Pasal Iman lagi
Aku dok risau. Nape la Iman ni saikin* asyik nak merajuk,ngamuk2 je ek. Sejak demam last week..dia camtu. Semua nak kena ikut gaya dia. Kalo Iman kata tanak tu..tanak la dia walaupun kami pujuk2 dan bodek2 dia. Meraung2 lagi tu.
Jumaat sampai Ahad baru2 ni kami lepak kat kg sempena cuti wesak day pada 12/May tu. So, masa kat kg tu pun Iman asyik ngamuk2 jugak. Time mood baik tu, ok aje dia main2 dgn sepupu sepapat nye. Tapi, bila mood kureng baik tu, mula lah 'angin taufan' nye tu. Bila time camtu, dia mintak ABANG dukong aje lah. Mlm tadi pun kami selamat sampai dari kg, time nak tido dah ni...Iman mula ngamuk2 lagi. Emm..betul2 menguji kesabaran aku dan ABANG.
Mlm tadi punya hal, Iman syok nak godek2 basikal baru yg kami beli kat Sekinchan masa last month. Beli last month, then kami simpan je basikal tu kat stor rumah kat kg aku. Semlm baru kami angkut basikal tu ke Shah Alam dgn kereta. Letak kat seat bahagian belakang. Alhamdulillah muat. Aku agak kekok duduk kat seat depan dgn Iman, dgn perjalanan yg bleh kira jauh gakla tu. Rasa macam sempit dan tak selesa gituk.Sejak Iman lahir, kalo naik kereta aku slalu duduk kat seat belakang dgn Iman.Rasa selesa dan agak selamat gituk. Ye lah, senang nak breast feed kan Iman (ops, sekang Iman dah tak mimik-bahasa jowo utk breast feed- sejak bln 1 hari tu. ) Senang nak buatkan susu, nak kasik Iman mkn, senang nak layan dia juga. Kalo duduk depan, Iman tak bleh diam tgn nye tu. semua nak diusik. Letih yo! Kalo kat belakang, ok lagik.
Heheeh..basikal tu,utk kegunaan aku atau ABANG , mengayuh suka2 kat kawasan rumah kami ni atau utk kegunaan ke kedai yg dekat2 saja. Iman lak yg excited. Mlm tadi dia macam tanak tido sbb syok belek basikal tu, yg kami letakkan kat ruang tamu rumah. Kami paksa Iman tido, tu yg dia mula melalak tu. Naik turun tangga berulang kali ABANG dok dukong Iman. Kesian ABANG. Tapi,apakan daya, aku pun tak larat sgt nak buat camtu, dgn dukong Iman yg dah 12kg beratnye tu. Lagipun...Iman bukan nak dgn aku. Kan aku dah kata, aku ni mama yg garang. Cuma, sekang ni, aku dah bleh control la. Sabar bebyk sambil berzikr je kalo time2 bengang camtu. Atlast, ABANG kasi Iman pegang screw-driver yg Iman guna masa belek2 basikal tadi tu. Bawak screw-driver tu masuk bilik dan letak kat tepi tilam.Baru Iman senyap. Tapi,tu pun dia tanak tido. Aku dan ABANG dah flat dah. Antara lena dan sedar gituk. Iman dok cakap sorg2 (kot?!!) sambil tgn nye tunjuk itu,tunjuk ini. Pelik aku dibuatnye. At last, aku peluk dia, ajak baring. Terus dia senyap dan tido sambil menonggeng!
Hai Iman...anak mama, anak abah. Semoga kami byk2 sabar dan kuat iman dlm mendidik zuriat kami..
saikin* =recently
2 Comments:
banyakkan sabar yerk nooraaaa...kita penah baca yang seorang ibu tu bagaikan seorang malaikat yang ditugaskan untuk melindungi anak-anaknya. Setiap kali, kita rasa gerammmmm sangat ngan Erina kita mesti ingatkan cerita tu.
tq hada.itu lah..mmg kena byk2 bersabar la kan.. insya-ALLAH.
Post a Comment
<< Home