Wednesday, January 31, 2007

Bukit Bintang,KL

27/01/2007 sabtu
Aku dpt voucher penginapan percuma 2d/1n kat hotel2 terpilih kat Malaysia ni. Dah lama kitorg nak gunakan voucher ni tapi sekang ni baru ada chance nyer. Check in 27hb, check out 28hb. Kat mana tu? Kat nova hotel, bukit bintang KL jek. Aisey, bukannye tanak p jln jejauh, ke luar kl ni tapi masa, wang yg tak mengizinkan! Hehhe. So, aku dan abang decide utk p bercuti kat kl aje le. Lagi pun, kat area kl ni pun kitorg langsung tak reti sgt dgn jln2 nye. Saja je pilih area bukit bintang, rasa macam happening sket kat sana tu.

Pagi 27hb tu, abang p pertandingan futsal, anjuran drb hicom. Tgh hari aku dah siap2 masak gitu, abang pun balik ke rumah. Lepas lunch dan solat zuhor, kitorg bertolak ke bukit bintang. Jln nak ke sana pun kami tak tau nak ikut arah mana! Belasah je la. Pusing sana pusing sini...dgn jln yg jem la pulak kat kl tu. Tuju ke jln sultan ismail, kemudian jln bukit bintang, kemudian jln tong shin, kemudian jln alor dan sampai lah kami kat nova hotel. Kat situ mmg byk hotel ek..kat area bukit bintang tu le. Tapi, nova hotel ni...hotel kecik je. Tapi, tu pun ada 13 tingkat gakla. Lepas check in, lepak2 sat dan solat asar. Dlm kol 6 lebih kitorg kuar. Jln2. dari BB plaza, ke Low Yatt (org kata kat sini komputer murah2..), dan akhirnye ke Berjaya Time Square. Kat sini...kitorg lepak lama gak la. Pegi sampai ke indoor theme park yg ada kat situ. Selama ni aku dgr citer org je. Kali ni, aku sendiri dpt tengok taman permainan (indoor) yg terbesar kat malaysia ni. Iman dah excited betul. Dia nak naik semua2 tu. Aduih. Bersemangat!

Aku mmg takde niat pun pada awal nye utk masuk taman tema ni. tapi, sbb tengok Iman beria nak naik semua2 tu, nampak dia betul2 teruja...maka, aku dan ABANG pun masuk gak la ke situ. Lepas solat maghrib, kitorg pegi beli tiket utk masuk ke taman tema tu. Dewasa rm25/person, child rm15/person. Utk child ni..kalo tinggi melebihi 3 kaki gitu, mmg kena bayo tiket masuk. Iman dah sah2 kena bayo! Mula2 masuk, kami lepak kat tpt kanak2 je le. Penuhi impian Iman tu. Naik keta, crazy bus, ketapi, kuda berpusing pusing, lebah (yg lebah ni Iman kena naik sorang2. org dewasa tak bleh. Ingatkan iman takut sbb naik sorang2. mama dgn abah dia tak naik sekali. Tapi, dia tak macam tu. Bersemangat lari2 ke situ. Dah naik tu, siap babai2 kat aku dan abang. Kekkeke... seronok tengok Iman. Berani! Kemudian nak naik sampan yg berayun. Yg ni pun iman kena naik sorang2. Iman pun ok jek. Tapi, baru beberapa saat dia naik tu, muka nye nampak cuak. Mula menangis!! Kakkaa.. terus kitorg mintak stop. Bila stop, Iman pun benti nangis. Kakkaka.. lawak la iman. Lepas tu aku layan Iman main kat playground, abang lak p main game utk org2 dewasa. Aku tak berani nak naik benda2 camtu. Gemuruh abis. Naik crazy bus tadi pun dah berpeluh peluh, takut. Iman je yg cool! Tengok Iman macam dah puas main kat situ, aku ajak dia p naik lagi keta, ketapi. sampai 3,4 kali gakla ulang2 naik keta dgn ketapi tu. biar le Iman puas.

