Thursday, May 11, 2006

Kinou-ichi nichi jyuu

Semlm kan...aku terpaksa amik coti sbb Iman demam panas. Panas sgt badan dia! Dia pun asyik menangis2...mkn tanak, minum tanak. Slalu, berbotol2 susu dia nak. Ni, nak abiskan sebotol susu tu pun payah. Sejak Selasa ptg, masa amik dia kat school, dia dah ada demam. Terus la kami p klinik. Ada ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan vitamin. Iman dah lama tak kena demam atau selsema. Dah lama gakla dia tak mkn ubat. Hari tu,dia dah mau mkn ubat. Sekang ni, nak kasik mkn ubat mmg payah! Siap kena ada 2 org nak sumbatkan kat mulut dia ubat tu.

Kesian Iman. Semlm pagi, dia sibuk2 nak ikut abah dia p keje. Dia ingat org nak p jln2 ke. Puas ku pujuk. Tak mkn saman. Terus le bawak p mandi ngan air suam2. Sampai lepas mandi pun dia masih nangis. Aku tunjukkan dia baju Doraemon...terus dia diam. Lepas pakaikan baju, kasi Iman minum susu...tertidur terus dia.

Semlm, Iman mmg byk tidur. Gara2 ubat kot? Tapi,tu la..dia bukan la lena sgt tidurnye. Tidur pun mengigau2. Kejap2 tu, bgn merengek2. Mintak didukong. Pantang silap sket, meraung2 le dia. Aku masakkan bubur nasi pun,dia cuma mkn sesuap. Aku pun tak henti2 basahkan kepala Iman ngan air, sambil tu lap2 badan dan kepala nye ngan tuala yg dibasahkan. Aduhai anakku. Risau mama dibuatnye. Ptg, ABANG balik keje bawak biskut. Yg tu, baru dia mau mkn. Lepas Maghrib gitu, Iman ngamuk2 lagi. Kami siap2 nak mkn kat McD. Kot2 kat sana, Iman mau mkn.Dlm keta tu, lelama Iman senyap. Baring sambil minum susu. Sampai McD..ok lak dia. Mau main2 kat playground kat situ. Seronok dia main2. Kami order kan Iman bubur nasi, yg akhirnye kami tapau je bawak balik sbb Iman takmo mkn pun.

Balik rumah..ingatkan nak cuci pakaian..byk baju Iman terendam dlm baldi tu sbb byk kali muntah2. Tapi,sbb aku pun dah keletihan...aku,ABANG dan Iman terus terbaring dpn TV.
Jadiknye...cancel je la basuh baju tu. Esok-esok je le...Hehhehe...Layan tidur lagi best. Tengok Iman, cam seksa je dia. Dgn hidung yg tersumbat penuh ngan hingus..Kepala pun pening kot cuma dia tak reti nak kabo..lemah betul nampaknye Iman. Sayu aku jadiknye.

Janji nye semlm, hari ni kalo Iman demam lagi, ABANG lak gilir amik coti jaga Iman kat rumah. Tapi, nampak Iman macam ok...suhu badan tak sepanas semlm dan dia pun bangun pagi tadi tak nangis2...ABANG tak jadik la coti. Hantar je la Iman ke school...
Dan aku...baru je sehari coti, dtg keje hari ni byk betul keje kena settle. Boss Jopun tu takde sampai next week. Jadiknye, semua benda aku kena handle...

So..cik puan Umeboshi..apa lagi? Pegi la buat keje tu!!

kinou*= semalam
ichi-nichi jyuu*= seharian

4 Comments:

At Fri May 12, 11:57:00 PM, Anonymous hani said...

Assalamualaikum, baru first time menulis kat sini kot.
nampak link kat ryu-han blog, datang sini, ada my blog nyer link. eh?!! terkejut jugak.
Puan umeboshi pernah jumpa akak tak? gomen ne, dah tua-tua nih cepat pelupa.

kesian kat Iman yer. Hope cepat baik yer.
doktor kat sini suruh letak towel lembab (固くしぼった)kat bawah kedua ketiak, leher dan celah kelangkang (tempat yang ada 静脈動脈) InsyaAllah panas badan cepat surut.

 
At Fri May 12, 11:57:00 PM, Anonymous hani said...

Assalamualaikum, baru first time menulis kat sini kot.
nampak link kat ryu-han blog, datang sini, ada my blog nyer link. eh?!! terkejut jugak.
Puan umeboshi pernah jumpa akak tak? gomen ne, dah tua-tua nih cepat pelupa.

kesian kat Iman yer. Hope cepat baik yer.
doktor kat sini suruh letak towel lembab (固くしぼった)kat bawah kedua ketiak, leher dan celah kelangkang (tempat yang ada 静脈動脈) InsyaAllah panas badan cepat surut.

 
At Mon May 15, 10:05:00 AM, Blogger umeboshi said...

wa'alaikumussalam.K.Hani...sorry ek, kiter list kan blog akak without asking u'r permission. Izinkan la ne, K.Hani.
Hehhehe..sebetulnye, kiter dah lama jln2 ke blog akak. masa tu dok surf citer pasal garden kot. taktau camne leh p ke blog akak. sejak tu le kiter suka baca citer2 K.Hani ni. Kebetulan lak my friend-Ryuhana tu pun ada list kan blog akak dlm blog dia...
so, selamat berkenalan ne.Yoroshiku!
*erk,kita tak pernah jumpa ne.*

TQ for your advise. Iman dah baik demamnye. Tinggal selsema& batuk je.

 
At Tue May 16, 11:16:00 PM, Anonymous hani said...

ok, akak tak kisah bab link tu. cuma hairan sejak kebelakangan ini counter banyak. rupanya ramai yang datang menjengok :)

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home