Friday, January 12, 2007

Nao-chan's homestay 4-6 Jan 2007

Dia..setiap thn bila tiba natsu yasumi dlm bulan 7-8 akan dtg malaysia. Visit Malaysia la gitu. selain tu, nak jumpa aku, dan nak bershopping. Sejak aku sotsugyou (grade) dari Yama-dai, dan balik bekerja kat malaysia ni, dah 4 thn berturut-turut dia dtg. Cuma last year dia tak dpt dtg,
dan dgn itu kali ini, kali yg ke-5 visit to Malaysia, dia dtg masa cuti oshogatsu (sambutan thn baru) kat nihon.

Setiap kali dia dtg, selalu nye dia dtg bersama 2 org adik pompuan nye. Tak pun, sekali dgn parents diorg. Natsu 2005, dia dtg sekeluarga, dgn 2 lagi pasangan suami-isteri, her father's friend. Masa yg dtg ramai2 ni, sempat la kami bawak diorg lunch mkn nasi dagang kat restoran Sheila Rusly. Dok ulang alik angkut diorg dgn 2 buah keta. keta ABANG. keta Wah. alhamdulillah ada Wah yg baik hati dan rajin. ehhee.. restoran sheila tu mmg sedap! kari nye pekat gitu. Tapi, tak lama kemudian..after 3,4 bulan lepas restoran dibuka dgn rasmi nye.. Sheila terpaksa tutup perniagaan kerana ada masalah dgn rakan kongsi nye. gituk! tu apa yg diberitakan kat newspaper la ek. Alhamdulillah aku sempat rasa mkn kat situ!

Kali ini, Nao-chan dtg sorang aje. so, better la dia duduk homestay kat umah aku selama 2 mlm. ABANG dan aku pun, tak expert nak jln area KL nun. hehhee.. 4hb lepas keje, kitorg bekejar p amik Nao-chan kat KLIA. Alhamdulillah, dgn perkembangan teknologi telekomunikasi masa kini, aku boleh hantar sms ke japan, dan Nao-chan di Japan pun boleh bersms ke henpon aku. bukan itu saja, henpon Naochan pun boleh digunakan masa dia ada kat Malaysia ni. Kitorang still bleh sms, bleh tepon sesama sendiri. Yokatta. Dlm kol 9pm gitu dah sampai area KLIA dan amik Nao-chan. Terus aje kitorang balik ke Alam Megah/Putra Heights. Singgah mkn kat medan selera sec.28 shah alam. aku mkn mee goreng basah, air limau kosong (tanpa gula) panas. ABANG mkn nasi putih dgn daging masak merah, air teh-o limau panas. Nao-chan mkn nasi goreng kg, dgn air oren jus. Balik ke rumah, masing2 dah mengantuk dan letih. Terus aje aku bawak Nao-chan ke bilik khas utk tetamu. Kemudian memasing tido.

Aku dah apply coti awal2. 5 dan 6hb aku amik coti, utk luangkan masa dgn Nao-chan.5hb. seawal 7 setgh pagi kami semua dah kuar umah. anto Iman ke school. kemudian ABANG anto aku dgn Nao-chan ke bus stand kat Alam Megah. jam 8 setgh gitu naik bus Triton dgn tambang rm2.50 ke KL. Turun kat Pasar Seni. Dlm bus tu, aku dok pikir2...mana nak bawak Nao-chan jln ni. Ye lah....asyik2 KLCC, asyik2 Pasar Seni, Ampang Park dan KL sentral. Dah tak tau nak bawak mana. Nak bawak ke Langkawi, JB ke, Kelantan ke..tak mampu aku wei. Nak kena ada duit lebey tuh. Tuptup...dtg idea nak bawak dia p Genting Highland (GH). lagipun aku seumur hidup tak pernah ke sana. org kata best. aku tepon ABANG, mintak izin nak ke GH. ABANG kata ok.So, terus aje kitorg turun bas tu, terus menuju ke puduraya. bas ke GH ada! tambang rm7 lebey gitu. tapi the next bus is pukul 11am. masa tu baru kol 9 lebey. terus aku tanya teksi. bleh jln terus. tambang rm15 jek per person. OK la tu. aku ingatkan mahal sgt nak ke sana. kitorg naik teksi. aku suka tengok pemandangan luar tingkap masa on d'way ke sana tu. sambil borak2 dgn apek driver teksi tu. Peramah gak apek ni. dlm teksi tu, ABANG tepon. rerupa nye dia dok risau kalo teksi tu tak naik atas GH. takut stop kat stesen keta cable jek. ABANG tau aku takut sgt dgn tpt tinggi, dan gayat sungguh naik cable car!! boleh nangis2 gitu. yokatta. teksi tu akan naik sampai atas. so, takyah la aku naik cable car. dlm kol 11 dah sampai GH. adui. mana nak tuju ni. aku tak tau. tanya Nao-chan. nak masuk indoor theme park ke..outdoor punya. dia kata indoor. so, kitorg p indoor site lah. jln2 kat area indoor theme park. byk gak gerai2 menarik kat situ. tanya Nao-chan lagi...nak amik tiket masuk indoor theme park ke idak? dia kata takyah. so...kitorg jln2 kat situ2 je lah. lunch kat situ, amik nasi + lauk ayam goreng+sayur..+air mineral. uiii..mahal giler!! rm15.50 tuh! pengsan ! taklah sedap sgt pun. emm...dah kenyang. terus aku ajak Nao-chan balik KL. amik bus kol 1.30 tgh hari. tambang rm5.60 tapi turun kat Pekeliling. Ok la tu. amacam GH? bagi aku...taklah best mana pun. sbb nye mungkin aku bukan jenis suka pegi tpt2 theme park gitu pun. aku yg gayat dan penakut nak naik permainan yg ada kat situ..tak berbaloi rasa nye pegi GH. ekekkee.. anyway, ok la tu. aku boleh la cakap yg aku seumur hidup dah pernah sampai ke GH. kan?!