Kol 10pm, kitorg kuar dari Taman Tema tu. Perut pun dah lapar!! kitorg p beli Mc Donald je le. kebetulan la pulak utk Happy Meal ada mainan patung2 dan robot. Iman asyik dok tenung je robot yg dipamerkan tu. aku & ABANG pun belikan gakla Happy Meal. Seronok Iman dpt robot! Kemudian, kami pun menapak le balik ke hotel semula. Iman dah terlentok kepala nye kat bahu ABANG. (Iman didokong kat belakang ABANG/ org jepun kata 'ombu', Iman sebut "obu", org banjar kata 'ambin'). Sampai kat hotel, kitorg jamu selera. Iman pun mkn gak tapi tak abis. dia lebih kpd nak main robot nye je. Mlm tu, aku dah terlena dulu. Iman dgn ABANG dok layan drama kat tv, sambil layan robot Mc D tu.

Nova hotel ni...tak best sgt la. dia terletak kat area org2 cina. kedai2 mkn yg dekat2 situ semua cina punya. bilik kitorg nyer tv...semua channel gambo nye tak lawo. ada tu...bintik2, goyang2 je. lagi, air-cond pun leaking! lepas beberapa minit on, kang keluar le air menitik nitik dari air-cond tu. 2 kali kitorg inform kat front desk.tapi takde sapa pun dtg maintenance. lantak la. leaking pun leaking la. kitorg on aje air-cond tuh!

28hb pagi. breakfast kat hotel. menu nye mee grg, kue-teow grg, sosej rebus, telur dadar, baked bean, agar2 merah, roti keping bersama marjerin/jem, air jus oren, air kopi/teh panas. Lepas breakfast, mandikan Iman, kemas2 brg dan kol 9 setgh dah chow. nak kuar dari jln bukit bintang tu, baru kami tau location nye tu. rerupa nye jln bukit bintang tu, dekat aje dgn puduraya ek. kalo ikut jln pudu pun senang seh kalo nak ke bukit bintang tu.

Terus pegi opis ABANG. Jumaat hari tu, cermin dpn keta ABANG retak (mungkin kena batu) masa dia on d'way nak pi keje. ABANG ada keje sampai Wangsa Maju dan Glenmarie..so, ABANG tinggalkan je keta kat opis. mintak staff opis tolong bawak repair. ABANG abis keje kat glenmarie ptg jumaat tu, terus balik umah numpang kwn (fazli). So, pagi 28hb tu, kena amik keta ABANG kat opis la. Then, kami balik naik keta asing2. Aku dgn kancil, ABANG & Iman naik wira. 11 setgh am kami dah kat umah. lepak2 dan after zuhor, lunch kat luar. lepas tu shopping2 utk brg dapur kat pasaraya HERO.

so...abis la coti kitorg sabtu ahad tu. sampai sekang, kalo ingat balik muka Iman masa naik macam2 kenderaan mainan kat Taman Tema Berjaya Times Square tu, rasa bahagia sesgt. Iman mmg nampak betul2 happy. sampai sekang pun, dia asyik dok belek2 pampelet (betul ke eja nye ni) yg dapat masa beli tiket masuk Taman Tema tu. siap citer2 balik apa yg dia naik, apa yg dia buat,apa yg dia rasa. waaaah...mmg nampak syok betul Iman. Pastu, siap kata, "abah,abah...esok pegi lagi kan? nak naik lagi.." amboi amboi. dia ingat pegi sana free aje? kekkee. Tapi, rasa rugi la sbb aku terlupa nak bawak kamera. kamera tertinggal kat umah!

Labels: ,

Monday, January 22, 2007

Sabtu dan Ahad semlm, aku dok berperap aje kat umah.berdua dgn Iman. ABANG ada seminar kat PWTC. so..selama 2 hari suntuk aku dok layan Iman aje. Sabtu tu, Iman ok2 aje. layan TV, main macam2 permainan dia. kemudian kejap2 tu melukis la, mewarna la, buat origami la. Cuma, semlm..dia byk la pulak kerenahnye. macam2 hal. kejap2 tu, mau main sendiri, tengok TV sendiri. kejap2 tu merengek soh aku dok dekat dia, layan dia aje. aku pun, nak buat keje lain asyik lah tergendala. adui.

