah bersua muka pun. just hai hai kat alam maya...alam siber aje. ramai jugak yg hadir. hampir 60 org gitu. syok gak dpt jumpa dan kenal reramai tu. mknan kat situ pun sedap2. tapi aku tak lalu nak mkn. mkn sikit2 je...tu pun sayur dan buah2. nampak semua nye sedap gitu. rugi la aku, tak dpt nak pulun mkn sbb kejap2 tu bekejar ke toilet sbb muntah2.tekak loya betul. takpe le. takde rezeqi aku. best jugak sbb dpt door gift yg dlm beg tu penuh dgn pelbagai hadiah dan cenderahati. ptg, dlm kol 6 gitu ABANG dtg amik aku. Iman terbaring aje kat dlm keta tu. dia nampak tak sihat lagi. balik dari KL, kami terus ke LHDN shah alam. last minute punya, hantar form lhdn. then, jln2 jap kat dlm SACC Mall. lepas tu p solat maghrib kat masjid besar shah alam. lepas tu, konon2 nye nak p mkn kat gerai area tepi tasik shah alam tu. tapi cancel, sbb nampak cam tak bukak je.

30/04/2007, Isnin
ABANG keje. company aku mmg coti. so, aku dan Iman kat umah aje le. pagi ni lepas mandi, Iman kata nak mkn nasi lemak. aku pun drive le bawak dia p beli nasi lemak dan kuih2. balik umah, Iman mkn byk jugak nasi lemak tu tapi tanpa sambal. sambal nye pedas betul. lepas mkn, Iman nak susu. aku cadang nak kuar lagi...pegi bank. tapi Iman takmo kuar dah. dia nak baring aje. sambil tu, terus Iman terlena. maka nye, aku pun tak jadi le kuar ke mana pun. tgh hari, masa nak solat zuhor, Iman pun bangun dari tido. aku nampak hidung Iman belah kiri kuar darah. lepas lap darah tu, terus aku soh Iman baring mendongak, sambil aku solat zuhor. lepas tu kami lepak aje le kat depan tv. Iman pun ptg2 gitu...badan nye dah tak panas. dah nampak sihat. dah mau main2.

01/05/2007, Selasa
pagi ni, lepas sarapan roti..aku, ABANG dan Iman p pwtc. ada pameran buku kat sana. cuaca pun panas. masuk dlm ruang pameran...amboi mak! ramai nye org!! lagi la kat bilik karangkraft, alaf 21 sana tu. mmg penuh. nak p membayar pun punya lah pjg barisan nye. kat situ aku just beli novel MAHLIGAI CINTA (tulisan Sri Diah) dgn MANDATORI (tulisan Ramlee Awang Mursheed). lepas tu p ronda2, ABANG beli buku yg ABANG perlukan...kemudian kat area kanak2, kami jumpa buku mewarna Power Rangers, Ultraman. Iman pun nampak excited. so, aku dan ABANG pun belikan la buku mewarna tu. kemudian tambah lagi satu buku cerita ALADIN MELAWAN RAKSASA. Iman suka sgt. aku dah tak larat nak jelajah semua gerai. ajak ABANG balik umah aje le. balik tu, kami singgah jap kat klinik. tunjuk kat doctor yg kat kaki dan tgn Iman dah naik bintik2 merah. makin byk dari semlm. Doctor terus tulis surat, soh kami bawak Iman ke hospital klang. buat ujian darah sbb takut dia kena denggi. kami balik umah dulu. kemas2 sket apa yg patut. then terus ke hospital. lama jugak nunggu giliran. org ramai sgt. aku kesian kat Iman. dok menangis kesakitan gara2 nak amik darah dia tu. bila dpt result, mmg sah Iman kena denggi. terus kena masuk ward. dlm borang tu, depa tulis kena dok kat ward dlm masa seminggu. aku risau segt. harap2 Iman ok. bila masuk ward je, kena amik darah lagi. nangis le lagi Iman sekuat hati nye. mesti sakit tu! mlm tu aku temankan Iman kat ward. ABANG balik umah amik brg2 yg perlu utk aku dan Iman. hantar ke ward semula dan dlm kol 2am, ABANG balik ke rumah utk tido. Aku tak selesa nak tido. sakit badan. atlast, aku join sekali baring kat katil Iman tu. ehhehe..tiap 4 jam, kena bawak Iman ke bilik rawatan utk amik darah. aduih...tak sanggup aku dengar tangisan Iman. mlm tu, tak lena tido aku. setiap 10 minit gitu, aku kasi Iman minum air. org demam ni, terutama yg kena denggi gini, mmg kena minum air byk2.