Turun dari GH, bas tu..ganas giler. driver nye bawak laju gitu. kan jln berbukit-bukit. turun bukit...dan selekoh tajam2 lak tu. selamba je dia bawak laju. aku kecut perut!! ish ish. tu pun aku sempat lelapkan mata.ehhehe.. kol 2.30 ptg turun kat pekeliling..kitorang amik Star train. pegi stesen apa ntah nama nye.. dekat dgn puduraya. Tiket rm1.20.Kemudian jln kaki ke Pasar seni. Aku solat kat surau situ. Nao-chan mmg suka pegi Pasar Seni sbb byk ole-ole bleh beli kat sana. Dia suka beli brooch kat 1 kedai yg kat ground floor ni. style macam kedai accessory Sinma. byk brooch yg dia borong. Abih ronda semua kat pasar seni..kitorg amik bus Triton kol 5.20pm. KL-Alam Megah. Sampai Alam Megah, amik teksi utk masuk ke Putra Heights. aku paling tak suka teksi kat alam megah tu. driver nye sombong ma. selalu masuk putra heights, rm5 jek. tapi hari tu, kena rm7. ish ish. nak tanak..kena gakla bayo. amik Iman kat school sekali. penat gak kaki aku dok byk jln sana sini 1 hari tu. Sbb husband keje mlm, Wah setuju nak dtg join kitorg p mkn ikan bakar kat Tg Harapan, Port Klang mlm tu. After Maghrib...kitorg p ke sana. Ikan siakap buat steam, ikan kembung dgn cencaru dibakar cicah air asam, udang masak sos, sotong digoreng tepung. enough! Nao-chan, kalo kat Malaysia ni...dia mesti order minuman jus buah-buahan. macam jus tembikai, jus oren, jus mango, jus belimbing. emmm..onakai ippai (kenyang!!). alhamdulillah. Iman dok seronok tengok lampu2 kapal/bot yg ada kat situ.

Mlm tu..balik umah, Nao-chan kuarkan macam2 omiyage (ole2) yg dia bawak dari Nihon. Selalu mmg macam tu. Dia akan bawak baaaanyak dan pelbagai omiyage utk aku, utk ABANG, utk Iman... dan utk Wah. Ada nori, wuron-cha, umeboshi, mochi, zenzai, buku komik (initial D siri 20-29) utk ABANG, omocha utk Iman dan lain2. Sebelum ni, sebelum masuk thn baru hari tu, aku baru je terima bungkusan dari dia yg dihantar dari nihon. tu pun macam2 yg dia hantar. aduih... baik hati sungguh Nao-chan & family. Serba salah aku jadi nye. walaupun rasa happy dgn semua2 tu.

6hb. Pagi ni aku masak utk sarapan. goreng pisang, mihun goreng, air nescafe. then kami pegi perodua. jengjengjeng...aku dah beli keta. ala...keta comey jek. kancil. kaler biru gelap. utk aku yg cepat gabrah ni, so aku pilih keta auto le. hari ni, aku p amik keta kat perodua. Iman nangis2 tanak naik keta kancil ni. dia ingat, keta wira ABANG tu kena tinggal gitu jek kat situ. dia ingat kancil tu bukan keta kitorg. beria sungguh dia nangis! kakkaa..then, nak balik umah, Iman dgn Nao-chan naik keta ABANG, aku follow dgn kancil kat belakang. Iman tak habis2 berdiri kat seat belakang keta ABANG tu, sambil tenung aku dari situ. pelik agaknye tengok aku drive. ahahhaa... Iman Iman..Lepas park kancil kat umah. kitorg p Carrefour Subang. Nao-chan kalo dtg Malaysia, mesti nak shopping kat carrefour. dia paling suka Wangsa Maju punya carrefour. sbb luas, dan byk choice kata nye. entah la. aku rasa semua sama jek. aku pun, ni lah 1st time gi carrefour subang. Nao-chan selalu nye akan borong pelbagai jenis keropok mentah (mestilah yg belum digoreng), puding mango, perasa minuman -mango, pelbagai perisa mee maggi dan serbuk kari Adabi. dulu, masa aku study kat nihon, aku pernah homestay umah Nao-chan. masa tu, diorg request aku masakkan malaysian curry. siap dok order ayam halal utk aku masak. sejak tu, depa kat umah tu kalo masak kari, mmg guna rencah kari adabi jek.