Iman pun sekang ni dah pandai order saja, apa2 yg dia nak mkn. semlm bgn pagi tu, terus aje dia mintak mkn nasi. "mama, nak mkn nasi. nak fish, nak carrot". ok, aku pun kasi la dia mkn. kebetulan lauk mlm sebelum tu ada balance lagi. aku dok panaskan aje le. Iman bukan nak mkn elok2 sampai abis. mkn sesuap dua, kang dia p sibuk cari mainan nye. dok angkut semua2 ke meja mkn. kemudian sambung mkn. kejap2 tu, sibuk mata melilau ke tv pulak. baru sambung mkn lagi. lama betul nak nunggu dia abis mkn. lepas mkn semlm tu, mengeluh la pulak Iman. " mama, penat lah. penat lah mkn nasi ni!" amboi amboi.... siap dia bersandar kat kerusi kecik dia tu, sambil kepala mendongak dan kedua-dua tgn nye kat dahi.

ptg semlm ingatkan nak buat kek green tea with chocolate. siap dah tanya hada, 360F sama dgn berapa degree celcius. (sbb kat resepi nye tuh, mention kena bakar dgn suhu 360F. oven aku tu cuma ada dlm degree celcius jek..). bhn2 pun dah susun2 kat dapur. tetiba Iman ngamuk2 lak sbb tak bleh nak pasangkan senapang kat patung Power Rangers dia. bila aku dtg nak tolong pasangkan, dia takmo. nak jugak pasang sendiri. tapi gitu lah. ngamuk2 sbb susah nak pasang. geram aku dibuatnye. habih masa gitu aje. atlast aku masukkan balik bhn2 nak buat kek tu ke dlm peti sejuk dan tempatnye semula. maleh la layan kek! lepas asar, terus aku ajak Iman kuar umah.

"mama, tanak naik car tau. tanak naik car mama. kita jln kaki aje." ish ish. aku baru nak ajak dia naik keta. nak pi petronas isi minyak dan buat transfer duit kat ATM situ. aku amik aje kunci keta, Iman beria kata "takyah naik keta la mama! jln kaki aje..." aku pun tak jadi nak setat enjin. kitorg jln kaki aje la. pegi ke taman permainan yg betul2 dekat dgn umah tu aje. layan Iman main kat situ. Iman mungkin takut dan waswas betul nak naik keta dgn aku berdua saja. ahahhaa.. dia tau yg mama dia ni tak mahir lagi kot? cuma, pegi dan balik school tu, no choice la tu.

Iman sekang ni, kekadang dok bahasakan diri dia 'kiter'. "mama, kiter nak main ultraman." lagi, "mama, kiter jadi ultraman, mama raksyase.."

Labels: ,

Friday, January 19, 2007

Agehan Japanese Rest

13/01/2007,saturday night.
Sejak kawin... tiap kali b'day ABANG, aku mesti nak belanja mkn dgn japanese menu. (err..sebenarnye, aku yg benar2 nak mkn! ekkeke...) thn ni, aku pilih utk dinner kat Agehan Japanese Rest, Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. bufet, RM60++ per person. ok la situ. macam2 yg kitorg order. Iman pun beria je mkn. dia paling suka miso syiru. lain2 yg Iman byk mkn, yaki-zakana, zaru soba, maccha ais krim. sesekali mkn mewah gitu, takpe kan? again, tanjyoubi omedetou ABANG!!

Labels:

Friday, January 12, 2007

Akhirnye..nak dinner?!

hai...takde keje ke aku ni hari ni? hehehe... seronok up-date blog. maklum le, aku ni susah lah nak log in masuk blogger. ntah apa masalahnye. dah masukkan username, dah masukkan password..then click sign in. pastu page tu kata "click here to continue". tapi bila click..langsung takde apa2. mendokusai gak .

tu citer lain. yg aku nak citer ni ialah pasal ms s yg ada kat opis aku ni. hari tu masa mr TM kata nak buat dinner, tanya dia (ms s)..ms s kata ok. no problem. tapi lepas tu, kat belakang mr TM, dia bising kata kat aku, tanak lah. better duit utk dinner tu, bahagi2 je kat staff lama. boleh tambah duit bonus. ish...apesal tak cakap terus terang kat mr TM? sibuk2 pulak dia pengaruhi staff2 lain.."korang nak dinner ke, nak duit?". macam lah confirm sgt, yg kitorg ni bleh dpt duit tu. nak ke mr TM kasi? bagi aku, better buat dinner. mkn reramai. bukan nye senang bleh kumpul semua reramai.mkn sambil borak2 gitu. sethn sekali, ni je lah peluang nye. dinner kat memana hotel yg akan aku arrange kan nanti. feeling nye lain kan? dinner, dgn duit!! bila ms s dah cakap "nak dinner ke,nak duit"..mula la bebudak lain terpengaruh. memasing nak duit.ish!! mata duitan betul. aku yg masa tu nak buat reservation pun terus cancel! kalo idak mlm ni nak pegi dinner tu.

