Mana gula..
Sejak mak kat kg tepon aku, bg tau depa nak buat kenduri kat kg pada 19 AUG ni(mlm)...ada 1 perkara yg aku dok pikirkan. ..Mana nak dpt gula ek?!! Ye lah kan..slalu kalo kenduri tu, nak buat kuih lepat pisang la..puding la.. then, kalo dah takde gula ni, kuih manis2 ni takde pun takpe la kan. cuma...utk minuman ni, kalo org tua2 kat kg tu..better ada kopi-o, tak pun nescafe-o, tak pun teh-o. kalo buat teh +susu (instead of sugar), kang ada lak yg tak lalu minum sbb susu tu. Kan ada org yg tak suka susu? Macam my mak mentua, apa2 minuman yg ada boh susu, mak tak lalu nak minum. (tembikai susu/honey dew pun mak tak akan mkn. bukan sbb buah tu ada rasa susu, atau ada word 'susu' pada nama nye, tapi sbb bau nye yg tak sedap, kata mak...hehee)
kenduri ni,kenduri doa selamat(insya-ALLAH), sempena kelahiran anak adikku,Baya pada 17/07/2006 yg lalu. Nama baby tu, Najah Hani. Sedap kan? Lagi...kenduri arwah pun iya juga.. utk arwah atok belah abah, arwah mbah lanang(atok) & mbah wedhok(nenek) belah mak, serta semua sedara mara yg telah 'meninggal'.
sejak mak dah bg tau nak buat kenduri tu, aku pun dok sibuk mencari-cari gula kat pasaraya, kat kedai, kat mini market. susah betul nak dpt gula ek..kalo gula halus tu, berlambak jugak. maklumla, gula halus ni bukan termasuk dlm brg kawalan. maksudnye...peniaga bleh letak harga berapa2 depa suka. tapi, org dok cari gula kasar.. kalo buat kuih ke, gula halus tu ok la kan...kalo tak dpt gula kasar. mak kata, kat kg pun...langsung dah takde kedai yg jual gula. kebetulan last weekend, p shopping kat Tesco Puchong, masa tu ada gula kasar kat situ. tapi tak byk dan limited 2 pack per family. (2kg/pack). maka nye aku amik la 2 pack...so, dpt la 4kg. bleh la aku bawak balik kg utk mak. hehee..alhamdulillah.
Tapi, sekang ni, aku masih mencari-cari juga, kalo2 ada terjumpa lagi gula, maka nye aku nak membeli lagi. Kot2 kalo yg 4kg tu tak cukup la kan. kalo terlebih, bleh aku amik sket, buat stok kat umah sendri juga. selama ni, org dok sibuk2 cakap pasal gula takde kat kedai, dan org dok sibuk2 simpan stok kat umah...aku buat derk aje. ada tu, siap simpan 10,12kg gula kat umah. byk tu! bagi aku...yg takde la memerlukan gula sgt ini, tak perlu la simpan stok byk2. kesian kat org lain yg lebih memerlukan tu kan. especially yg bisnes mknan, minuman ni. lagi la kalo org yg sumber pendapatan nyer hanya dgn bisnes tu...gula mmg perlu utk diorg. aku? kami kat umah ni...'puasa' dulu dari membuat kuih muih manis dan kek2 kegemaran . minum teh-o, nescafe-o tanpa gula pun..masih ok lagi. kan elok kurangkan gula dlm mkann/minuman kita?! kalo nak sgt, bleh gantikan gula kasar tu dgn gula halus, atau gula melaka, atau gula merah, atau gula kastor, atau madu. errr...madu pun elok utk kesihatan kan... aku pun, kalo buat sambal belacan sekang ni, tuangkan sket madu ke dlm sambal, instead of sugar. kekadang, dlm masakan pun aku letak madu. cuma...madu asli ni, mahal la kan.
aku harap, agar masalah kekurangan gula ni, cepat la dpt diatasi. walaupun aku tak la memerlukan sgt gula ni kan...
Labels: Lain2
4 Comments:
ciknoora, lepas ni asalkan pegi kedai beli groceries, kena masukkan la dalam list "gula". Kitorang pun jarang pakai gula, masak dah le jarang2...hahahaha
maa ne..hehhee.atleast, ada 2,3 peket buat stock kat umah kan..
Bila klela tanya kenapa Msia tak cukup gula, ada orang kata gomen nak sihatkan rakyat. Betul ke?
Klela masih tak faham kenapa Msia tak cukup gula.
Kalau tahu ume-chan, cerikan sikit.
K.Lela..ada org kata,pengusaha gula ni dok sorokkan gula sbb nak push kerajaan agar menaikkan harga gula di pasaran.tapi bila ditanya kat pengusaha2 gula ni semua. mereka kata, bukan sbb itu gula jadik kurang.tapi sbb ladang tebu utama yg kat utara semenanjung M'sia tu terbakar, sbb tu tak dpt hasilkan gula macam biasa. Tapi... dah berapa lama keadaan 'gula kurang' ni...sampai kini, masih tak dpt diatasi. Susah nak jumpa gula kasar kat market/kedai2 tau K.Lela!!
Post a Comment
<< Home