Thursday, May 04, 2006

Aduh, tangisan nye..

Mlm tadi...mlm semlm...dah 2 mlm ni, Iman asyik melalak je. Kalo melalak nyanyi2 dgn bahasa 'alien' dia tu takpe la. Dgn girang hati aku mendengar dan boleh gelak2 bila tengok aksi dia menyanyi sambil capai apa yg patut jadikan microfon. Kekadang hujung handle basikal dia le, pen le, botol susu le...memacam bleh dia jadikan microfon nye.

Ini tidak...2 mlm ni menangis sambil terjerit2 melalak tuh. Air mata ,air liur pun berjurai2 mengalir. Bila dah mula nangis tu...susah betul nak berenti. tak makan dek pujuk pun. Biar apa pun yg abah ngan mama dia buat lawak ke, untuk cuba pujuk. Tapi dia nangis jugak!! Mati akal aku dibuatnye. Tak bleh salah sikit, mula la merajuk dan nangis camtu. Selalu tu,tak pun gitu. Boleh lagi dipujuk. Tapi, 2 mlm ni...bila dah nangis tu, dia nak abah dia je dukung dia. Dgn aku dia tak mau. Aku garang kot. Memang la...aku kalau Iman nangis melalak meraung gitu, aku tak tau nak buat apa dah. Aku rasa kepala aku berdenyut2, nafas pun payah macam tak cukup oksigen, degupan jantung pun rasa laju jek, telinga pun rasa panas berdengung2. Takut hilang sabar, hilang kewarasan je. Selalu aku pun jadik bengang dan mula marah2 dan bad mood. Tu yg aku tak mau tu. Tu yg 2 mlm ni yg Iman nangis2 melalak ni, aku biarkan je dia dgn ABANG. (Lagipun, dia mmg tanak pun dgn mama dia yg garang ni...)

Aku siap baca memacam ayat quran. Al-fatihah, Qursi, zikr, tak henti2. Sambil siapkan kerja2 rumah. Cuci pinggan, cuci baju, Lipat kain baju. Aku ada pernah baca,
kalau nak meredakan tangisan anak2 kecil ni, boleh la cuba amalkan membaca Al-fatihah 7 kali, kemudian hembuskan kat tapak tgn dan usap kepala anak tersebut. Insya-ALLAH menjadik. Aku pun cuba gak buat. Beberapa kali gakla buat. Dari pukul 7 sampai 9 mlm, baru tangisan nye reda. Tak tau la apa yg sebabkan dia jadi gitu. Kalau tetiap mlm camni, letih wo. Kesian gak tengok Iman yg nangis teruk camtu. Apa la yg tak kena nye ni anak mama ni.

Iman...jgn la nangis2 lagi macam tu. Sedih mama...
Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan hamba Mu ini. Teguhkanlah iman ku, mantapkanlah kesabaranku dlm mendidik zuriat ku dan juga dlm m'hadapi sebarang pancaroba, jadikanlah aku org yg sentiasa dlm lindungan dan rahmat Mu Ya ALLAH. Amin Ya Rabbal'alamiin..

2 Comments:

At Thu May 04, 05:17:00 PM, Blogger ryu_hana said...

kenapa yerk iman asyik nangis jek? Start waktu maghrib pulak tu....
harap2 ari ni iman okay

 
At Fri May 05, 11:51:00 AM, Blogger umeboshi said...

itu la hada..kiter pun taktau nape..harap2, jgn la berpanjangan keadaan ni..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home