Monday, January 22, 2007

Sabtu dan Ahad semlm, aku dok berperap aje kat umah.berdua dgn Iman. ABANG ada seminar kat PWTC. so..selama 2 hari suntuk aku dok layan Iman aje. Sabtu tu, Iman ok2 aje. layan TV, main macam2 permainan dia. kemudian kejap2 tu melukis la, mewarna la, buat origami la. Cuma, semlm..dia byk la pulak kerenahnye. macam2 hal. kejap2 tu, mau main sendiri, tengok TV sendiri. kejap2 tu merengek soh aku dok dekat dia, layan dia aje. aku pun, nak buat keje lain asyik lah tergendala. adui.

Iman pun sekang ni dah pandai order saja, apa2 yg dia nak mkn. semlm bgn pagi tu, terus aje dia mintak mkn nasi. "mama, nak mkn nasi. nak fish, nak carrot". ok, aku pun kasi la dia mkn. kebetulan lauk mlm sebelum tu ada balance lagi. aku dok panaskan aje le. Iman bukan nak mkn elok2 sampai abis. mkn sesuap dua, kang dia p sibuk cari mainan nye. dok angkut semua2 ke meja mkn. kemudian sambung mkn. kejap2 tu, sibuk mata melilau ke tv pulak. baru sambung mkn lagi. lama betul nak nunggu dia abis mkn. lepas mkn semlm tu, mengeluh la pulak Iman. " mama, penat lah. penat lah mkn nasi ni!" amboi amboi.... siap dia bersandar kat kerusi kecik dia tu, sambil kepala mendongak dan kedua-dua tgn nye kat dahi.

ptg semlm ingatkan nak buat kek green tea with chocolate. siap dah tanya hada, 360F sama dgn berapa degree celcius. (sbb kat resepi nye tuh, mention kena bakar dgn suhu 360F. oven aku tu cuma ada dlm degree celcius jek..). bhn2 pun dah susun2 kat dapur. tetiba Iman ngamuk2 lak sbb tak bleh nak pasangkan senapang kat patung Power Rangers dia. bila aku dtg nak tolong pasangkan, dia takmo. nak jugak pasang sendiri. tapi gitu lah. ngamuk2 sbb susah nak pasang. geram aku dibuatnye. habih masa gitu aje. atlast aku masukkan balik bhn2 nak buat kek tu ke dlm peti sejuk dan tempatnye semula. maleh la layan kek! lepas asar, terus aku ajak Iman kuar umah.

"mama, tanak naik car tau. tanak naik car mama. kita jln kaki aje." ish ish. aku baru nak ajak dia naik keta. nak pi petronas isi minyak dan buat transfer duit kat ATM situ. aku amik aje kunci keta, Iman beria kata "takyah naik keta la mama! jln kaki aje..." aku pun tak jadi nak setat enjin. kitorg jln kaki aje la. pegi ke taman permainan yg betul2 dekat dgn umah tu aje. layan Iman main kat situ. Iman mungkin takut dan waswas betul nak naik keta dgn aku berdua saja. ahahhaa.. dia tau yg mama dia ni tak mahir lagi kot? cuma, pegi dan balik school tu, no choice la tu.

Iman sekang ni, kekadang dok bahasakan diri dia 'kiter'. "mama, kiter nak main ultraman." lagi, "mama, kiter jadi ultraman, mama raksyase.."

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home