Monday, April 23, 2007

Anniversary

14/04/2007, Sabtu
Anniversary sempena pernikahan mak & abah aku yg ke 31 thn. alhamdulillah, selamat dan berbahagia hingga kini dgn 6 puteri dan seorg putera, serta 3 org cucu buat masa ini. cuma lately, mak dan abah agak kurang sihat. abah pun hari Khamis baru2 ni dikesan kena kencing manis. kitorg terkejut la. apa taknye, abah bukannye mkn/minum benda2 manis sgt pun. rerupa nye, seminggu lalu..masa tukang kayu dok repair rumah abah&mak tu, belen air manis yg mak buat utk pakcik tukang tu, yg disimpan dlm peti sejuk, hari2 abah dok teguk air sedap tu. pagi ptg siang mlm. mungkin gara2 itu kot. mak pulak, sekang ni dok jaga pemakanan dan kesihatan juga sbb tiap2 bulan mmg kena p jumpa doctor utk monitor tekanan darah tinggi nye tu. diharapkan moga mak dan abah sentiasa sihat, sentiasa selamat, sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berbahgia hendaknye.

Pagi2 hari anniversary tu, aku ingat nak tepon abah&mak. tapi dok sibuk apa ntah pagi tu, teralit terus. tetiba abah lak yg call henset aku. ahahha.. tak patut sungguh aku ni kan. sure lah semua adik2 aku dah tepon diorg utk wish happy anniversary. dan aku je lagi belum wish depa. mungkin, tu yg abah tepon aku. abah mmg camtu. mungkin dia lebih kpd risaukan aku.kot2 le ada apa2 terjadi. sbb slalu nye aku mesti awal2 pagi sudah msg atau tepon diorg.

19/04/2007, Khamis
woh, genap sethn aku memulakan blog ni. terima kasih kpd yg sudi menjengah, membaca, tinggal jejak komen kat sini. salam ukhuwah , salam mesra dan salam sayang buat semua.

20/04/2007, Jumaat
ni pun istimewa juga. pada tarikh keramat ini juga la, status diri aku telah upgrade, hanya dari sebagai seorg anak kpd mak abah, seorg kakak sulong kpd adik2 aku, seorg hamba ALLAH kpd Yang Maha Berkuasa ke atas setiap makhlukNya, pada 20 april , 4 thn lalu, sah lah aku sebagai seorg isteri kpd seorg lelaki yg sangat2 aku kasihi, sayangi, cintai dan sanjungi. HAPPY ANNIVERSARY ABANG. moga ikatan ini kekal selama nye dunia dan akhirat. terharu sgt dgn ingatan ABANG beserta hadiah tu. hanya semlm ptg baru kami sempat pegi beli kek (chocolate cheese cake), dan mkn kek tu sama2 kat rumah. Iman yg excited sgt.tak sabar2 dia nak mkn kek tu, dan ulang2 kali dia nyanyi lagu happy b'day. kekeke... dia ingat nak sambut b'day dia lagi la tu...

Labels: ,

2 Comments:

At Tue Apr 24, 12:52:00 PM, Blogger KakNi said...

Wow, bulan april ni banyak story lah pada Umme ye...

Happy Anniversary Umme and Parent!

 
At Tue Apr 24, 04:24:00 PM, Blogger umeboshi said...

ye K.ahni. bulan april ni memacam cerita ada. Terima kasih byk2. ehehe

 

Post a Comment

<< Home