ms s lak...sejak tu,diam aje. takde pun dia pegi cakap kat mr TM yg dia ada better opinion. give money, better than dinner!! hampeh. yg staff lain dok la menunggu nunggu. takde kepastian. at last tadi, ms s kata kat aku, "better la buat dinner. i rasa mr TM takkan nak kasi duit tu kat kita. mesti dia nak enjoy mkn2 dgn kita reramai." hah?!! tak malu ke? tak malu ke? tak malu ke...?!! hari tu, beriya kata, dgn penuh confident, dia nak cakap dgn mr TM. duit mesti bleh dpt punya sbb semua org nak duit. now apa jadi? tak berani nak cakap kat mr TM kan? semua nak harapkan aku tolong cakap? no way!! aku sokong better ada dinner.tu masa tu la. sekang aku dah malas sgt2. takde perasaan pun nak buat reservation. malas dah nak survey nak mkn kat mana! apa kata korang? tapi,sure mr TM dok tunggu2...bila dinner kitorg tu. ish ish. patut ke aku kabo hal sebenar nye kat mr TM..yg membuatkan aku jadik tawar hati nak arrange dinner ni.

aduih. dah la dia kena 'puasa' sampai thaipusm kot. so...hanya vegetarian food jek bleh mkn. 1 masalah lagi. emmmm...

pengajaran nye..jgn la sombong dan bercakap besar. apa org nak kasi tu, terima je la kan, seada nye. contohnye..kalo org nak kasi hadiah. then, patut ke kita cakap, " saya takmo la hadiah ni. bleh kasi duit tak instead of this present?!!!" tak rasa malu ke ek. ahahhaa.. sabo je lah cikpuan ume.

Labels:

Berdebar dan gabrah

Sejak rabu, 10/01/2007..aku drive pegi dan balik keje sensorang. sebelum tu..isnin dan selasa.. aku drive time pegi keje je. ABANG kat sebelah. lepas sampai opis aku, ABANG bawak keta tu ke tpt keje dia. dan aku balik keje...cam biasa, naik bas dan jln kaki ke rumah.

Rabu baru2 ni...punya lah gabrah dan berdebar-debar gitu. 1 hari tak hilang2 rasa nye rasa debaran, rasa degupan jantung aku yg laju, rasa tgn aku yg menggeletar. seram sejuk. berpeluh-peluh. teruk betul aku ni ek!! tapi, dlm pada boleh tak boleh tu...selamat gakla aku sampai opis, p amik iman kat school dan kembali balik umah. hehhee.. alhamdulillah. Ya ALLAH, berikan lah aku kekuatan, keyakinan sentiasa. amin! bak kata ABANG, jibun jishin wo motte, chanto dekiru no yo. insya-ALLAH.

Labels:

Nao-chan's homestay 4-6 Jan 2007

Dia..setiap thn bila tiba natsu yasumi dlm bulan 7-8 akan dtg malaysia. Visit Malaysia la gitu. selain tu, nak jumpa aku, dan nak bershopping. Sejak aku sotsugyou (grade) dari Yama-dai, dan balik bekerja kat malaysia ni, dah 4 thn berturut-turut dia dtg. Cuma last year dia tak dpt dtg,
dan dgn itu kali ini, kali yg ke-5 visit to Malaysia, dia dtg masa cuti oshogatsu (sambutan thn baru) kat nihon.

Setiap kali dia dtg, selalu nye dia dtg bersama 2 org adik pompuan nye. Tak pun, sekali dgn parents diorg. Natsu 2005, dia dtg sekeluarga, dgn 2 lagi pasangan suami-isteri, her father's friend. Masa yg dtg ramai2 ni, sempat la kami bawak diorg lunch mkn nasi dagang kat restoran Sheila Rusly. Dok ulang alik angkut diorg dgn 2 buah keta. keta ABANG. keta Wah. alhamdulillah ada Wah yg baik hati dan rajin. ehhee.. restoran sheila tu mmg sedap! kari nye pekat gitu. Tapi, tak lama kemudian..after 3,4 bulan lepas restoran dibuka dgn rasmi nye.. Sheila terpaksa tutup perniagaan kerana ada masalah dgn rakan kongsi nye. gituk! tu apa yg diberitakan kat newspaper la ek. Alhamdulillah aku sempat rasa mkn kat situ!

