Tuesday, May 16, 2006

Happy Teachers' Day!

Selamat Hari Guru!! Saban tahun, 16 Mei adalah sambutan Hari Guru di Malaysia. Aku pun, sejak dulu2 sampai sekarang , aku mesti wish Selamat Hari Guru kat abah aku. Walaupun sekarang dia dah pencen..(sejak December 2002) aku tetap wish kat dia. Cikgu pencen pun, sampai bila2 panggilan 'cikgu' tu takkan luput, aku rasa. Bekas anak2 murid, org2 kg, kalo jumpa abah, depa masih kekalkan panggilan 'cikgu' tu. So, sampai bila2 pun, aku tetap akan wish kat abah bila tiba nye Hari Guru.Insya-ALLAH.

Aku, tak pernah pun belajar dlm kelas dgn abah. Pernah sama sekolah dgn abah sejak drjh 1 sampai drjh 4. Sekolah pun dekat betul dgn rumah. Kami p sekolah jln kaki aje. Disebabkan rumah kami dekat dgn sekolah, abah ada pegang kunci gate sekolah yg betul2 dekat dgn rumah kami. Setiap pagi, abah yg bukakan pintu gate tu. Kalau abah keluar lewat sket, dah ramai la ibu bapa, pelajar yg nunggu kat depan tu. Menunggu pintu gate dibuka...
Masa drjh 4,dah nak hujung thn gitu, abah dipindahkan ke sekolah lain kat Tg karang.

Kalo diingat2kan...dulu2 masa Hari Guru, aku rasa, aku tak pernah kasik hadiah kat guru2. Ops, aku pernah hantar kad ucapan saja.Tapi,yg aku ingat, kat sekolah tu mesti ada sambutan Hari Guru. Masa tu, mesti ada ucapan, amanat guru besar dan bacaan doa. Lepas tu, kadang2 ada nyanyian/persembahan oleh guru2 & pelajar, kemudian perlawanan bola sepak, bola jaring, sepak takraw etc antara guru dan pelajar. Tapi, sejak bila ntah...aku perasan yg zaman adik2ku, Diba dgn Ajer, depa mesti sibuk2 nak beli hadiah utk cikgu, ustaz, ustazah, teacher...bila tiba nye Hari Guru. Ala...sekadar bedak Amami, sabun mandi Zaitun yg 3 ketul sepeket, pen, ataupun tisu kotak tu aje. Abah pun tak kisah nak belikan. Apa lah nak dibandingkan dgn duit utk beli hadiah tu, drpd keseronokan anak2. Camtu agaknye yg abah fikirkan.Cikgu yg mintak ek..? Aku slalu tanya camtu. Tapi, depa kata...depa saja suka2 nak kasik sbb kwn2 lain pun ada yg nak kasik. Huh..anak2 kecik, suka meniru-niru..kan. Bila masuk sekolah menengah ni,takde pun dengar depa kasik2 hadiah ni semua bila Hari Guru?!

So, pagi tadi aku sms aje kat abah. "slmt hari guru". Then abah replied me, "THANK YOU. FROM CIKGU YB".ahhahaa...Abah sejak pencen dok gelarkan diri nye YB. Yang Bersara. Aku pun sms wish kat adik2 aku; Dikyah yg ngajar kat Jeram, kat Ida yg pernah jadik cikgu kelas tambahan kat sekolah lama kitorg tu bila dia cuti semester, dan sekang pun Ida ngajar kat KAFA. Aku pun sms wish gak kat kwn2 aku yg jadik cikgu sekang ni..Eley dan LinHani. Kat guru2 yg pernah ngajar aku dulu2? Errrr...dah taktau nak contact depa kat mana,macam mana. Anyway....aku sentiasa ingat depa.Insya-ALLAH. So...Selamat Hari Guru kpd semua guru2 di Malaysia. Jasa mu amat berharga dan sentiasa dlm kenangan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home