Wednesday, January 31, 2007

Bukit Bintang,KL

27/01/2007 sabtu
Aku dpt voucher penginapan percuma 2d/1n kat hotel2 terpilih kat Malaysia ni. Dah lama kitorg nak gunakan voucher ni tapi sekang ni baru ada chance nyer. Check in 27hb, check out 28hb. Kat mana tu? Kat nova hotel, bukit bintang KL jek. Aisey, bukannye tanak p jln jejauh, ke luar kl ni tapi masa, wang yg tak mengizinkan! Hehhe. So, aku dan abang decide utk p bercuti kat kl aje le. Lagi pun, kat area kl ni pun kitorg langsung tak reti sgt dgn jln2 nye. Saja je pilih area bukit bintang, rasa macam happening sket kat sana tu.

Pagi 27hb tu, abang p pertandingan futsal, anjuran drb hicom. Tgh hari aku dah siap2 masak gitu, abang pun balik ke rumah. Lepas lunch dan solat zuhor, kitorg bertolak ke bukit bintang. Jln nak ke sana pun kami tak tau nak ikut arah mana! Belasah je la. Pusing sana pusing sini...dgn jln yg jem la pulak kat kl tu. Tuju ke jln sultan ismail, kemudian jln bukit bintang, kemudian jln tong shin, kemudian jln alor dan sampai lah kami kat nova hotel. Kat situ mmg byk hotel ek..kat area bukit bintang tu le. Tapi, nova hotel ni...hotel kecik je. Tapi, tu pun ada 13 tingkat gakla. Lepas check in, lepak2 sat dan solat asar. Dlm kol 6 lebih kitorg kuar. Jln2. dari BB plaza, ke Low Yatt (org kata kat sini komputer murah2..), dan akhirnye ke Berjaya Time Square. Kat sini...kitorg lepak lama gak la. Pegi sampai ke indoor theme park yg ada kat situ. Selama ni aku dgr citer org je. Kali ni, aku sendiri dpt tengok taman permainan (indoor) yg terbesar kat malaysia ni. Iman dah excited betul. Dia nak naik semua2 tu. Aduih. Bersemangat!

Aku mmg takde niat pun pada awal nye utk masuk taman tema ni. tapi, sbb tengok Iman beria nak naik semua2 tu, nampak dia betul2 teruja...maka, aku dan ABANG pun masuk gak la ke situ. Lepas solat maghrib, kitorg pegi beli tiket utk masuk ke taman tema tu. Dewasa rm25/person, child rm15/person. Utk child ni..kalo tinggi melebihi 3 kaki gitu, mmg kena bayo tiket masuk. Iman dah sah2 kena bayo! Mula2 masuk, kami lepak kat tpt kanak2 je le. Penuhi impian Iman tu. Naik keta, crazy bus, ketapi, kuda berpusing pusing, lebah (yg lebah ni Iman kena naik sorang2. org dewasa tak bleh. Ingatkan iman takut sbb naik sorang2. mama dgn abah dia tak naik sekali. Tapi, dia tak macam tu. Bersemangat lari2 ke situ. Dah naik tu, siap babai2 kat aku dan abang. Kekkeke... seronok tengok Iman. Berani! Kemudian nak naik sampan yg berayun. Yg ni pun iman kena naik sorang2. Iman pun ok jek. Tapi, baru beberapa saat dia naik tu, muka nye nampak cuak. Mula menangis!! Kakkaa.. terus kitorg mintak stop. Bila stop, Iman pun benti nangis. Kakkaka.. lawak la iman. Lepas tu aku layan Iman main kat playground, abang lak p main game utk org2 dewasa. Aku tak berani nak naik benda2 camtu. Gemuruh abis. Naik crazy bus tadi pun dah berpeluh peluh, takut. Iman je yg cool! Tengok Iman macam dah puas main kat situ, aku ajak dia p naik lagi keta, ketapi. sampai 3,4 kali gakla ulang2 naik keta dgn ketapi tu. biar le Iman puas.

