Wednesday, January 03, 2007

23/12/2006 My Best Friend's wedding



nanti aku update!


**UPDATE!!!! 12/02/2007

aduih.dah lama nak nulis pasal entry ini. tapi tak tertulis juga. ehhehee.. hari ni aku luangkan masa utk entry ini.


Wah...antara teman2 yg agak rapat dgn aku. macam2 hal yg kami kongsi bersama. suka duka hidup masing2 pun pernah dikongsi bersama. aku kenal Wah sejak masuk um..dok sekolej. dan kebetulan juga la kitorg dtg dari daerah sama. sabak bernam. tempat yg aman damai dan penuh dgn sawah padi tu!


Masa kat Japan, aku paling ingat bila kitorg pegi Tokyo Disneyland berdua . masa tu, Wah dpt tiket free la kalo tak silap. then, aku numpang kasih. ops...Wah yg ajak aku ok. hehhee.. amat2 berterima kasih kat Wah sbb sudi ajak aku. kalo idak, mungkin sampai bila2 aku tak akan masuk Tokyo Disneyland tu ek. dpt masuk free, kira untung la tu. dari pagi sampai mlm kitorg lepak kat sana. amik gambo bersama kat sana. then, salah 1 gambo kitorg kat Tokyo Disneyland tu, Wah hantar ke akhbar Utusan, sempena ucap salam Aidilfitri dari perantau.


Setiap kali kwn Jepun aku, Nao-chan dtg melawat Malaysia, Wah sentiasa ada bersama aku. Menghabiskan masa bersama melayan Nao-chan. Kadang2 kalo time Wah keje, dia sanggup amik coti semata-mata nak bersama aku melayan Nao-chan. Tolong drive ke sana ke sini. mmg betul2 membantu dan aku betul2 rasa terhutang budi. kalo takde Wah, camne lah aku nak mengangkut Nao-chan sekeluarga tu kan.


Masa majlis perkahwinan aku dgn ABANG, aku mmg nak Wah jadi pengapit aku. Dan kenduri kat belah kg ABANG pun, Wah sanggup dtg lagi utk memeriahkan majlis. (err.. ABANG pun sama daerah dgn aku, dgn Wah). Dan, sempena perkahwinan aku, Wah ada selitkan sebuah puisi pjg bersama dgn balutan hadiah nye, yg betul2 buat aku terharu bila membaca nye .


Terlalu byk kenangan kami bersama. Terlalu byk budi Wah pada aku. Terima kasih tak terhingga buat Wah. Aku harap, agar persahabatan kami ini kekal sampai bila2. Biarpun dah jadi nenek nanti. (kalo pjg umur).


Dan aku selalu mendoakan agar Wah cepat bertemu jodoh dgn seorg lelaki yg benar2 baik buat Wah dan keluarga. alhamdulillah... akhir nye Wah bersatu juga. Dgn Sam. Tanggal 22 Dec 2006, selamat diijab qabulkan dan Wah sah menjadi isteri kpd Sam. aku tak dpt hadiri majlis pernikahan Wah sbb hari kerja. Tapi, sehari kemudian, tanggal 23 Dec 2006, aku bersyukur sbb sempat juga pergi ke majlis kenduri nye. Aku berkenan dgn kaler baju pengantin Wah tu. lawa.


Wah...SELAMAT PENGANTIN BARU. Moga kekal bahagia dunia & akhirat. Moga sentiasa murah rezeqi dan hidup penuh berkat. Moga cepat lah dpt zuriat!! amin.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home