Monday, April 23, 2007

Micturating Cysto-Urethrogram

ni pun citer last week punya. 18/04/2007 (Rabu), aku dan ABANG amik coti sbb ada appointment nak bawak Iman buat MCU kat Sunway Medical Center, dan lepas tu follow up check up lagi kat DEMC. ala, hari tu kan didapati Iman ada kencing kotor, dan kemudian buah pinggang nye belah kiri membengkak sikit. so, sbb takut ada reflex kat saluran air kencing nye, tu yg kena buat MCU test ni. tapi, disebabkan DEMC takde kemudahan utk buat MCU, doctor tulis surat utk kami p buat MCU kat Sunway MC.

Pagi tu pun, Iman mmg nampak betul2 tak sihat. sejak ptg Selasa Iman dah demam. mlm Selasa tu aku bawak Iman p klinik. dpt ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik. Pagi 18hb tu, Iman still demam. Tapi kami pegi jugak la ke Sunway MC.
MCU test janji nye pukul 10.30am. so, sebelum tu kena kasi Iman mkn ubat tido. sampai awal kat Sunway MC, lepas registration, terus aje kami kasi Iman mkn ubat tido yg dibekalkan oleh DEMC. tak lama lepas tu, terus Iman lena kat atas riba ABANG. hampir kol 10.30am gitu, nurse dah mintak kami letak Iman dlm bilik x-ray. sejuk betul bilik tu. bila ABANG nak letak Iman kat atas 'bed' kat situ, Iman terjaga. menangis nangis tanak diletak.dia nak dukong dgn ABANG aje. then ABANG dok tepuk2 Iman sampai lena lagi. atlast, mmg Iman benar2 lena dan dia tak sedar pun bila ABANG baringkan Iman kat 'bed' tu. Aku dan ABANG tunggu kat luar. tak lama tu, kami dengar la suara Iman nangis2. jerit2 kat dlm tu. sure mengamuk habis dia kat dlm tu. dah la takde mama dan abah nye. kemudian dikelilingi oleh org2 yg tak dikenali. menakutkan je kot. sayu je dgr tangisan Iman tu.

MCU ni, basically yg aku paham melalui penerangan doctor, adalah 1 cara x-ray. yg mana, sejenis ubat yg dipanggil 'contrast' akan disalurkan masuk melalui salur kencing. kat screen x-ray, kita bleh nampak sama ada saluran kencing tu ok ke, atau ada reflex ke. alhamdulillah Iman ok. saluran kencing nye normal.

dlm kol 11 gitu, Iman dah bleh keluar dari x-ray room. kat situ, abih dlm rm560 utk payment. lepas tu, terus kami p DEMC utk jumpa doctor Fadzilah. check up cam biasa. then after 2 months nanti, kena p jumpa lagi. buat urine-test dgn ultra sound lagi. ish ish. memacam la. sampaikan aku dan ABANG rasa, macam diorg ni saja je dok soh kami ulang alik ke sana. saja nak 'tarik' duit kitorg gitu2 aje. emmm...ntah la ek. yg penting, kami inginkan Iman sihat sentiasa.

sejak bangun pagi, Iman dah request nak mkn Mc Donald, nak mkn KFC. so, on d'way balik dari DEMC tu, kami singgah Mc Donald. beli Happy Meal yg ada seketul ayam, ada potato fries dan sebijik mainan (Ninja Turtle). suka lah Iman dpt Ninja Turtle. bersemangat dia mkn ayam tu. aku dgn ABANG sebenarnye tak suka biasakan Iman mkn fast food selalu. tapi, sbb beberapa hari ni Iman takde selera nak mkn apa pun, even kat school pun mmg Iman takmo mkn kata diorg, tu yg takpe la hari tu. kami belikan je la ayam Mc Donald tu. isi perut Iman.

The next day...alhamdulillah Iman ok. demam pun dah kebah. sampai ke hari ni, tinggal selsema dan batuk2 nye je la.

Labels:

4 Comments:

At Tue Apr 24, 12:56:00 PM, Blogger ~ahni~ said...

Alahai kesian dan sayau baca pasal Iman ni... Anak2 kalau sakit macam tu lah... kesian deme kecik lagi, tak paham apa2... saya faham perasaan Umme. Anak saya pun pernah operation masa umur 13 bulan dulu...

 
At Tue Apr 24, 04:21:00 PM, Blogger umeboshi said...

K.Ahni...tu la kan.kalo anak2 sakit, kita pun jadik risau bukan main lagi,kan? anak K.ahni dulu operation sbb apa? boy?girl? Iman pun masa umur 3bln pernah operation...

 
At Thu Apr 26, 08:30:00 PM, Blogger ~ahni~ said...

Yang boy tu la, ada macam benjol kat bawah perut dia...

Kita sendiri yang dah besar ni kalau dengar kata nak operate, punyalah takut...

 
At Fri Apr 27, 10:31:00 AM, Blogger umeboshi said...

woh,ye ke.kesian kan..kecik2 dah kena operate. Ume pun takut la kalo kena operate. hari tu pun kena buat D&C sbb missed abortion last year, punya la gementar.. ehehe..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home