Kol 10pm, kitorg kuar dari Taman Tema tu. Perut pun dah lapar!! kitorg p beli Mc Donald je le. kebetulan la pulak utk Happy Meal ada mainan patung2 dan robot. Iman asyik dok tenung je robot yg dipamerkan tu. aku & ABANG pun belikan gakla Happy Meal. Seronok Iman dpt robot! Kemudian, kami pun menapak le balik ke hotel semula. Iman dah terlentok kepala nye kat bahu ABANG. (Iman didokong kat belakang ABANG/ org jepun kata 'ombu', Iman sebut "obu", org banjar kata 'ambin'). Sampai kat hotel, kitorg jamu selera. Iman pun mkn gak tapi tak abis. dia lebih kpd nak main robot nye je. Mlm tu, aku dah terlena dulu. Iman dgn ABANG dok layan drama kat tv, sambil layan robot Mc D tu.

Nova hotel ni...tak best sgt la. dia terletak kat area org2 cina. kedai2 mkn yg dekat2 situ semua cina punya. bilik kitorg nyer tv...semua channel gambo nye tak lawo. ada tu...bintik2, goyang2 je. lagi, air-cond pun leaking! lepas beberapa minit on, kang keluar le air menitik nitik dari air-cond tu. 2 kali kitorg inform kat front desk.tapi takde sapa pun dtg maintenance. lantak la. leaking pun leaking la. kitorg on aje air-cond tuh!

28hb pagi. breakfast kat hotel. menu nye mee grg, kue-teow grg, sosej rebus, telur dadar, baked bean, agar2 merah, roti keping bersama marjerin/jem, air jus oren, air kopi/teh panas. Lepas breakfast, mandikan Iman, kemas2 brg dan kol 9 setgh dah chow. nak kuar dari jln bukit bintang tu, baru kami tau location nye tu. rerupa nye jln bukit bintang tu, dekat aje dgn puduraya ek. kalo ikut jln pudu pun senang seh kalo nak ke bukit bintang tu.

Terus pegi opis ABANG. Jumaat hari tu, cermin dpn keta ABANG retak (mungkin kena batu) masa dia on d'way nak pi keje. ABANG ada keje sampai Wangsa Maju dan Glenmarie..so, ABANG tinggalkan je keta kat opis. mintak staff opis tolong bawak repair. ABANG abis keje kat glenmarie ptg jumaat tu, terus balik umah numpang kwn (fazli). So, pagi 28hb tu, kena amik keta ABANG kat opis la. Then, kami balik naik keta asing2. Aku dgn kancil, ABANG & Iman naik wira. 11 setgh am kami dah kat umah. lepak2 dan after zuhor, lunch kat luar. lepas tu shopping2 utk brg dapur kat pasaraya HERO.

so...abis la coti kitorg sabtu ahad tu. sampai sekang, kalo ingat balik muka Iman masa naik macam2 kenderaan mainan kat Taman Tema Berjaya Times Square tu, rasa bahagia sesgt. Iman mmg nampak betul2 happy. sampai sekang pun, dia asyik dok belek2 pampelet (betul ke eja nye ni) yg dapat masa beli tiket masuk Taman Tema tu. siap citer2 balik apa yg dia naik, apa yg dia buat,apa yg dia rasa. waaaah...mmg nampak syok betul Iman. Pastu, siap kata, "abah,abah...esok pegi lagi kan? nak naik lagi.." amboi amboi. dia ingat pegi sana free aje? kekkee. Tapi, rasa rugi la sbb aku terlupa nak bawak kamera. kamera tertinggal kat umah!

Labels: ,

5 Comments:

At Thu Feb 01, 01:24:00 AM, Blogger Love Sweet Recipes said...

laaa...sayangnye kamera tak bawak pulakkk

 
At Fri Feb 02, 02:41:00 PM, Blogger Watima said...

Bestnya bawak Iman main situ... dulu masa pegi sana , Nana kecik lagi...sekrg Nana dah besar... bulihla nak try bawak lagi kot2 dia nak main..

 
At Fri Feb 02, 04:53:00 PM, Blogger umeboshi said...

Ryuhana..itu la. sayang sungguh sbb tak bawak kamera!! huh..

rosecactus..mmg best. rasa happy sgt tgk Iman enjoy kat situ. tapi, tak bleh slalu berhabis wang gaya gini dong! ehhehe..

 
At Mon Feb 05, 12:50:00 PM, Anonymous Anonymous said...

salam.. seronoknya baca noora menghabiskan cuti. quality time with family. len kali kamera jgn lupe ye... ni asyik lupe je nih.. heheheh..

 
At Tue Feb 06, 10:59:00 AM, Blogger umeboshi said...

salam anonymous. (sapo ni ek?hehhe) mmg syok kalo dpt sama2 family camni. ehheh.. tu la, terlupa kamera!!

 

Post a Comment

<< Home