Kali ini, Nao-chan dtg sorang aje. so, better la dia duduk homestay kat umah aku selama 2 mlm. ABANG dan aku pun, tak expert nak jln area KL nun. hehhee.. 4hb lepas keje, kitorg bekejar p amik Nao-chan kat KLIA. Alhamdulillah, dgn perkembangan teknologi telekomunikasi masa kini, aku boleh hantar sms ke japan, dan Nao-chan di Japan pun boleh bersms ke henpon aku. bukan itu saja, henpon Naochan pun boleh digunakan masa dia ada kat Malaysia ni. Kitorang still bleh sms, bleh tepon sesama sendiri. Yokatta. Dlm kol 9pm gitu dah sampai area KLIA dan amik Nao-chan. Terus aje kitorang balik ke Alam Megah/Putra Heights. Singgah mkn kat medan selera sec.28 shah alam. aku mkn mee goreng basah, air limau kosong (tanpa gula) panas. ABANG mkn nasi putih dgn daging masak merah, air teh-o limau panas. Nao-chan mkn nasi goreng kg, dgn air oren jus. Balik ke rumah, masing2 dah mengantuk dan letih. Terus aje aku bawak Nao-chan ke bilik khas utk tetamu. Kemudian memasing tido.

Aku dah apply coti awal2. 5 dan 6hb aku amik coti, utk luangkan masa dgn Nao-chan.5hb. seawal 7 setgh pagi kami semua dah kuar umah. anto Iman ke school. kemudian ABANG anto aku dgn Nao-chan ke bus stand kat Alam Megah. jam 8 setgh gitu naik bus Triton dgn tambang rm2.50 ke KL. Turun kat Pasar Seni. Dlm bus tu, aku dok pikir2...mana nak bawak Nao-chan jln ni. Ye lah....asyik2 KLCC, asyik2 Pasar Seni, Ampang Park dan KL sentral. Dah tak tau nak bawak mana. Nak bawak ke Langkawi, JB ke, Kelantan ke..tak mampu aku wei. Nak kena ada duit lebey tuh. Tuptup...dtg idea nak bawak dia p Genting Highland (GH). lagipun aku seumur hidup tak pernah ke sana. org kata best. aku tepon ABANG, mintak izin nak ke GH. ABANG kata ok.So, terus aje kitorg turun bas tu, terus menuju ke puduraya. bas ke GH ada! tambang rm7 lebey gitu. tapi the next bus is pukul 11am. masa tu baru kol 9 lebey. terus aku tanya teksi. bleh jln terus. tambang rm15 jek per person. OK la tu. aku ingatkan mahal sgt nak ke sana. kitorg naik teksi. aku suka tengok pemandangan luar tingkap masa on d'way ke sana tu. sambil borak2 dgn apek driver teksi tu. Peramah gak apek ni. dlm teksi tu, ABANG tepon. rerupa nye dia dok risau kalo teksi tu tak naik atas GH. takut stop kat stesen keta cable jek. ABANG tau aku takut sgt dgn tpt tinggi, dan gayat sungguh naik cable car!! boleh nangis2 gitu. yokatta. teksi tu akan naik sampai atas. so, takyah la aku naik cable car. dlm kol 11 dah sampai GH. adui. mana nak tuju ni. aku tak tau. tanya Nao-chan. nak masuk indoor theme park ke..outdoor punya. dia kata indoor. so, kitorg p indoor site lah. jln2 kat area indoor theme park. byk gak gerai2 menarik kat situ. tanya Nao-chan lagi...nak amik tiket masuk indoor theme park ke idak? dia kata takyah. so...kitorg jln2 kat situ2 je lah. lunch kat situ, amik nasi + lauk ayam goreng+sayur..+air mineral. uiii..mahal giler!! rm15.50 tuh! pengsan ! taklah sedap sgt pun. emm...dah kenyang. terus aku ajak Nao-chan balik KL. amik bus kol 1.30 tgh hari. tambang rm5.60 tapi turun kat Pekeliling. Ok la tu. amacam GH? bagi aku...taklah best mana pun. sbb nye mungkin aku bukan jenis suka pegi tpt2 theme park gitu pun. aku yg gayat dan penakut nak naik permainan yg ada kat situ..tak berbaloi rasa nye pegi GH. ekekkee.. anyway, ok la tu. aku boleh la cakap yg aku seumur hidup dah pernah sampai ke GH. kan?!

