Friday, May 05, 2006

Melepas la...

Alahai Malaysia...alahai...korang tengok tak badminton..? Perlawanan merebut Piala Thomas & Uber 2006...kali ni diadakan kat Tokyo Japan. Aku, dan mestilah juga harapan sebahagian besar rakyat Malaysia ni..mahukan pasukan Malaysia berjaya jadi juara dan sekaligus merebut Piala Thomas tu!!

Hari ni, semi-final utk Malaysia vs Denmark and Indonesia vs China. Balik keje..cepat2 kami on TV. Hafiz Hashim sdg main, melawan pemain Denmark. Adus...Hafiz kalah ma....2-1. Lepas tu, kami tingalkan dulu le badminton demi mengejar makanan idaman kat pasar mlm. Heheeh..

Kami keluar jap. Beli laksa utk ABANG, soto utk aku. Then, leher ayam yg digoreng RM1, kacang rebus RM2. (aisey...ciput je kacang tu ek. Kalo beli kat pasar mlm kat kg ABANG tu, RM2 dpt byk. Kami slalu mkn ramai2 dlm 6,7 org pun bleh puas. Ni, yg aku & ABANG beli ni.. mkn ber3 dgn Iman sekali...macam tak puas jek!! )Hai..cik puan Umeboshi...tak bersyukur nampak? >>eh,eh...Alhamdulillah.

Ok...lepas solat Maghrib, sambil tgk Tv, kami dok pulun la makanan tu. Geram betul kalo pasukan Denmark dpt mata. Last mainan, pemain muda kita;Kuan Beng Hong, yg menggantikan ketua pasukan (Choong Hann), tgh main. Kesian kat Choong Hann yg terpaksa dihantar balik ke Malaysia sbb kecederaan yg serius kat kaki. Semlm, dia terpaksa beri kemenangan percuma kat pemain Korea Selatan tu...
Game pertama...Kuan kalah 12-21. Game ke2 lak, awal2 je dah tercicir...tapi, Kuan dpt kejar sampai ke kedudukan 18-18...Lepas tu Kuan dpt 19-18. Lepas tu...disamakan kedudukan oleh pemain Denmark tu...19-19..Lepas tu lepas tu...tau2 je lah kan. Kalah le Kuan dgn mata 19-21. So, dgn kekalahan Kuan ni...kalah le pasukan Malaysia kpd Denmark. Dgn mata 2-3. Adussss.. Semua pemain single kalah. Abis le peluang kita utk dptkan 'si Thomas' tuh. Berakhir sudah perjuangan kita utk merebut 'si Thomas'.Setakat Semi-final!!

Aku masih ingat lagi. Masa perlawanan Piala Thomas kat KL thn 1992. Aku masa tu form 3..sekolah asrama kat Sabak Bernam. Siap pihak sekolah dok siarkan perlawanan akhir mlm tu lalu pembesar suara. So, 1 sekolah, 1 asrama...semua student bleh ikuti secara live. Kami bleh dengar je le...tak bleh tengok.Tapi, tu pun dah cukup puas hati.Majoriti student (termasuk aku) dok lepak kat corridor. Sabar menanti permainan sampai ke akhir. Kalo Malaysia dpt mata je, kitorg sorak reramai. Macam le kami ni berada kat dlm stadium tu. Tapi, kami bebudak pompuan tak bleh nak sorak2 sgt. Maklum le, sekolah agama, semua adab2 sebagai muslimah kena jaga juga. Budak boys le yg sakan. Memang happy. Malam tu, Malaysia menang. Juara. Piala Thomas milik kita. Seorg kwn baik ku, rerupa nya dah bernazar (itu mengikut kata nye lah...ntah iye,ntah idak). Sbb Malaysia menang, dia yg dok bela rambut pjg sejak kecik, dan kami pun mmg tak pernah tgk dia berambut pendek.. ujung minggu tu time balik kg, dia potong rambut nye sehabis pendek. Pendek macam Amy Mastura sekarang ni lah. Wah....terkejut besar kami semua. (tapi, yg tau dia berambut pendek pun..bebudak pompuan je la..)

Hai...Semoga akan dtg punya game, Malaysia boleh jadik juara. Si Thomas akan jadi milik kita. Rakyat Malaysia semua bleh berbangga. Yang pasti, pemain2 nye masa tu mesti dpt ganjaran berlipat ganda. Wah...gah nya!!Adus..berangan la pulak ek, cik puan Umeboshi ni..? Uhuhuhu.

Esok kena kerja la..Ayo!!

2 Comments:

At Tue May 09, 05:17:00 PM, Blogger Love Sweet Recipes said...

Tokyo ke Sendai cik umeboshi?

 
At Tue May 09, 05:46:00 PM, Blogger umeboshi said...

cik ryu_hana, kat 2 bandar besar tu le. tokyo & sendai...

 

Post a Comment

<< Home