Thursday, April 26, 2007

Durian, Kicap...

semlm ptg lepas amik Iman kat school, aku bawak Iman p pasar mlm. dah lama kami tak jejak kaki ke pasar mlm. masa tu baru je lepas hujan. so, tanah masih basah dan lecah sana sini kat pasar tu. Iman macam biasa le. dia penggeli betul kalo ada kotor2 ke, basah2 gitu. Iman sibuk2 mintak dukong. mungkin geli nak berpijak kat tanah yg basah2 tu. memula, aku diamkan aje le. sibukla Iman merengek , "nak abah, nak abah". maklumle, kalo dgn ABANG, mesti Iman dpt dukong nyer. alahai, cian la pulak. aku pun dukong le dia. asal nye nak cari nasi ayam. tapi, aku dah jenuh cari2 dan malas dah nak berjalan sbb letih dah masa tu, maka nye...sambar je le apa yg aku jumpa dulu. atlast, aku beli le lemang 2 ketul dgn rendang daging. kemudian roti john. nak patah balik keluar dari pasar, aku turunkan Iman. soh dia jln sendiri sbb aku mmg dah tak larat nak dukong dia. cian Iman... lalu kat tempat org jual durian. Iman sibuk2 kata "nak beli duiyan,mama..". aku pun beli gakla...rm10/4 peket. pelik gak aku. slalu nye Iman bukan nak mkn durian pun. takpe le. mungkin dia teringin nak mkn kot kali ni. ehhehe... aku pun teringin gak nak mkn sebenarnye... nak balik tu, Iman kata nak terkencing la pulak. aduih. kelam kabut aku. takut Iman 'terlepas' jek. aku dok soh Iman sabo dulu. tahan dulu. then Iman kata, ok. bleh tahan lagi.

sampai2 umah, lepas Iman p kencing, Iman mintak nak mkn durian. hamboi?! aku pun buka le sepeket. lepas Iman masuk je sesuap isi durian dlm mulut dan kunyah2, dan telan2...dia termuntah la pulak. "mama, tak syedap la duiyan. Iman tanak dah duiyan ye mama. nak roti pjg, nak nasi la pulak." woh, cian Iman. mmg tak bleh suka durian la kot dia.

aku pun sebenarnye...tak suka pun durian. tapi tempoyak amatlah suka!! adik2 aku pun yg hantu durian cuma 2 org jek. dikyah dgn ida. yg lelain mmg tak berapa suka. tapi yg lelain ni tempoyak mmg gila2 suka macam aku.ehehhee.. dikyah dgn ida lak tak suka tempoyak. depa kata, baikla mkn durian yg segar dan elok daripada mkn durian yg dah busuk jadi tempoyak tu. ehheheheh.... cuma, adik aku Diba...mmg tak bleh suka dgn durian dan tempoyak.busuk kata nye! aku tak suka durian, tak le sampai tak bleh cium bau, atau pun langsung takleh jamah. bleh juga jamah, tapi sekadar 1 ulas gitu. oklah. tapi, sejak aku pregnant kali ni, hamboi mak! bleh abiskan beberapa ulas durian tu sekali mkn. jadi suka ,dan asyik nak mkn durian je kalo ada lalu kat tpt org jual durian tu. mengengada ke ek? mungkin baby dlm peyut ni, akan jadi peneman abah dia esok2 mkn durian kot. sbb ABANG mmg suka durian. ish ish...mengengada lak aku ni. bagi alasan baby. mentang2 pregnant. kekekkee..

++++
sejak kecik, aku mmg suka mkn kicap. sampai dah kawin dan ada anak pun takleh tinggal kicap tu. dulu2 masa dok sekolah asrama, siap bawak bekal ke asrama tu sebotol kicap buat stok. aku suka kicap JALEN yg kaler merah tu. ada rasa lemak manis gituk. tapi, kat Shah Alam ni, aku takde jumpa pun kicap JALEN kat memana. jadi nye, aku dok beli je la kicap cap KIPAS UDANG yg kaler merah gak. rasa lemak2 manis gak. mak abah aku slalu kata, dah tua2 pun masih takleh tinggal kicap. asal mkn nasi je, cari kicap. mkn mee grg ke, mkn pulut ke, mkn nasi lemak ke, kicap jugak! kekadang mkn buah2 macam tembikai, limau pun aku dok cicah kicap. sedapp!! ye lah kan, sejak kecik kalo mkn nasi tu, mak dok tuang kicap utk jadi kuah, dan gaul2 dgn ikan goreng tu dgn nasi. tu yg jadi giler kicap tu. tapi, adik2 aku takla macam aku, jadik peminat setia kicap. cuma Ida jek mmg hantu kicap jugak macam aku.

tapi, hari tu aku cuba utk kurangkan mkn kicap. utk kesihatan gituk. tapi...tapi..tapi...sekarang ni aku rasa macam takleh tinggal je la kicap tu. ABANG pun tegur, "katanye nak benti mkn kicap..." aiseh, rasa takleh le. mmg sedap je tau kalo ada kicap nih. sampaikan sekarang ni, Iman pun kalo mkn nasi...pandai request nak kicap! ABANG slalu ngomel, Iman jgn mkn kicap. tapi Iman nak kicap jugak. alahai...

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home