02/05/2007, Rabu
setiap air minuman yg kasi kat Iman, kena catatkan berapa byk aku kasi Iman minum. contohnye, susu coklat berapa ml, air yakult berapa ml, air putih berapa ml... kemudian tiap kali Iman kencing, kena tadah dan sukat berapa byk air yg dia buang tu. kalo pakai pampers, sebelum buang pampers nye, kena timbang berapa berat pampers tu. makna nye, semua air yg masuk dan kuar dari badan Iman, kena sukat. pagi ni, lepas mandi2...Iman dah ceria. mau main2 dgn anak2 lain yg ada kat dlm bilik tu. tapi...lepas 2,3 kali p kencing...mungkin Iman dah mula bosan dan sakit hati. sbb tiap kali nak ke toilet, kena cabut saluran air yg dipasang kat lengan dia tu...nanti lepas tu kena pasang balik. mmg leceh dan amik masa. mungkin sbb itu kot, Iman dah rasa tak seronok. Iman pun mula merengek nak balik. kesian sgt Iman. tak lama tu, ABANG dtg bawak mainan dan buku2 Iman yg baru dibeli hari tu. baru lah Iman senyap. tapi dia takmo baring kat katil. nak didukung aje. sepjg kat hospital, Iman langsung takmo minum susu. byk minum air yakult dan air putih aje. bila Iman mula merengek, aku bacakan dia buku cerita ALADIN MELAWAN RAKSASA tu. baru le Iman senyap dan suka mendengar cerita aku tu. nanti kejap2, dia asyik la soh aku bacakan buku tu. ptg tu, aku dan ABANG lega sesgt. doctor kata, Iman dah makin pulih. so, kami boleh balik rumah ptg tu. alhamdulillah. aku pun dah penat dok kat ward. Iman pun asyik bising2 nak balik umah.

03/05/2007, Khamis
Aku tepon opis. kata yg aku nak amik coti sepjg minggu ni sbb nak jaga Iman kat umah. doctor nasihatkan agar kami jaga Iman kat umah dulu sbb nak pastikan yg Iman minum cukup air utk kekalkan dia terus sihat. ABANG keje.

04/05/2007, Jumaat
ABANG coti. pagi ni kami sama2 p settle memacam hal.p bank, p bayar lhdn etc. kononnye ptg tu kami nak balik kg. tapi bila aku tepon kg, kata nak balik...adik aku, Baya yg kebetulan ada kat kg kata kami takyah balik pun takpe. sbb esok pagi mak dgn abah aku akan p shah alam. mak dah sakit teruk gara2 ketumbuhan dlm rahim. esok nak buat rawatan kat S'gor Medical Center (SMC). terkejut lah aku. jadi risau yg amat. then, ABANG kata, kami takyah balik kg la. ok la gitu. then, ptg, aku dah rasa tak sihat. seram sejuk je rasa badan aku. perut pun sakit macam dah masuk angin. kepala pun sakit. aku yg beria ajak ABANG p pasar mlm utk beli buah2. tapi, aku tak jadi turun ke pasar mlm sbb tak larat. ABANG dgn Iman aje le yg p beli buah. aku tunggu kat kereta. mlm tu, aku just terbaring. takde selera nak mkn.

05/05/2007, Sabtu
pagi ni, lepas solat subuh..patutnye aku join ABANG kemas2 umah sbb mungkin abah akan tido umah kami kalo mak kena masuk ward mlm nanti. tapi aku tak larat. akhirnye...sepjg hari tu, ABANG yg kemas umah sorang2. basuh baju pun ABANG. sapu sampah pun ABANG. kesian kat ABANG. tapi aku betul2 tak sihat. tgh hari, Baya sekeluarga dtg dgn abah. mak dah masuk ward. kena buat cuci rahim dlm kol 2pm hari tu. so, abah dan baya sekeluarga lepak kat umah aku dulu. utk lunch, ABANG p belikan lauk2 kat gerai. aku just masakkan nasi. Baya kata, sepjg dia dok kat kg, rasa kesian sgt tengok mak menahan kesakitan. mmg mak terbaring aje sbb betul2 sakit katanye. aku dgr tu semua...rasa sedih jugak. doa dan harapan kami, moga mak dan abah serta kami semua sentiasa sihat sejahtera. amin! lepas solat asar, kami semua pegi SMC utk tengok mak. tak lama tu Ida pun sampai. hampir maghrib gitu, kami semua balik. takde sapa jaga mak kat ward. mak yg mintak gitu. lagi senang kata nye. kalo ada apa2, mak just panggil nurse aje nanti. so, mlm tu abah tido kat umah aku. lepas solat maghrib, aku dan ABANG pegi klinik sbb aku nak amik ubat demam, batuk dan selsema. aku masih takde selera mkn. just mkn roti dan minum susu panas aje.