On d'way balik dari carrefour..dah pukul 4 setgh jugakla, p amik Misa (my sister..) kat bus stand kat alam megah tu. dia dari kg. esoknye aku & ABANG nak kena hantar misa ke melaka sbb dia kena buat praktikal kat Riviera Beach Resort, Melaka nun. tu sbb dia mai umah aku.so, esok senang. bertolak terus je dari umah aku.

Kat umah..Nao-chan dok packing brg nye. dlm kol 5 gitu Peah (adik ABANG) dtg umah aku dgn kwn nye. nak amik, pinjam komputer aku. sambil tu, aku hidangkan apa2 yg patut. misa dah tergolek tido kat bilik. kepenatan la tu, dari pagi naik bas dari kg. dlm kol 6.45pm, kitorg bertolak ke KLIA. Flight nao-chan dlm kol 9.45pm. Lepas check in kan nao-chan, aku & ABANG p solat. kemudian dok lepak borak2 dgn nao-chan. around 9pm gitu nao-chan p masuk balai berlepas. bye-bye nao-chan. mata kite ne, malaysia ni. iro iro arigatou!!

emm.. next year dtg lagi ke dia ke malaysia ni? hehee..

++++++
7hb jan lak, bgn pagi2 tu, aku dgn misa dok sibuk masak2 nasi, lauk daging rendang (misa bawak dari kg. mak aku yg masak..), tumis sayur, buat sambal belacan. utk bekalan ke melaka. bertolak kuar dari umah pun, dah pukul 11 kot. dlm kol 1 lebey, sampai umah sewa misa&kwn2. 2 org kwn misa pun, dah ada kat sana. depa sampai sejak semlm. besar gak umah sewa diorg. tuan umah nye dok area situ gak. umah sewa tu siap dgn furniture. diorg tinggal bawak diri, berus gigi, pakaian je pun dah ok. syoknye... sewa rm300 sebulan. lepak kejap. sempat gak diorg buatkan air teh-o dgn hidangan kepek ubi pedas. lepas tu, aku, ABANG dan Iman pegi lepak kat pantai kelebang. picnic gitu sambil jamu selera dgn bekalan yg kitorg bawak dari umah. syoknye. dgn hembusan angin pantai gitu. dok bawah pokok, alas dgn surat kabo. lepas mkn...rehat2 kejap..terus kami balik. solat kat R&R seremban. wuiyo...dah bertukar baru la R&R seremban tu. selesa betul. surau nye pun jadik luas. puas hati! kitorg sampai umah dlm kol 5pm. terus aje ABANG ajak aku ronda2 dgn kancil kasi aku berlatih memandu le. dari umah ke school iman, kemudian ke opis aku. belajar camne nak parking kat depan opsi tu. then, patah balik ke school iman, dan balik umah. emmmm...boleh ke aku bawak keta sorang2..?!!!

Labels:

4 Comments:

At Fri Jan 12, 04:41:00 PM, Blogger ujen said...

Cik ume..yokkata ne dah dapat kancil come. Lepas nie tak payah layan dah pakcik2 sombong kat teksi stand tu..bio diorang tahu rezeki diorang dah ditarik sebab kesombongan diorang.Dah ilang sorang pelanggan tetap.Lepas nie lalu pon!pon! sikit kat diorang..kekeke

 
At Fri Jan 12, 05:17:00 PM, Blogger umeboshi said...

ye la ujen. yokatta jugak sejak ada kancil sendiri ni. (tak mahir lagi la tapi nye..) ish, takmo la ponponpon kat pakcik2 teksi tu. kang kiter lak macam riak.ehhehe.. (walhal, dlm hati, ada jugak pikir gitu!!!)

 
At Thu Jan 18, 12:15:00 PM, Blogger Love Sweet Recipes said...

ye la...surau R&R seremban memang cun...

-dari pengguna tetap R&R seremban arah selatan hahahahah-

 
At Mon Jan 22, 10:56:00 AM, Blogger umeboshi said...

ryuhana..bagus la R&R tu sekang ni. selesa sungguh, dibandingkan dgn yg dulu...syukur,syukur!

 

Post a Comment

<< Home