Saturday, December 02, 2006

Beraya 1



owh..entry kali ini adalah cerita yg dah berlalu hampir 2 minggu lepas. Belated lor..

Beberapa hari sebelum Syawal sampai ke penghujung nye, Astrid sekeluarga (caya lah! sedondon purple gituk..) dgn maid dia sempat dtg beraya ke rumah aku. Tu pun, kebetulan jugak Astrid nak deliver baulu 7 pack yg aku&ABANG order kat dia. Kwn2 opis ABANG le yg order ni.Mlm tu, aku just prepare Murtabak Maggi Cepat dimkn dgn Vege Sarada jek, bersama dgn kuih2 raya yg dah nak abis. hehehe..

(1)MURTABAK MAGGI CEPAT DI MAKAN (utk 4-5 org)
Bhn2:
3 bungkus maggi perisa kari
4 biji telur ayam
1 biji bwg besar-potong dadu
1 ulas bawang putih-ricih halus
1 batang sosej ayam/daging -dipotong halus
sedikit mayonis dan sos cili.

Cara2:
1.Mi Maggi direndam sekejap dlm air panas.Ditoskan bila dah lembut.
2.Telur dikocok-kocok. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, serbuk maggi perisa kari(2 peket jek),mayonis, sos cili, sosej dan maggi yg dah ditoskan tadi. kacau rata.
3.Gorengkan bahan2 tadi dgn sedikit minyak dan tudungkan dgn tudung kuali/periuk. Macam buat telur dadar tu!! Api slow saja.
Lepas beberapa minit, diterbalikkan pula telur tu dan biarkan sampai masak elok.
4.Taburkan daun bawang + bawang goreng + cili merah semasa m'hidang. Makan macam tu aje, atau dicicah dgn sos cili + mayonis.

(2)VEGE SARADA (salad sayur2 an)
Bhn2:
2 biji potato-dipotong dadu,direbus sampai empuk,ditos
1 btg carrot-dipotong dadu, direbus sampai empuk,ditos
2 biji tomato-dipotong 8
1/4 biji bawang besar-potong halus
1 biji telur rebus-dipotong dadu/lenyek2 kan
sedikit mayonis,koshou/black pepper

Cara2:
Campurkan semua bhn. Gaul rata dan dihidang.
*dua2 menu aku tak boh garam sbb mayonis dgn rencah maggi kari tu pun dah cukup masin aku rasa..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home