Turun dari GH, bas tu..ganas giler. driver nye bawak laju gitu. kan jln berbukit-bukit. turun bukit...dan selekoh tajam2 lak tu. selamba je dia bawak laju. aku kecut perut!! ish ish. tu pun aku sempat lelapkan mata.ehhehe.. kol 2.30 ptg turun kat pekeliling..kitorang amik Star train. pegi stesen apa ntah nama nye.. dekat dgn puduraya. Tiket rm1.20.Kemudian jln kaki ke Pasar seni. Aku solat kat surau situ. Nao-chan mmg suka pegi Pasar Seni sbb byk ole-ole bleh beli kat sana. Dia suka beli brooch kat 1 kedai yg kat ground floor ni. style macam kedai accessory Sinma. byk brooch yg dia borong. Abih ronda semua kat pasar seni..kitorg amik bus Triton kol 5.20pm. KL-Alam Megah. Sampai Alam Megah, amik teksi utk masuk ke Putra Heights. aku paling tak suka teksi kat alam megah tu. driver nye sombong ma. selalu masuk putra heights, rm5 jek. tapi hari tu, kena rm7. ish ish. nak tanak..kena gakla bayo. amik Iman kat school sekali. penat gak kaki aku dok byk jln sana sini 1 hari tu. Sbb husband keje mlm, Wah setuju nak dtg join kitorg p mkn ikan bakar kat Tg Harapan, Port Klang mlm tu. After Maghrib...kitorg p ke sana. Ikan siakap buat steam, ikan kembung dgn cencaru dibakar cicah air asam, udang masak sos, sotong digoreng tepung. enough! Nao-chan, kalo kat Malaysia ni...dia mesti order minuman jus buah-buahan. macam jus tembikai, jus oren, jus mango, jus belimbing. emmm..onakai ippai (kenyang!!). alhamdulillah. Iman dok seronok tengok lampu2 kapal/bot yg ada kat situ.

Mlm tu..balik umah, Nao-chan kuarkan macam2 omiyage (ole2) yg dia bawak dari Nihon. Selalu mmg macam tu. Dia akan bawak baaaanyak dan pelbagai omiyage utk aku, utk ABANG, utk Iman... dan utk Wah. Ada nori, wuron-cha, umeboshi, mochi, zenzai, buku komik (initial D siri 20-29) utk ABANG, omocha utk Iman dan lain2. Sebelum ni, sebelum masuk thn baru hari tu, aku baru je terima bungkusan dari dia yg dihantar dari nihon. tu pun macam2 yg dia hantar. aduih... baik hati sungguh Nao-chan & family. Serba salah aku jadi nye. walaupun rasa happy dgn semua2 tu.

6hb. Pagi ni aku masak utk sarapan. goreng pisang, mihun goreng, air nescafe. then kami pegi perodua. jengjengjeng...aku dah beli keta. ala...keta comey jek. kancil. kaler biru gelap. utk aku yg cepat gabrah ni, so aku pilih keta auto le. hari ni, aku p amik keta kat perodua. Iman nangis2 tanak naik keta kancil ni. dia ingat, keta wira ABANG tu kena tinggal gitu jek kat situ. dia ingat kancil tu bukan keta kitorg. beria sungguh dia nangis! kakkaa..then, nak balik umah, Iman dgn Nao-chan naik keta ABANG, aku follow dgn kancil kat belakang. Iman tak habis2 berdiri kat seat belakang keta ABANG tu, sambil tenung aku dari situ. pelik agaknye tengok aku drive. ahahhaa... Iman Iman..Lepas park kancil kat umah. kitorg p Carrefour Subang. Nao-chan kalo dtg Malaysia, mesti nak shopping kat carrefour. dia paling suka Wangsa Maju punya carrefour. sbb luas, dan byk choice kata nye. entah la. aku rasa semua sama jek. aku pun, ni lah 1st time gi carrefour subang. Nao-chan selalu nye akan borong pelbagai jenis keropok mentah (mestilah yg belum digoreng), puding mango, perasa minuman -mango, pelbagai perisa mee maggi dan serbuk kari Adabi. dulu, masa aku study kat nihon, aku pernah homestay umah Nao-chan. masa tu, diorg request aku masakkan malaysian curry. siap dok order ayam halal utk aku masak. sejak tu, depa kat umah tu kalo masak kari, mmg guna rencah kari adabi jek.