06/05/2007, Ahad
sarapan pagi ni ABANG p beli roti canai, mihun grg. then ABANG buat air teh o. aku just mkn roti dgn susu panas lagi. dlm kol 10 gitu kami p smc lagi.jenguk mak. baya sekeluarga, dgn dikyah pun ada. sebelum zuhor gitu, mak dah bleh kuar. so, aku&ABANG terus drive bawak mak dgn abah balik kg. singgah pekan sekinchan beli lauk dan nasi utk lunch. sampai kat kg dlm kol 3pm. adik aku,misa pun sampai dari melaka. dia amik coti sampai selasa. so, bleh la misa temankan mak dgn abah kat umah sampai selasa pagi. lepas asar, dlm kol 6 gitu, aku,ABANG dan Iman bertolak balik ke shah alam. aku masih demam. tak larat nak buat apa2. tak lalu nak mkn sgt pun. just byk minum air. aku dan ABANG risau aku pulak akan kena denggi. tu yg ABANG pun suruh aku minum byk2 air. **woh, hari ni b'day Baya....**

07/05/2007, Isnin
siap2 nak p keje. aku masih tak larat lagi sebenarnye. waktu nak kuarkan keta dari depan umah, kaki aku krem lak. kaki kiri. sakit sgt. terus ABANG kata, dia akan hantar aku ke opis hari tu. so, aku takyah drive sendiri. kat opis byk sgt keje kena settle. tapi aku buat keje slow yg amat sbb mmg betul2 tak larat. ptg, tunggu ABANG jemput utk balik umah.

08/05/2007, Selasa
aku masih demam. batuk makin menjadi jadi. tapi aku gagahkan jugak diri utk drive sendiri ke opis. Iman dah makin sihat, ceria.

10/05/2007,Khamis
demam dah baik. cuma, selera mkn masih takde. batuk masih on. selsema pun on lagi.

12/05/2007, Sabtu
hari ni ABANG kena keje. aku dan Iman berdua saja kat umah. lepak2..layan Iman main, mewarna, bacakan buku cerita, tengok tv dan tido... mlm, aku ajak ABANG p kuar kejap. tapau kfc, mkn kat umah. Iman suka dpt mainan baru dari chicky meal nye..

13/05/2007, Ahad
kemas2 umah. ABANG p jogging. pagi tu, aku tepon mak. sempena Hari Ibu!! dlm kol 10 pagi tu, kami p Giant. shopping utk brg dapur dan brg keperluan lain. utk lunch, kami beli bungkus bawak balik...laksa utk aku, mihun sup utk ABANG. Iman suka sgt m'hirup sup tu. mlm, masing2 sudah kekenyangan. just mkn roti bakar sorg sekeping, dgn quaker oat dituang susu segar sorang secawan, campur kismis. settle utk dinner. Iman before maghrib lagi, dia dah lena. maklum le, siang tu...langsung tak tido. asyik main aje. mlm ni, baru aku sempat tepon mak nye ABANG utk wish selamat hari ibu.

hari ni..14/05/2007, Isnin.
aku keje macam biasa. mak dan abah aku ke smc lagi. 2nd time punya rawatan dan cuci rahim. moga mak cepat sihat, dan selamat semua nye. Baya sekeluarga dan dikyah ada temankan mak dan abah kat sana. aku doakan dari jauh. mlm ni, aku harap aku bleh p jenguk mak kat ward. sepjg minggu ni, bos aku, Mr TM tak masuk opis. dia balik japan. aduh, kepala aku pening lagi ni...

Labels: , ,

6 Comments:

At Mon May 14, 04:54:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Iro-iro atta ne Umechan..Karada odaijini...

 
At Mon May 14, 05:23:00 PM, Blogger umeboshi said...

arigatou Ujen. harap2, semua nye ok2 aje. insya-ALLAH.

 
At Sat May 19, 08:07:00 PM, Blogger KakNi said...

Ume, panjangnyer cerita ume kali ni. Harap2 mak ume sembuh dengan cepat. Lepas ni tak boleh buat kerja berat langsung tu...

 
At Sun May 20, 03:33:00 PM, Anonymous Anonymous said...

pergh post secara pukal ke?..anyway..di doakan semuga bonda cepat sembuh...

 
At Sun May 20, 03:43:00 PM, Anonymous Anonymous said...

HE harap bondanya akan segera sembuh

 
At Mon May 21, 01:48:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.ahni dan HE, terima kasih atas doa kalian. mak Ume sekarang mmg dok rehat2 aje kat rumah. kerja rumah, abah dan sedara mara yg duduk dekat2 umah tu yg tolong bereskan. hehee..entry kali ni mmg pjg!!

 

Post a Comment

<< Home