On d'way balik dari carrefour..dah pukul 4 setgh jugakla, p amik Misa (my sister..) kat bus stand kat alam megah tu. dia dari kg. esoknye aku & ABANG nak kena hantar misa ke melaka sbb dia kena buat praktikal kat Riviera Beach Resort, Melaka nun. tu sbb dia mai umah aku.so, esok senang. bertolak terus je dari umah aku.

Kat umah..Nao-chan dok packing brg nye. dlm kol 5 gitu Peah (adik ABANG) dtg umah aku dgn kwn nye. nak amik, pinjam komputer aku. sambil tu, aku hidangkan apa2 yg patut. misa dah tergolek tido kat bilik. kepenatan la tu, dari pagi naik bas dari kg. dlm kol 6.45pm, kitorg bertolak ke KLIA. Flight nao-chan dlm kol 9.45pm. Lepas check in kan nao-chan, aku & ABANG p solat. kemudian dok lepak borak2 dgn nao-chan. around 9pm gitu nao-chan p masuk balai berlepas. bye-bye nao-chan. mata kite ne, malaysia ni. iro iro arigatou!!

emm.. next year dtg lagi ke dia ke malaysia ni? hehee..

++++++
7hb jan lak, bgn pagi2 tu, aku dgn misa dok sibuk masak2 nasi, lauk daging rendang (misa bawak dari kg. mak aku yg masak..), tumis sayur, buat sambal belacan. utk bekalan ke melaka. bertolak kuar dari umah pun, dah pukul 11 kot. dlm kol 1 lebey, sampai umah sewa misa&kwn2. 2 org kwn misa pun, dah ada kat sana. depa sampai sejak semlm. besar gak umah sewa diorg. tuan umah nye dok area situ gak. umah sewa tu siap dgn furniture. diorg tinggal bawak diri, berus gigi, pakaian je pun dah ok. syoknye... sewa rm300 sebulan. lepak kejap. sempat gak diorg buatkan air teh-o dgn hidangan kepek ubi pedas. lepas tu, aku, ABANG dan Iman pegi lepak kat pantai kelebang. picnic gitu sambil jamu selera dgn bekalan yg kitorg bawak dari umah. syoknye. dgn hembusan angin pantai gitu. dok bawah pokok, alas dgn surat kabo. lepas mkn...rehat2 kejap..terus kami balik. solat kat R&R seremban. wuiyo...dah bertukar baru la R&R seremban tu. selesa betul. surau nye pun jadik luas. puas hati! kitorg sampai umah dlm kol 5pm. terus aje ABANG ajak aku ronda2 dgn kancil kasi aku berlatih memandu le. dari umah ke school iman, kemudian ke opis aku. belajar camne nak parking kat depan opsi tu. then, patah balik ke school iman, dan balik umah. emmmm...boleh ke aku bawak keta sorang2..?!!!

Labels:

Tuesday, January 09, 2007

Tanjyoubi Omedetou!


Dear My Love; ABANG.

Tanjyoubi Omedetou ne.
Itsumo itsumo happy de,
shiawase ni narou ne.
Zutto yoi koto arimasu you ni!
HAPPY BIRTHDAY.
**Gambo-->ABANG kira2 17thn lalu..heheh.
sou kawaiiiii....


Labels:

Wednesday, January 03, 2007

Cita-cita si kecik Iman

Gambo ni, Iman diapit oleh 2 dara beradik. sepupu2 Iman (Min dgn Lia). Anak2 abg Jali(satu2 nye abg kandung ABANG) &Kak Akish.

Malam tadi sambil siap2 utk dinner, sempat jugak aku dan ABANG tengok berita kat TV3 tu. pasal anak2 kat negeri Kelantan,Terengganu sana dah mula sesi persekolahan baru. ABANG sempat cakap kat Iman, "nanti Iman dah besar, pegi sekolah macam abang2 dan kakak2 tu ek. Rajin2 pegi sekolah ek..". pastu aku dengar gakla Iman jawab "unnnn". (tanda jawapan nye kata OK).


Masa ngadap dinner.
ABANG: Iman besar nanti nak jadi apa?
Iman: (sengih2 je..)
ABANG: Iman besar nanti nak jadi apa?
Aku: jadi pilot kan..
ABANG: doktor ek..
Iman: bukan..bukan! jadi ultraman lah!
Aku & ABANG: hah?! (ketawa besar..)
Iman: jadi ultraman taro lah..

ish ish..anak mama ni. Dia selalu cakap nak jadi ultraman.


+++


Happy New year dan belated Selamat Hari Raya Qurban kpd semua! Semoga di thn baru ini semua nye yg baik2 saja utk kita semua.

Hari raya qurban kali ini, aku sambut di kampung ABANG. Bangun awal2 pagi, sbb nak join ABANG pegi solat raya kat masjid. Iman pun ikut sekali. Iman duduk dgn aku kat tempat solat bahagian perempuan. Baik2 aje Iman. duduk diam. Mula2 tu dia ikut jugak tunggang tunggek macam org ruku', sujud tuh. Pastu dia abis solat dulu dari pak imam. siap baca doa sensorang! Kekkeke.. masa khutbah raya, Iman dok mkn gula2 tak berhenti. bawak bekal dari umah. habis 5 biji gula2 time tu. bila dah abih gula2, sambung pulak dgn sebotol susu dutch lady perisa coklat nye!!

Labels:

23/12/2006 My Best Friend's wedding



nanti aku update!


**UPDATE!!!! 12/02/2007

aduih.dah lama nak nulis pasal entry ini. tapi tak tertulis juga. ehhehee.. hari ni aku luangkan masa utk entry ini.


Wah...antara teman2 yg agak rapat dgn aku. macam2 hal yg kami kongsi bersama. suka duka hidup masing2 pun pernah dikongsi bersama. aku kenal Wah sejak masuk um..dok sekolej. dan kebetulan juga la kitorg dtg dari daerah sama. sabak bernam. tempat yg aman damai dan penuh dgn sawah padi tu!


Masa kat Japan, aku paling ingat bila kitorg pegi Tokyo Disneyland berdua . masa tu, Wah dpt tiket free la kalo tak silap. then, aku numpang kasih. ops...Wah yg ajak aku ok. hehhee.. amat2 berterima kasih kat Wah sbb sudi ajak aku. kalo idak, mungkin sampai bila2 aku tak akan masuk Tokyo Disneyland tu ek. dpt masuk free, kira untung la tu. dari pagi sampai mlm kitorg lepak kat sana. amik gambo bersama kat sana. then, salah 1 gambo kitorg kat Tokyo Disneyland tu, Wah hantar ke akhbar Utusan, sempena ucap salam Aidilfitri dari perantau.


Setiap kali kwn Jepun aku, Nao-chan dtg melawat Malaysia, Wah sentiasa ada bersama aku. Menghabiskan masa bersama melayan Nao-chan. Kadang2 kalo time Wah keje, dia sanggup amik coti semata-mata nak bersama aku melayan Nao-chan. Tolong drive ke sana ke sini. mmg betul2 membantu dan aku betul2 rasa terhutang budi. kalo takde Wah, camne lah aku nak mengangkut Nao-chan sekeluarga tu kan.


Masa majlis perkahwinan aku dgn ABANG, aku mmg nak Wah jadi pengapit aku. Dan kenduri kat belah kg ABANG pun, Wah sanggup dtg lagi utk memeriahkan majlis. (err.. ABANG pun sama daerah dgn aku, dgn Wah). Dan, sempena perkahwinan aku, Wah ada selitkan sebuah puisi pjg bersama dgn balutan hadiah nye, yg betul2 buat aku terharu bila membaca nye .


Terlalu byk kenangan kami bersama. Terlalu byk budi Wah pada aku. Terima kasih tak terhingga buat Wah. Aku harap, agar persahabatan kami ini kekal sampai bila2. Biarpun dah jadi nenek nanti. (kalo pjg umur).


Dan aku selalu mendoakan agar Wah cepat bertemu jodoh dgn seorg lelaki yg benar2 baik buat Wah dan keluarga. alhamdulillah... akhir nye Wah bersatu juga. Dgn Sam. Tanggal 22 Dec 2006, selamat diijab qabulkan dan Wah sah menjadi isteri kpd Sam. aku tak dpt hadiri majlis pernikahan Wah sbb hari kerja. Tapi, sehari kemudian, tanggal 23 Dec 2006, aku bersyukur sbb sempat juga pergi ke majlis kenduri nye. Aku berkenan dgn kaler baju pengantin Wah tu. lawa.


Wah...SELAMAT PENGANTIN BARU. Moga kekal bahagia dunia & akhirat. Moga sentiasa murah rezeqi dan hidup penuh berkat. Moga cepat lah dpt zuriat!! amin.


Labels: